05 May, 2014

PERTANDINGAN SILAT SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH DAERAH KULAIJAYA 2014

5 Mei 2014: Dewan Permata


Puan Zaharah Mohd. Jani, pengetua SMK Bandar Tenggara
Majlis penutupan rasmi Pertandingan Silat Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Daerah Kulaijaya 2014 yang diadakan di Dewan Permata Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara telah disempurnakan oleh Puan Zaharah Mohd. Jani, pengetua sekolah ini.

Sebanyak enam kategori sekolah menengah dan rendah dipertandingkan mengikut jantina iaitu putera dan puteri. Kategori-kategori tersebut ialah Seni Tari Puteri, Seni Tari Putera, Seni Tempur Puteri, Seni Tempur Putera, Jurus Silat Puteri, dan Jurus Wajib Putera.

Turut hadir dalam majlis penutupan tersebut ialah Encik Johan Hj Nasir, Penyelia Pasukan Badan Beruniform Pejabat Pendidikan Daerah Kulaiaya dan Ecik Ahmad Survi, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Bandar Tenggara.

Abdul Rahman Salleh mengumumkan keputusan pertandingan di mana Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Kota Kulai telah muncul sebagai johan keseluruhan di bawah kategori sekolah menengah manakala Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tenggara 2 menjadi johan keseluruhan kategori sekolah rendah.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara mencapai target apabila berjaya menjadi juara dalam acara Seni Tari Silat Puteri dan Seni Tempur Puteri.

Link dan muat turun:-
Keputusan Pertandingan Silat S.Menengah 2014
Keputusan Pertandingan Silat S.Rendah 2014

Encik Rashid Selamat, ketua juri
Juri dan hakim pertandingan terdiri daripada Tuan Mohd Nor Raja Omar, SMK Tunku Abdul Rahman Putera; Ustaz A. Rahman Ismail, SMK Sri Pinang; Encik Nasaruddi Jahat,SK Sinar Bahagia; Encik Ismadi Suib, SK Taman Kota Kulai; Puan Azila Kasim, SMK Sri Pinang; Encik Amir Ikram Abd Rahim, SMK Indahpura 1; Encik ohd Faiz Ghazali, SMK Senai; Puan Noor Shafiqah Mahmod, SK Polis Kem; Puan Nurulhuda Ahmad, SMK Taman Kota Kulai; Puan Suhaila Rahmat , SMK Sri Pinang dan Encik Abdul Rahim Abd Rahman, SMK Bandar Tenggara 2.

Pertandingan Silat Peringkat Daerah Kulaijaya

No comments:

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ