Pn Anim Mohamed Jaib menyerahkan slip keputusan PMR2012 |
Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Bandar Tenggara, Anim Mohamed Jaib menyerahkan slip keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 kepada Penolong Setiausaha Peperiksaan, Hj Saifullah Wahab dan penyelaras PMR, Noorkiah Ahmad, sekembalinya dari Pejabat Pelajaran Daerah Kulai (PPD Kulaijaya) pagi ini.
Penyerahan itu disaksikan oleh GPK HEM; Rashid Muhidin, GPK Kokurikulum; Ahmad Survi, GPK Tingkatan Enam: Mohd Pozi Kemin, Guru Kanan Sains dan Matematik; Hjh Hamimah Yunus, Guru Kanan Sains Sosial; Hjh Hasnah Kasnan, Guru Kanan Vokasional dan Teknik; Hjh Sawilah M.Auf, Guru Kanan Bahasa; Hjh Hayati Abdullah dan guru-guru serta kakitangan pejabat.
Sejumlah 152 orang calon telah menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 4 calon mendapat keputusan 6A dan 4 calon 5A. Rekod cemerlang tahun lepas ialah 4 orang calon memperolehi 9A, 8A seorang dan 7A dua calon dan 6A seramai 2 orang calon.
Pencapaian keseluruhan GPS meningkat 0.01 kepada 2.74 berbanding 2.75 tahun lepas. Secara peratus pula penurunan sebanyak 4.41 % berbanding tahun lepas. SMK Bandar Tenggara masih mengekalkan kedudukan ketiga terbaik di daerah Kulaijaya, selepas dua sekolah kawalan di daerah Kulaijaya, SMK Bandar Putra dan SMK Bandar Tenggara 2.
Menunggu pengumuman PMR |
Hjh HAmimah, Hjh Sawilah dan Hjh Hasnah meneliti keputusan PMR tahun ini. |
Guru Kelas menyerahkan slip peperiksaan |
Nur Aqilah, Siti Nurfaridah, Nurizzatul Aina dan Nurul Yusnainy
8 MURID TERBAIK PMR 2012
NUR AQILAH BINTI AHMAD (6A 2B)
NURUL YUSNAINY BINTI MOHD YUSOF (6A 2B)
SITI NUR FARIDAH BINTI SUGIATO (6A 1B 1C)
MOHAMAD SHAHZUAN BIN AB LATIF ( 6A 1B 1C)
NURIZZATUL AINA BINTI ABD SYUKUR (5A 3B)
NURUL SHAHIDAH BINTI ALIAS (5A 3B)
MUHAMMAD AIMAN ZUKHUSNI BIN ROSLI (5B 2B 1C)
NURHANA BINTI AHMAD (5A 2B 1C)
Gambar Kenangan
Murid cemerlang PMR bersama guru dan ibu bapa |
No comments:
Post a Comment