13 October, 2014

PEMIMPIN PROGRAM RAKAN MUDA DIDEDAHKAN DENGAN TIPS UNTUK MELAHIRKAN PESERTA-PESERTA TAHAP EMAS 2014

12-13 Oktober 2014 : Kompleks Belia dan Sukan JB (KomBeS).
The Duke of Edinburgh's International Award / Rujukan Peringkat Antarabangsa

Wakil peserta bengkel, En Ahmad Survi
Selaku wakil peserta, Ahmad Survi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor kerana memberi peluang kepada semua peserta bengkel mengikuti kursus tahap Emas ini.
Pembentang kertas kerja program Emas
Peserta-peserta menerima taklimat dan teknik membuat kertas kerja tahap Emas oleh Puan Ain Khatijah, Penolong Pengarah Rakan Muda Kebangsaan, Putrajaya dan kemudian membentangkan di hadapan peserta bengkel dan ahli-ahli panel.

Bengkel Pengurusan Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) tahap Emas yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Johor Bahru dimulakan dengan ucapan dan taklimat ringkas daripada Puan Hjh Supiati Sahuni, Pegawai Rakan Muda Negeri Johor.
Pn Hjh Supiati Sahuni, Pegawai Rakan Muda Negeri Johor
Matlamat utama program ini ialah untuk melahirkan peserta-peserta tahap Emas yang diiktiraf di peringkat Malaysia dan antarabangsa. Tegas beliau lagi, pendedahan dan kefahaman guru-guru pembimbing di sekolah, pengerak rakan muda, badan-bandan NGO's mengenai halatuju dan pelaksanaan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda adalah amat penting bagi merealisasikan impian golongan remaja yang berumur di antara 14 hingga 25 tahun.

Antara kelebihannya apabila mengikuti program ini ialah peserta di peringkat sekolah, mendapat markah bonus dalam penilaian 10% markah kokurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, menerima pengiktirafan daripada Badan Berkuasa Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Malaysia dan pengiktirafan daripada badan antarabangsa iaitu The Duke of Edinburgh's International Award.

Disamping itu bengkel seperti ini dapat mengujudkan jaringan hubungan di antara pemimpin, mentor, jurulatih Badan Operasi di peringkat sekolah, daerah dan badan berkuasa Anugerah Peringkat Kebangsaan.

Turut hadir dalam bengkel tersebut ialah Puan Khatijah Abdullah, Pegawai Rakan Muda Peringkat Kebangsaan, En. Ravichandran, setiausaha MAGAA, Cikgu Mohd Haris Mohd Dol, perintis program ARPRM di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Johor serta pegawai-pegawai belia daerah dan guru-guru pemimpin.
Pn Khatijah Abdullah, Penolong Pengarah Rakan
Muda Kebangsaan, Putrajaya
En Ravichandran a/l Balasubsamaniam, Setiausaha MAGAA,
Ahli Jawatankuasa Antarabangsa bagi Rantau Asia Pasifik
Cikgu Mohd Haris Mohamed Dol, Pemimpin ARPRM Peringkat Kebangsaan, berkongsi pengalaman beliau semasa melaksanakan program ini  di SMK Bandar Putra Segamat
Berkongsi pengalaman dengan pemegang tahap Emas 2013. Klik baca lagi
Sesi perkongsian ilmu dan pengalaman.

Forum peserta Emas 2013
Maizatul Nur Amalina Mohd Isa, peserta Emas dari Kluang, menceritakan pengalaman beliau menyempurnakan tahan Emas selama satu tahun setengah dan membuat projek penempatannya di Limbang, Sarawak. Mentor Maizatul merupakan seorang pegawai dari JBS daerah Kluang iaitu Encik Sariman Hj Mohamad.

Tiga lagi peserta Emas dari Persatuan Belia Cergas Pontian yangterdiri daripada Chong Lim Ming, Leu Lee Yan dan Lee Ng Ge juga menceritakan pengalaman beliau ketika menyempurnakan tugasan pada tahap Emas. Encik Ibrahim Bujang, pegawai dari  Jabatan Belia dan Sukan daerah Segamat, mempengerusikan majlis forum bersama pemimpin-pemimpin ARPRM, menghidupkan suasana forum pada hari ini.
Ikon Malaysia ke United Kingdom

akala En. Ravichandran, menutup sesi forum dengan membuat kesimpulan bahawa program ini banyak membantu peserta untuk lebih berdaya maju dalam membentuk modal insan yang memberi impak yang besar kepada perkembangan individu itu sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara serta pengiktirafan yang tinggi yang diberikan oleh The Duke of Edinburge, United Kingdom menjadi pendorong kepada setiap peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.
Akhirnya beliau mengungkapkan kata-kata ini iaitu mereka yang lahir melalui proses seumpama ini mempunyai kualiti yang tinggi dalam bidang kepimpinan yang akan menggantikan pemimpin-pemimpin negara pada satu masa nanti.

Pembentang kerta kerja program tahap Emas


Program Rakan Muda Tahap Emas 2013

En Arif Redwan , En. Rahman Salleh dan En. Ahmad Survi bersama Pn Hjh Supiati Sahuni, Rakan Muda Peringkat Negeri Johor, En Ravichandran (ikon ARP Rakan Muda dan Pn Ann, Putrajaya,  


PASUKAN PENTANQ SEKOLAH CEMERLANG DI PERINGKAT PSKKP JOHOR 2014

9 Oktober 2014 : Pentaq PSKPP Johor
Kejayaan pasukan petanq daerah Kulaijaya
Foto : Ainezah Asni
Piala Kejohanan Petanq PSKPP Johor 
Sedang dikemaskini...


12 October, 2014

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ