24 December, 2012

Mesyuarat Guru Kali Pertama Tahun 2013

24 Disember 2012 - Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Berdoa Pembuka Majlis
Bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Ab.Rahim Arshad

Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran, Anim Mohamed Jaib mempengerusikan Mesyuarat Guru Bil 1/2013 bertempat di bilik seminar SMK Bandar Tenggara. Beliau mengingatkan kepada semua guru akan tarikh-tarikh penting mesyuarat akan datang iaitu
1. 24/12/2012     Mesyuarat Guru
2. 25/12/2012     Cuti Hari Krismas
3. 26/12/2013     Mesyuarat Majlis Kurikulum
                           Mesyuarat Panitia
4. 27/12/2012     Mesyuarat Majlis Hal Ehwal Murid (HEM)
                           Mesyuarat Guru Tingkatan
5. 28/12/2013     Mesyuarat Majlis Kokurikulum
6. 31/12/2013     Pendaftaran Murid Tingkatan Satu
7. 01/01/2013     Hari Keceriaan
8. 02/01/2013     Hari Pertama Persekolahan                        
________________________________________________
Agenda Mesyuarat Guru Bil. 1/2013

1. Ucapan alu-aluan pengetua.
2. Pengesahan Minit Mesyuarat.
3. Pembentangan agihan tugas-tugas guru mengikut bidang:-
    3.1 Kurikulum
    3.2 Hal Ehwal Murid
    3.3 Kokurikulum
4. Pembentangan Takwim 2013
5. Mesyuarat Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK)
_________________________________________________

Mesyuarat Pertama Tahun 2013
Slogan Jabatan Pelajaran (JPN) Johor ialah One Step A Head. Terbaru bagi tahun 2013 ialah LEADS. Huruf-huruf tersebut membawa maksud seperti berikut iaitu L - Lead The Change; E - Enhance Rosilience; A - Accelerate Excelent Through Innovation; D - Develope First Rate School Culture; S - Sustaine, Success Build Legacy.

Kementerian Palajaran Malaysia (KPM) juga memperkenalkan slogan tahun 2013 iaitu XPLUS. X untuk Excelence, P; Pengetahuan, L; Latihan, U; Usaha dan S untuk Sepasukan.

Manakala bagi Kerajaan Malaysia juga merencana Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) bermula dari tahun 2013 hingga 2015.

Beliau mengingatkan semu guru SMK Bandar Tenggara agar lebih peka dan perihatin terhadap segala perencanaan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) dan Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) demi kebaikan murid/pelajar sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.15 petang.

23 December, 2012

Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012


Pn Anim Mohamed Jaib menyerahkan slip keputusan  PMR2012

Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Bandar Tenggara, Anim Mohamed Jaib menyerahkan slip keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 kepada Penolong Setiausaha Peperiksaan, Hj Saifullah Wahab dan penyelaras PMR, Noorkiah Ahmad, sekembalinya dari Pejabat Pelajaran Daerah Kulai (PPD Kulaijaya) pagi ini. 

Penyerahan itu disaksikan oleh GPK HEM; Rashid Muhidin, GPK Kokurikulum; Ahmad Survi, GPK Tingkatan Enam: Mohd Pozi Kemin, Guru Kanan Sains dan Matematik; Hjh Hamimah Yunus, Guru Kanan Sains Sosial; Hjh Hasnah Kasnan, Guru Kanan Vokasional dan Teknik; Hjh Sawilah M.Auf, Guru Kanan Bahasa; Hjh Hayati Abdullah dan guru-guru serta kakitangan pejabat. 

Sejumlah 152 orang calon telah menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 4 calon mendapat keputusan 6A dan 4 calon 5A. Rekod cemerlang tahun lepas ialah 4 orang calon memperolehi 9A, 8A seorang dan 7A dua calon dan 6A seramai 2 orang calon.

Pencapaian keseluruhan GPS meningkat 0.01  kepada 2.74 berbanding 2.75 tahun lepas. Secara peratus pula penurunan sebanyak 4.41 % berbanding tahun lepas. SMK Bandar Tenggara masih mengekalkan kedudukan ketiga terbaik di daerah Kulaijaya, selepas dua sekolah kawalan di daerah Kulaijaya, SMK Bandar Putra dan SMK Bandar Tenggara 2.


Menunggu pengumuman PMR
Hjh HAmimah, Hjh Sawilah dan Hjh Hasnah meneliti
keputusan PMR tahun ini.
  
Guru Kelas menyerahkan slip peperiksaan


Nur Aqilah, Siti Nurfaridah, Nurizzatul Aina dan Nurul Yusnainy

8 MURID TERBAIK PMR 2012

NUR AQILAH BINTI AHMAD (6A 2B)
NURUL YUSNAINY BINTI MOHD YUSOF (6A 2B)
SITI NUR FARIDAH BINTI SUGIATO (6A 1B 1C)
MOHAMAD SHAHZUAN BIN AB LATIF ( 6A 1B 1C)
NURIZZATUL AINA BINTI ABD SYUKUR (5A 3B)
NURUL SHAHIDAH BINTI ALIAS (5A 3B)
MUHAMMAD AIMAN ZUKHUSNI BIN ROSLI (5B 2B 1C)
NURHANA BINTI AHMAD (5A 2B 1C)

Gambar Kenangan
Murid cemerlang PMR bersama guru dan ibu bapa

19 December, 2012

Majlis Ramah Mesra Bersama Pelajar Pra Universiti 2012

Keindahan Dewan Permata

13 Disember 2012 - GPK Pra Univerisiti, Mohd Pozi Kemin mengiringi Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Tuan Haji Baharudin Mohd Sham dalam Majlis Ramah Mesra Pelajar Tingkatan 6 Atas masuk ke  Dewan Permata, SMK Bandar Tenggara.

Dalam majlis tersebut GPK Pra Universiti; Mohd Pozi Kemin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti kerana berjaya menganjurkan majlis yang gilang gemilang pada tahun ini. Sesungguhnya inilah tanda bukti hubungan baik dan kerjasama semua ahli MPP Pra Universiti, guru-guru dan pihak pengurusan sekolah terjalin. Turut diadakan acara persembahan zapin, dan nyanyian sebelum upacara penyampaian hadiah dan cenderamata kepada 98 pelajar Pra Universiti sesi 2011-2012. 

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah GPK Pentadbiran; Anim Mohamed Jaib, GPK Kokurikulum; Ahmad Survi, Guru-guru Tingkatan 6; Ustaz A.Rahim Arsad, Zolkeple Jemadar, Faridah Abdullah, Zubaidah Ibrahim, Abd Rahman Salleh, Zahiah Hamzah dan Mustafa Yunos.

Guru penyelaras program, Hafilah Hamzah ditemui berkata majlis ini membuktikan bahawa pelajar tingkatan enam berupaya menganjurkan majlis gemilang gemilang seumpama majlis rasmi orang-orang kenamaan. Kesungguhan itu menunjukkan kematangan mereka merancang, mengurus dan melaksanakannya menjadi suatu realiti sesuai dengan tema tahun ini.

Aturcara Majlis :-
10.00 pagi      Ketibaan Pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas
10.30 pagi      Ketibaan Dif-dif kehormat
                      Guru Penolong Kanan Pra Universiti
                      Guru-guru Pra Universiti
11.00 pagi      Majlis Perasmian oleh VIP
                      Bacaan Doa
                      Ucapan GPK Pra Universiti
                      Ucapan Pengetua
                      Persembahan Montaj
12.00 tgh       Jamuan Makan
                      Persembahan Tingkatan 6 Bawah
                      Penyampaian Hadiah
                      Penyampaian Cenderamata
3.00 ptg         Majlis Bersurai


GPK Pentadbiran, Anim Mohamad Jaib bersama guru-guru Pra U


Para tetamu, YDP PIBG

Pelajar Pra Universiti



Hidangan makanan

Hidangan minuman

Hidangan buah-buahan

Keriangan pelajar yang diraikan
                 


06 November, 2012

KONVENSYEN PROGRAM ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2012

3 November 2012 : Hotel Traders Muar

YB Tuan Hj Md Jais Sarday 
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor, YB Hj Md Jais Sarday disambut dengan penuh istiadat ketika sampai di Hotel Traders Muar bersempena Majlis Pertaulihan Anugerah Remaja Perdana Tahap Perak Tahun 2012.

Penganjuran majlis pertauliahan tahap Perak buat kali ke-3 tahun ini adalah  kerjasama Kerajaan Negeri Johor, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Majlis seumpama ini menjadi satu motivasi kepada murid/pelajar sekolah untuk bergiat aktif dan berfokus dalam semua aktiviti kokurikulum di sekolah masing-masing.

Program ini lebih dikenali dengan nama the International Award for Young People dan telah dilaksanakan di 132 buah negara dengan penyertaan lebih tujuh (7) juta belia di seluruh dunia.

Pemimpin ARPRM Sekolah, Ahmad Survi, Hafilah Hamzah,
Hjh Muzayanah Sumrah dan Noraziah Shafie 
Pemimpin ARP Rakan Muda Sekolah, Ahmad Survi ditemui berkata penilaian 10% markah kokurikulum adalah penting kepada semua murid dan pelajar. Bermula daripada tingkatan satu hinggalah tingkatan enam atas diwajibkan untuk terlibat dalam unit pasukan beruniform, kedua persatuan/ kelab dan ketiga sukan/ permainan.

Katanya lagi, purata dua markah tertinggi daripada 3 elemen kokurikulum itu akan dicampurkan dengan markah tambahan (bonus). Ini termasuklah markah bonus yang diperolehi oleh murid/pelajar jika mereka menyertai badan organisasi sekolah seperti pengawas atau pusat sumber atau majlis perwakilan pelajar dan lain-lain organisasi sekolah.

Program ARP Rakan Muda juga merupakan salah satu penyumbang kepada markah bonus murid/pelajar seperti mana yang termaktub dalam Buku Panduan Penilaian 10% Markah Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Oleh yang demikian pencapaian mereka dalam 10% markah kokurikulum bagi tahun semasa mungkin akan meningkat daripada pangkat C kepada B atau B kepada pangkat A.

Tambahnya lagi, murid Tingkatan Satu (1) sekarang ini dinilai dengan lebih adil dan terperinci secara 'online' dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Berita Majlis Penganugerahan Tahap Perak 2012

Penyelia Kokurikulum, Daerah Kulaijaya, Johan Hj Nasir
bersama isteri dan anaknya penerima tahap Perak 2012

Nur A'fizah Zulcaplele antara penerima tahap Perak
termuda tahun ini.

Penerima pingat tahap Perak 2012

wajah-wajah ceria

Menunggu giliran untuk pertauliahan
80 penerima anugerah tahap Perak 2012

Barisan guru pemimpin ARPRM SMK Bandar Tenggara


30 October, 2012

80 PELAJAR SMK BANDAR TENGGARA LAYAK MENERIMA ANUGERAH PERAK 2012

Penerima anugerah bersama ibu
Kegembiraan pelajar sekolah ini dapat dilihat melalui senyum tawa mereka bersama ibu yang hadir pada Hari Penyampaian Anugerah Cemerlang Kokurikulum Tahun 2012, pada hari yang sama mereka ditauliahkan pingat Gangsa oleh Penolong Pengarah Rakan Muda Peringkat Negeri Johor, Cik Noremelia Rosla di Dewan Permata tempoh hari.  

Menyemak buku diari dan pasport Perak 2012
Berita selanjutnya

Ahmad Nazri menyemak senarai nama pingat Perak 



22 October, 2012

GURU DAN PELAJAR MENERIMA ANUGERAH CEMERLANG KOKURIKULUM 2012

20 Oktober 2012: Hari Anugerah Cemerlang Kokurikulum Tahun 2012
Wakil Rasmi PPD Kulaijaya
Seramai 26 pelajar dan 16 orang guru telah menerima anugerah sempena Hari Anugerah Cemerlang Kokurikulum Tahun 2012 yang bertemakan Kokurikulum Penjana Jati Diri Murid di Dewan Permata, SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya.

Seorang pelajar tingkatan enam dan seorang lagi pendidikan khas iaitu Adam Azman dan Abdul Latif Jalil telah dinobatkan sebagai Tokoh Kokurikulum tahun ini kerana cemerlang dalam bidang Persatuan/ Kelab serta Sukan/ Permainan sehingga berjaya mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

Wakil rasmi Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya, Elanggovan a/l Savarimuthu mengucapkan tahniah kepada penerima-penerima anugerah cemerlang kokurikulum. Beliau kagum dengan sekolah kerana berjaya menunjukkan prestasi cemerlang dalam pengurusan kokurikulum serta banyak kejayaan telah dapat dicapai sepanjang tahun ini. Katanya lagi, memang wajar sekolah ini menjadi rujukan kepada Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya.

Pada hari yang sama, seramai 134 orang pelajar telah dianugerahkan pingat Gangsa oleh Kementerian Belia dan Sukan di bawah program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Penganugerahan pingat itu telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Rakan Muda Negeri Johor, Cik Noremelia Rosla.

Baca lagi ...Hari Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM)

PROSES TEMUDUGA MEMBAWA PENGALAMAN BARU BUAT PELAJAR SEKOLAH

20 Oktober 2012 : Bilik Gerakan; SMK Bandar Tenggara

Peserta Pingat Perak ARPRM ditemuduga oleh pegawai-pegawai Jabatan Bela\ia dan Sukan Negeri Johor
Seramai 36 orang pelajar SMK Bandar Tenggara mendapat pengalaman baru apabila terlibat dalam proses temuduga untuk penganugerahan pingat Perak Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

Empat komponen utama dalam Program ARPRM ialah khidmat masyarakat, kemahiran, rekreasi fizikal dan penjelajahan lasak. Peserta yang telah melengkapkan keempat-empat komponen itu perlulah merekod segala aktiviti ke dalam buku diari dan passport untuk dinilai oleh panel ARPRM.

HARI ANUGERAH CEMERLANG KOKURIKULUM 2012


19 October, 2012

HARI ANUGERAH CEMERLANG KOKURIKULUM 2012 - KOKURIKULUM PEMANGKIN JATI DIRI MURID

20 Oktober 2012: Kokurikulum Pemangkin Jati Diri Murid (Tema oleh : En Rashid Muhidin)

Banner by kudin



 
OBJEKTIF
  • Memberikan pengktirafan kepada warga sekolah yang telah memberikan sumbangan dalam usaha menaikkan nama sekolah sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
  • Mengalakkan warga sekolah untuk bergiat lebih aktif dan mencapai sasaran yang telah ditetapkan melalui tiga elemen kokurikulum iaitu pasukan badan beruniform, persatuan/ kelab dan sukan serta permainan.
  • Melahirkan kumpulan murid/pelajar yang berkualiti, mahir dan berpersonaliti melalui penyertaan dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.
  • Melahir murid/pelajar yang mempunyai sifat kepimpinan dalam menguruskan persatuan/ kelab yang dianggotainya.
  •  Melahirkan murid/pelajar yang berjaya dan mendapat pengiktirafan oleh kerajaan melalui Program Anugerah Remaja Sekolah Rakan Muda (ARPRM) anjuran bersama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
  • Meningkatkan pencapaian 10% markah kokurikulum bagi individu yang tidak menganggotai badan-badan perkhidmatan seperti pengawas, pengawas pusat sumber, jawatankuasa tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar, KENARI, surau dan dewan.

08 October, 2012

PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) BERMULA HARI INI

9 Oktober 2012 : Jadual Peperiksaan PMR 2012

9 OKTOBER 2012 (Selasa)
1. Bahasa Melayu (Kertas 1)
2. Bahasa Melayu (Kertas 2)
3. Pendidikan Islam (Kertas 1)
10 OKTOBER 2012 (Rabu)
1. Bahasa Inggeris (Kertas 1)
2. Bahasa Inggeris (Kertas 2)
3. Geografi (Kertas 1)
11 OKTOBER 2012 (Khamis)
1. Sains (Kertas 1)
2. Sains (Kertas 2)
3. Sejarah (Kertas 1)


15 OKTOBER 2012 (Isnin)
1. Matematik (Kertas 1)
2. Matematik (Kertas 2)
3. KHB (Kertas 1)



16 OKTOBER 2012 (Isnin)
1. Bahasa Arab (Kertas 1)
2. Bahasa Cina (Kertas 1 & 2)
3. Bahasa Tamil (Kertas 1 & 2)











MESYUARAT KHAS SEMPENA HARI ANUGERAH CEMERLANG KOKURIKULUM 2012

9 oktober 2012: Bilik Seminar

Agenda mesyuarat:-
1. Ucapan pengerusi majlis.
2. Mengesahkan mesyuarat lepas.
3. Pembentangan Kertas Konsep - Hari Anugerah Cemerlang Kokurikulum.
4. Pembentangan Program PASCA PMR
5. Pembentangan Pecutan SPM
6. Hal-hal lain.

Muat turun
1. Kertas Konsep Hari Anugerah Cemerlang Kokurikulum 2012
2. Anggaran Perbelanjaan
TEMA : KOKURIKULUM PEMANGKIN JATI DIRI MURID

RONDA RIADAH MEGA RIDE 2012- GURU SMKBT DI ANTARA 2500 PESERTA MENYAHUT CABARAN KAYUHAN SEJAUH 43 KILOMETER OFFROAD

7 Oktober 2012 : Ahad

Mega Ride 2012 : Bandar Dato Onn; 2,500 pesserta
Basikal Trek (Abd Razak Saat) diturunkan dari bumbung kereta 

Ronda Riadah Mega Ride 2012
Bandar Dato' Onn Johor Bahru


Sesi latihan menghadapi Ronda Riadah Mega Ride 43km offroad tempoh hari

Seramai 11 orang guru, 2 orang murid daripada SMK Bandar Tenggara telah menyertai Ronda Riadah Mega Ride 2012 anjuran PDRM Johor Bahru. Program berbasikal terbesar di Johor kali ini melibatkan seramai 2,500 peserta dari dalam dan luar negeri. Terbahagi kepada kumpulan veteran, terbuka, wanita dan pelajar sekolah.

Turut serta dalam program yang penuh dengan laluan yang penuh cabaran sejauh 43 kilometer itu ialah Khairulnizam Mohd Yusof, Aidil Shamin Abd Razak, Ahmad Nazri Selamat, Khairul Aimie Ahmad Termizi. Manakala dalam kategori veteran, Abd Razak Saat dan Ahmad Survi menamatkan kayuhan pada kedudukan 99 dan 106.

Kategori wanita pula yang turut serta ialah Siti Anizan Samsuri, Anili Fasha Mahadi, Hanifatiza Mohd Yusoff, Nurul Salwa Wahab, Natrah Mohamed Basar (isteri cikgu Khairulnizam) dan kategori pelajar, Muhd Amirul Mukminin Khairulnizam dan Nur Izzati Mohd Yusof (anak Pn Salmah Othman).

Dalam cabutan bertuah, Khairulnizam Md Yusof, ketua Kelab Bebasikal Bandar Tenggara (BTec) telah berjaya mendapat 'frame basikal code' berharga lebih kurang RM 800. Manakala Anili Fasha mendapat no bertuah tempat ke-52 menerima wang tunai RM 50 dalam kategori wanita.

Kereta VIVA 850 cc berharga RM 28,000.00 menjadi pemilik seorang pegawai bomba yang turut serta dalam kayuhan Mega Ride 2012 hari ini. Beliau berasal dari Taman Daya, Johor Bahru.


07 October, 2012

KEJAYAAN SEKOLAH TAHUN 2011 DIUMUM DALAM MAJLIS RESTU ILMU PMR 2012

Menyerahkan kecemerlangan SMK Bandar Tenggara
Penyampaian sijil dan hadiah dari PPD Kulaijaya disampaikan oleh PK Pentadbiran, Anim Mohamad Jaib kepada pengetua, Tuan Hj Mohmad Hashim, ketika majlis restu ilmu.

Kejayaan SMK Bandar Tenggara Tahun 2011:-
1. Skor Komposit SKPM Terbaik (sekolah bukan kawalan)
2. GPS PMR Tertinggi (Bahasa Arab)
3. GPS SPM Tertinggi (Perdagangan)
4. GPS SPM Tertinggi (Ekonomi)
5. GPS SPM Tertinggi (Sastera Melayu)
6. GPS STPM TErtinggi (Seni Visual)
7. Peratus Pencapaian Terbaik SPM (sekolah bukan kawalan)
8. GPS Terbaik SPM (Sekolah bukan kawalan)
9. Pencapaian Sukan Terbaik Bawah 18 Tahun (perempuan).
10. Anugerah Khas PPD - Sekolah Menengah Bukan Kawalan (Terbaik).

TIADA RAPAT UMUM DAN KEKECOHAN BERLAKU DALAM PROSES MENGUNDI BKGK 2012

Berjalan lancar - kata ketua SPR BKGK, Shamsul Ihtihsham Musa

Anim Mohd Jaib, mengundi untuk memilih calon pengerusi BKGK 2012
Ketua Pilihanraya BKGK, Shamsul Ihtihsham Musa dan jawatankuasanya






KEPUTUSAN PILIHANRAYA BKGK 2012



PERTANDINGAN MENULIS SURAT SATU MALAYSIA 2012


Menerima sijil melalui pos
Sijil tersebut ditandatangani oleh Dato' Seri Utama, Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ