30 August, 2012

PENYERAHAN BUKU DIARI GANGSA PRA UNIVERSITI 2012

30 Ogos 2012: Buku Diari Gangsa diserahkan kepada peserta pingat Gangsa Tahun 2012.

Penyerahan Buku Diari Gangsa ARP Rakan Muda
Seramai 127 orang pelajar peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) menerima buku Gangsa daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada hari ini. Pengetua, Tuan Haji Mohmad Hashim menyempurnakan penyampaian itu di bilik seminar SMK Bandar Tenggara.

Ciri-ciri pelajar cemerlang menjadi fokus utama dalam ucapan pengetua. Harga yang perlu dibayar oleh orang yang ingin cemerlang di bidang kurikulum ialah belajar 4 jam setiap hari. Kedua, jangan mensabotaj diri sendiri, ketiga bertindak segera dalam mengejar peluang dan sentiasa membentuk imej yang lebih positif.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah pemimpin ARPRM sekolah; Ahmad Survi, penyelaras program; Hafilah Hamzah dan guru-guru pra universiti.


Sila klik di bawah
laporan penuh 

29 August, 2012

TAKLIMAT PEREKODAN BUKU PERAK DAN GANGSA TAHUN 2012

29 Ogos 2012: Dewan Permata.

Calon-calon Perak Tahun 2012
Penglibatan pelajar dalam pelbagai aktiviti mendapat pengiktirafan yang tinggi daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui program ARP Rakan Muda anjuran bersama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS). 

Pelajar akan diberikan pertauliahan dan pengiktirafan melalui tiga tahap, iaitu Gangsa, Perak dan Emas.Di bidang kokurikulum ketiga-tiga tahap tersebut membawa markah bonus iaitu 5 untuk Gangsa, 7 Perak dan 10 untuk Emas.

Laporan penuh.

28 August, 2012

TAKLIMAT PEREKODAN BUKU GANGSA DAN PERAK TAHUN 2012

28 Ogos 2012: Taklimat Perekodan Buku Gangsa dan Perak
Carta Organisasi ARPRM Peringkat Sekolah 

Penyemakan Buku Diari Gangsa dan Perak
Untuk pertaulihan Program ARP Rakan Muda

Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) tahun ini diteruskan lagi. Penglibatan pelajar dalam program ini semakin mendapat sambutan kerana ianya dapat meningkatkan pencapaian 10 % markah kokurikulum.

Pengiktirafan yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi  tiga elemen penting dalam  kokurikulum seperti Pasukan Badan Beruniform, Persatuan dan Kelab dan Sukan & Permainan serta sumbangan pelajar dalam organisasi sekolah seperti Ahli Lembaga Pengawas, Pusat Sumber, Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Ketua Tingkatan (KENARI) menjadikan ianya suatu program berkesan dalam melahirkan pemimpin muda di peringkat sekolah pada masa ini.

Sehubungan dengan itu, satu sesi taklimat perlu diadakan untuk memberi bimbingan kepada peserta cara bagaimana sistem perekodan dalam Buku Diari Gangsa dan Perak itu dilaksanakan. Semoga program ini mencapai kejayaan yang gemilang kepada sekolah, negeri Johor, Kebangsaan malahan di peringkat antarabangsa.


TENTATIF PROGRAM:-

2.30 Petang            Peserta berada di Dewan Permata.
                              Bacaan Doa
                              Ucapan Pengetua
                              Taklimat Perekodan
                              - 4 Komponen Asas ARPRM
                              - Kaedah Perekodan
                              Penyerahan Buku Diari Gangsa dan Perak

5.00 Petang          Bersurai

________________________________________________
JAWATANKUASA
TAKLIMAT  PEREKODAN BUKU DIARI GANGSA DAN PERAK TAHUN 2012
TARIKH : 29 OGOS 2012 (RABU), TEMPAT : DEWAN PERMATA, MASA : 2.30 – 5.00 PETANG
SASARAN : PESERTA ARPRM (GANGSA DAN PERAK)

PENGERUSI
Tuan Hj Mohmad Bin Hashim

TIMBALAN PENGERUSI
En Ahmad bin Survi

NAIB  PENGERUSI

Pn Anim Binti Mohamed Jaib
En Rashid Bin Muhidin
En Mohd Pozi Bin Kemin
En Ruhaizad Bin Mohd Reduan

PENYELARAS
Pn Faridah Binti Bujang

URUSETIA
Pn Hafilah Binti Hamzah,
Cik Ainnezah binti Asni,
Cik Hanifariza Binti Mohd Yusof


AHLI JAWATANKUASA


Persiapan Dewan

En Zulkifli Bin Jaafar,
En Saifullah bin Abd Wahab,
En Abdul Rohim bin Rahman,
Pn Siti Anisa Binti Ahmad Fuad,
 En Hanif Bin Abu Hassan,
Pn Nor Azila binti Md Saad,

Alatan

En. Khairulnizam Mohd Yusof,
 En Ahmad Nazri Bin Selamat,
Cik Munirah binti Md Sidek 


P.A Sistem

Cik Siti Haniza binti Samsuri,
Cik Anili Fasha Binti Mahdi,

Pengacara Majlis
Pn Nor Aiman binti Tajudin
Pelajar Pemegang Pingat Perak

Disiplin dan Keselamatan

En Shamsul Ihtihsham bin Musa,
En Zolkeple Jemadar,
En. Hamzah Rahman bin Soriat


Pendokumentasian

En Taufieq bin Aluddin, 

Cik Nurul Salwa binti Wahab

   Kebersihan
Pn Azura Binti Abd Rahim, 
Cik Nurulfalah Binti Abdul Ghani, 
Cik Nurul Hanani Ismail Sazemi, 
Cik Haniss Suzana binti Zaharin 

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ