22 September, 2012

JEMPUTAN KHAS MAJLIS MENTERI BESAR DI PERSADA JOHOR - PELAJAR KATERING DAN PENYAJIAN

22 September 2012 : Kelab Katering dan Penyajian

Mahani Parmin, bersama anak murid Katering dan Penyajian
SMK Bandar Tenggara
Seramai 40 orang pelajar daripada Kelab Katering dan Penyajian, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara telah meneri undangn daripada Pejabat Menteri Besar Johor untuk menjadi pramusaji pada majlis makan tengahari di Persada Johor hari ini.

Mahani Parmin, guru penasihat kelab, memberitahu bahawa kepercayaan yang diberikan oleh bahagian pengurusan PMB amat tinggi maka seringkali beliau mengingatkan kepada pelajarnya, agar menggunakan peluang keemasan ini untuk meningkatkan jati diri, berdisiplin, berkarisma dan mempunyai wawasan tinggi dalam berkerjaya.

Salmah Othman, Guru Kaunselor sekolah sebagai pengurus projek berpuas hati dengan penglibatan pelajar Kelab Katering dan Penyajian dalam memberikan khidmat masyarakat, bukan sahaja di dalam malah diterima dalam majlis berprestij, peringkat negeri Johor.

Turut sama dalam program tersebut ialah Azura Abd Rahim, guru matapelajaran Katering dan Penyajian sekolah ini.


TEMPAT KETIGA NYANYIAN SOLO PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA

22 September 2012 : Pertandingan Lagu-lagu Patriotik - TJ Mart.
Rohidah Othman, Guru Perpustakaan dan Media
SMK Bandar Tenggara

Peserta Solo Muhamad Hairie Hamidon dan peserta duet, Nur Athirah Ismail dengan Muhamad Amirul Ridzal Zakaria


Abd Razak Saat, guru muzik sekolah ini berkata, seramai tiga orang pelajar terlibat dalam pertandingan di TJ Mart, Kulai pada pagi ini sempena Pertandingan Lagu-lagu Patriotik Peringkat Daerah Kulaijaya.. Mereka terdiri daripada peserta yang berbakat dalam bidang nyanyian. Seramai 150 orang peserta daripada 16 buah sekolah menengah telah mengambil bahagian.

Katanya lagi, sebanyak dua kategori dipertandingkan di peringkat daerah iaitu nyanyian solo dan berduet. Setiap peserta solo atau duet hanya mendendangkan sebuah lagu patriotik. Nyanyian yang dipersembahkan boleh diiringi dengan 'minus one' atau secara karaoke.

Bahagian nyanyian solo, Muhamad Hairie Hamidon telah berjaya memperolehi tempat ketiga, manakala nyanyian duet, Nur Athirah Ismail dengan Muhamad Amirul Ridzal Zakaria mendapat tempat kelima.

Senarai lagu wajib ialah
1. Putera Puteri;
2. Perajurit Tanah Air;
3. Keranamu Malaysia;
4. Malaysia Tanah Airku ;
5. Berjaya
6. Tanah Pusaka;
7. Bumi Malaysia ;
8. Nyalakan Tekad ;
9. Tanah Airku;
10. Dirgahayu Tanah Airku
11. Jalur Gemilang ;
12. Bunga Raya;
13. Perwiraku ;
14. Perwiraku ;
15. Selamat Pergi Pahlawnku
16. Setangkai Mawar ;
17. Pahlawanku ;
18. Budi Bahasa Budaya Kita ;
9. Warisan ;
20 Sejahtera Malaysia.

  

21 September, 2012

MENGIRATKAN HUBUNGAN SIRATULRAHIM MENERUSI AKTIVITI 'FORT LUCK'

21 September 2012: Fort Luck

Meraikan Bakal Hajjah/ Haji

 Anim Mohamad Jaib, Penolong Kanan Pentadbiran menganjurkan jamuan 'port luck/foods luck' pentadbir dan kakitangan sokongan/ pejabat di bilik ekonomi rumahtangga pagi ini. Sambutannya amat meriah apabila guru-guru yang tiada kelas pada waktu itu, kakitangan pejabat dan makmal hadir sama-sama menikmati juadah yang dibawa oleh mereka.

Rosidah Ali mewakili kakitangan pejabat berkata, aktiviti seumpama ini memang baik untuk dijadikan amalan pada setiap tahun. Katanya lagi, tugas kami sebagai kakitangan awam ialah untuk melicinkan perjalanan sekolah dan menjaga kebajikan guru. Namun adakalanya tidak sempat berbual-bual dan bermesra umpama satu keluarga. Masing-masing sebok dengan urusan. Oleh yang demikian, masa seperti inilah kami dapat bertukar-tukar pendapat, berbual-bual, bekerjasama, bertolak ansur dan saling faham memahami akan tugas masing-masing dan akhirnya dapat mengiratkan lagi hubungan siratulrahim yang sedia terjalin.

Cikgu Muzam Mohdi tidak ketinggalan meraikan tahun ke-26 mengajar di SMK Bandar Tenggara dengan membawa kek besar untuk dinikmati oleh para tetamu yang hadir. Pemotongan kek itu disaksikan dan diberikan tepukan oleh tetamu yang hadir.
Tahun ke-26 mengajar di SMKBT

Turut meraikan majlis yang sederhana ini ialah Tuan Hj Mohmad Hashim, Pengetua, Anim Mohamad Jaib, Penolong Kanan (PK) Pentadbiran, Rashid Muhidin, PK Hal Ehwal Murid (HEM), Ahmad Survi,PK Kokurikulum, Mohd Pozi Kemin, PK Tingkatan Enam, Hjh Hamimah Yunos, Guru Kanan (GK) Sains dan Matematik, Hjh Hasnah Kasnan, GK Sains Sosial, Hjh Sawilah Mauf, GK Vokasional dan Teknik, Ustazah Hayati Mohamad, GK Bahasa, Tn Hj Khairudin Abu Nawas, Salmah Othman dan Norsidah Sidek serta Rohidah Othman, Guru Perpustakaan dan Media.


19 September, 2012

1MURID 1SUKAN - OLAHRAGA

19 September 2012 : Olahraga 1Murid 1Sukan

IMurid 1Sukan - Olahraga
Nurul Azhani Ghulam, Nur Shahiraa Mohd Ariffin, Nur Syahira Awang, Nurul Aina Rozani, Nur Syuhada Rosle dan Nur Farhana Zaidan, Nur Imran Kamarudin, Muhamad Afiq Poniran, Muhamad Akmal Masral, Muhamad Hafey Asni, Mohd Firdaus Roslan dan Muhamad Abu Bakar Suhaimi.
Saipi Halidin, pengurus pasukan olahraga sekolah menyatakan, " kita hanya berjaya memperolehi 3 pingat dalam acara lontar peluru. Manakala dalam acara lain kita menerima saingan sengit oleh atilit-atlit sekolah lain. Namun begitu, pencapaian ini boleh diperbaiki pada masa akan datang".

Katanya lagi, penyertaan adalah terdiri daripada murid yang tidak pernah mewakili sekolah dalam sebarang pertandingan balapan dan padang di peringkat daerah, negeri atau negara.

Keduanya, setiap peserta dikehendaki mengambil bahagian dalam 4 acara individu dan 1 acara berpasukan (medley relay). Dalam acara medley relay, peserta pertama 100 m, kedua 100 m, ketiga 200 m, keempat 400 m dan pelari kelima 800 meter. Untuk memperolehi yang terbaik adalah menjadi satu cabaran buat pasukan sekolah.

Turut membantu pasukan olahraga sekolah ialah Siti Hanizan Samsuri, Ahmad Nazri Selamat, Suriati Alias dan Mohd Hasry Mustakim.   

1MURID 1SUKAN- FUTSAL TEMPAT KE-EMPAT KEJOHANAN PIALA MENTERI PELAJARAN PERINGKAT DAERAH KULAI

18 SEPTEMBER 2012 : Futsal dan bola jaring Piala Menteri Pelajaran Peringkat Daerah Kulaijaya

Pasukan Futsal Sekolah
Muhammad Al Soufi Abd Razak, Muhamad Zulhelmi M.Amin, Muhamad Khairi Samian, Mohd Fikri Abdullah, Mohd Alif Mohd. Zamri, Muhamad Iqhmal Nur Hakim Hairul, Muhamad Nur Farid Mohd Ayob, Muhamad Firdaus Zanudin, Muhamad Luqman Shahadan dan  Saiful Nizam Minhad.
Khairul Aimie Mohd Termizi, pengurus pasukan menyatakan pasukan sekolah bermain dengan baik, bersefahaman di antara satu sama lain, serangan bertubi-tubi ke pihak lawan, namun nasib tidak menyebelahi kita. Kita menerima kekalahan tipis dengan SMK Kangkar Kulai dengan jaringan 0-1.

Penentuan untuk tempat ketiga dan keempat adalah dengan tendangan finalti. Kita hanya berjaya menjaringkan  4 gol berbanding 7 gol yang diperolehi pasukan SMK Kota Kulai. Namun begitu, katanya lagi, saya berpuas hati di atas kekalahan ini. Program untuk mencungkil bakat-bakat baru akan diadakan di peringkat sekolah.

Turut membantu pasukan sekolah ialah Ahmad Nazri Selamat selaku jurulatih dan pembantunya, Rohim Abd Rahman.

 Keputusan pertandingan futsal 1M 1S Pila Menteri Pelajaran:-
1. Johan - SMK Kangkar Pulai
2. Naib Johan - SMK Senai
3. Ke-3 - SMK Kota Kulai
4. Ke-4 - SMK Bandar Tenggara


Pasukan Bola Jaring Sekolah


Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ