03 February, 2011

MAJLIS PENTAULIHAN PEMIMPIN - ARPRM

2 Februari 2011 (Rabu)

Kulaijaya: SMK Bandar Tenggara (SMKBT) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) dan Jabatan Pelajaran (JPN) negeri Johor telah mengadakan Majlis Pentauliahan Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) di Dewan Permata.

Banner oleh: dinossa@yahoo.com

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan kepada guru-guru sekolah ini yang telah mengikuti Kursus Kepimpinan ARPRM anjuran Pejabat Belia dan Sukan Negeri Johor. Kursus tersebut telah dikendalikan oleh Abdul Rahim Mohd Shariff dan Supiati Sahuni. Seramai 76 guru telah ditauliahkan sebagai Pemimpin ARPRM.
Zainal Othman, pengetua SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya penerima pentauliahan pertama sebagai pemimpin ARPRM yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Kamarudin bin Mohd Tahir, Ketua Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran negeri Johor. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Azman Manas, Penyelaras Persatuan dan Kelab, Jabatan Pelajaran negeri Johor, Mansor Othman, wakil rasmi Penolong Pegawai Daerah Kulaijaya, Elanggovan a/l M.Savarimuthu, Unit Kokurikulum PPD Kulaijaya serta Baharudin Mohd Sham, Pengerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru sekolah ini.
Muhammad Al-Mu'iz bin Omar (Ketua Pelajar)
 Ketua Sekretariat Rakan Muda Sekolah

Program ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Ahli Jawatankuasa Sekretariat Rakan Muda SMK Bandar Tenggara yang diketuai oleh saudara Muhammad Al-Muiz Omar yang juga merupakan Ketua Pelajar dan AJK Majlis Perwakilan Pelajar PraUniversiti. Kelab tarian zapin serta persembahan kelab dikir barat oleh murid-murid pendidikan khas memeriahkan lagi majlis yang dihadiri oleh 780 orang pelajar. Pasukan Kadet Polis (puteri) telah mengetuai pasukan unit beruniform lain dalam acara tabik hormat.

Ketua Sekretariat Rakan Muda berkata, kejayaan mengendalikan majlis ini merupakan usaha gigih peserta-peserta pingat gangsa dan perak bagi melengkapkan komponen khidmat masyarakat yang telah bermula pada awal Januari tahun ini. Mereka akan melengkapkan tiga lagi komponen lain iaitu komponen kemahiran, rekreasi fizikal dan penjelajahan lasak.


Kelab Zapin, SMK Bandar Tenggara.
Bimbingan : Abd Rahman Salleh dan Cik Rahimah Rahim
Membuat persembahan pada majlis tersebut.



Kelab Dikir Barat, SMK Bandar Tenggara.
Bimbingan : Pn Noradilah Abd Wahab dan guru-guru Pendidikan Khas.
Membuat persembahan pada majlis tersebut.
Peserta dikir barat: Murid/murid pendidikan khas.


Murid-murid Pendidikan Khas





Gambar kenangan bersama pemimpin-pemimpin dari JPNJ dan PPD Kulaijaya

TENTATIF PROGRAM 



2.15 petang
           
Pelajar berada di Dewan Permata

Ketibaan VIP


2.30 petang           

Nyanyian Lagu Johor
Nyanyian Lagu Sekolah
Ikrar Palajar
Bacaan DoaUcapan Alu-aluan  - En Zainal bin Othman (Pengetua, SMK Bandar Tenggara)
Ucapan dan Pelancaran  Majlis Pertauliahan Program ARPRM 2011
Oleh Tuan Haji Kamarudin bin Mohd Tahir

Ketua Unit Kokurikulum (Jabatan Pelajaran Negeri Johor)
Persembahan Dikir Barat
Penyampaian Sijil Pertauliahan
Persembahan Zapin
Penyampaian Cendehati                                  
Nyanyian Lagu Negara Ku


5.00 petang
Bersurai
Jamuan ringan



01 February, 2011

MAJLIS PERTAULIHAN PEMIMPIN - ARPRM

2 Februari 2011 (Rabu)

Majlis Pertauliahan Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Sekolah (ARPRM) peringkat sekolah akan diadakan di Dewan Permata SMK Bandar Tenggara. Seramai 44 orang guru fasa 1 dan 32 fasa II akan menerima tauliah pada hari ini.

Majlis akan dikendalikan sepenuhnya oleh Sekretariat Rakan Muda Sekolah, yang diketuai oleh Saudara Muhammad Al - Muiz bin Omar, Tingkatan 6 Atas. Beliau juga merupakan ketua pelajar sekolah ini.

Berikut adalah aturcara majlis tersebut:-



30 January, 2011

LARIAN PERDANA MAHKOTA - 12 FEBRUARI 2011 (SABTU)

Mesyuarat Larian Perdana Mahkota telah dijalankan di pejabat PPD Kulaijaya pada 27 Januari 2011. Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Baharom bin Ali, Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya dihadiri semua guru besar dan pengetua. Turut hadir, En Mansor bin Othman, Penolong PPD Unit Sektor Pembangunan Kemanusiaan dan En Elanggovan a/l  M. Savarimuthu, Penolong PPD Unit Kokurikulum.

Minit curai - disediakan oleh abs.
1. Aturcara Larian Perdana Mahkota - 12 Februari 2011.
- Tempat : Dataran Bandaraya, Johor Bahru.
- Pelancaran oleh  Tunku Mahkota Johor

2. Di peringkat daerah dan sekolah juga dilangsungkan pada hari yang sama. Larian dimulakan selepas jam 8.45 pagi.

3. Pendaftaran, penyertaan dan syarat. Terbuka kepada semua pelajar dengan kebenaran ibu bapa serta kakitangan sekolah yang sihat tubuh badan.

4. Yuran penyertaan RM 2.00 untuk murid/pelajar. Yuran penyertaan guru-guru/ ibu bapa/ kakitangan sekolah - RM 5.00 (lima ringgit sahaja)- rujukan Kertas Konsep Larian Perdana Mahkota).

5. Semua kutipan akan diserahkan kepada bendahari PIBG sekolah dan PIBG akan mengeluarkan cek atas
nama "MSSJ" dan diserahkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah. Sebanyak RM 0.10 sen akan diberikan
kepada PIBG sekolah sebagai pengurusan pengelolaan larian di peringkat sekolah.

6. Yuran penyertaan ibu bapa/ penjaga - oleh PIBG. Kakitangan sekolah dicadangkan dibayar oleh BADAN KEBAJIKAN BILIK GURU.

7. Sasaran penyertaan, rujuk jadual di bawah:-


8. Peserta yang menamatkan larian adalah layak menerima sijil dan lain-lain hadiah.


SIJIL PENYERTAAN

9. Ahli Jawatankuasa Induk.

AJK






SEMUA PPD NEGERI JOHOR



10. Ahli Jawatankuasa Peringkat Sekolah
.

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ