![]() |
Amirul Syafiq, Nur Khairunnisa dan Adam Pelajar cemerlang SPM dan STPM 2013 |
Sekolah amat mementingkan kecemerlangan pelajar dari segi akademik. Oleh itu segala kecemerlangan yang dicapai wajar diberi pengiktirafan oleh pihak sekolah. Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang yang diadakan setiap tahun adalah satu medium bagi sekolah meraikan pelajar-pelajar yang menunjukkan potensi dan kesungguhan dalam mencapai kecemerlangan diri. Semoga pengiktirafan ini dapat menjadi motivasi kepada setiap pelajar untuk mencontohinya sama ada dengan mengulangi kejayaan yang sama atau lebih baik pada tahun-tahun akan datang. (Ditaip semula daripada Buku Program).
![]() |
Muhammad Amirul Syafiq Azman Cemerlang SPM 2013 |
Amirul Syafiq adalah penerima Anugerah Kokurikulum Terbaik (Persatuan dan Kelab) Sempena Mesyuarat
Agung PIBG Tahun 2013 yang disampaikan oleh Tuan Hj Baharudin Md Sham, Yang Dipertua PIBG kerana aktif dalam bidang kokurikulum.
Banyak sumbangan yang telah diberikan umpamanya mewakili sekolah ke peringkat daerah Kulaijaya seperti Pertandingan Kawad Kaki, Pertandingan Ten Pin Boling dan Pertandingan Catur. Diperingkat negeri pula, Amirul terlibat dalam Pertandingan Pantun Sekolah Menengah, Pertandingan Drama Bahasa Inggeris. Amirul juga adalah pemegang pingat Gangsa dan Perak dalam Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).
Link ke
1. Juara Pertandingan Pantun
2. Pertandingan Choral Speaking
3. Penerima Pingat Tahap Perak ARP Rakan Muda
Pencapaian Nur Khairunnisa : PMR (4A 1B), SPM (5A 1B 3C 1D, STPM (4A), memperoleh semua A dalam Pengajian Am, Bahasa Melayu, Ekonomi dan Geografi.
Adam Azman, juga merupakan ikon pelajar kerana beliau merupakan ketua pelajar SMK Bandar Tenggara. Walaupun bidang tugas yang disandangnya mencabar dia tetap cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran dengan memperolehi 4A dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran (STPM) 2013. Azman memperolehi semua A dalam semua subjek iaitu Pengajian Am, Bahasa Melayu, Ekonoimi dan Geografi.
![]() |
Pemantun SMK Bandar Tenggara, Juara Peringkat Daearh Kulaijaya 2013 |
1. Juara Pertandingan Pantun
2. Pertandingan Choral Speaking
3. Penerima Pingat Tahap Perak ARP Rakan Muda
![]() |
Nur Khairunnisa Abd Rahman Cemerlang STPM 2013 |
![]() |
Adam bin Azman, Cemerlang STPM |