19 April, 2013

SMK BANDAR TENGGARA MENCIPTA REKOD: KETIGA-TIGA KETUA PLATUN DINOBATKAN SEBAGAI KETUA PLATUN TERBAIK PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA

KULAIJAYA : 18 April 2013 SMK Kota Kulai
Pengakap SMK Bandar Tenggara - Johan NGO (lelaki)

Kadet Polis (P) - tempat ke-tiga
Hazira Shamsul Ihtihsham, Ketua platun terbaik NGO (P)

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara telah mencipta rekod pada tahun ini apabila ketiga-tiga ketua platun yang bertanding iaitu Pengakap (putera) diketuai oleh Farid Izzudin Zulkifli, Kadet Polis (puteri); Nur Shahira Mohd Ariffin dan Pandu Puteri; Hazira Shamsul Ihtihsham telah dinobatkan sebagai ketua platun terbaik peringkat daerah Kulaijaya.

SMK Kota Kulai menampilkan dua ketua platun terbaik KRS (putera dan puteri) iaitu Al Husriff Arjuna dan Nurul Ain Abdullah manakala Liew Zhoo Ting ketua platun terbaik Agensi Kerajaan (L) daripada pasukan Kadet Bomba, SMK Senai.


Pertandingan kawad kaki tahun ini mendapat sambutan baik daripada sekolah-sekolah menengah daerah Kulaijaya. Seramai 1435 orang murid telah turut bertanding dalam tiga kategori iaitu Kadet Remaja Sekolah (KRS), Agensi Kerajaan (GO) dan  Agensi Bukan Kerajaan (NGO). Secara keseluruhannya sebanyak  41 pasukan telah mengambil bahagian, 24 daripadanya ialah pasukan puteri.

Penolong Pegawai Pelajaran, Elanggovan a/l M. Savarimuthu wakil rasmi Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya, telah menutup rasmi Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Daerah Kulaijaya 2013.

Beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan yang berjaya dan syabas kepada yang belum berjaya. Katanya lagi, ucapan tahniah dan terima kasih juga diberikan kepada Pengetua SMK Kota Kulai, Rahmah Sulaiman, Penolong Kanan Kokurikulum Bahrin Omar serta jawatankuasanya yang telah bertungkus lumus dalam membuat persiapan rapi bagi menjayakan pertandingan kawad kaki kali ini. Begitu juga kepada semua jawatankuasa pengelola yang diketuai oleh Penyelia Unit Pakaian Beruniform, Johan Nasir.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua murid yang terlibat. Harapan beliau, semangat juang yang tinggi, berdisiplin, patuh kepada arahan ketua dan semangat bekerja dalam pasukan perlu diteruskan agar jati diri seseorang individu itu semakin mantap. Kawad kaki merupakan latihan terbaik dalam membina insan yang harmonis, cekap dan berwawasan.

SMK BANDAR TENGGARA
Sebanyak 3 pasukan beruniform telah menyertai pertandingan iaitu:-
1. Pasukan pengakap - tempat pertama NGO (L)
2. Kadet Polis - tempat ketiga GO (P)
3. Pandu Puteri - saguhati

Ketiga-tiga ketua platun dinobatkan sebagai Ketua Platun Terbaik daerah Kulaijaya.

Link ke Laman Blog Kawad Kaki Kulaijaya

Muat turun : KEPUTUSAN PENUH PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN BADAN BERUNIFORM PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA TAHUN 2013




16 April, 2013

MINAT YANG MENDALAM DALAM BIDANG KATERING DAN PENYAJIAN SEJAK DI BANGKU SEKOLAH MEMILIH KERJAYA DI PUTERI PANPASIFIC JOHOR BAHRU

JOHOR BAHRU : 16 April 2013 Hotel Puteri Pasific

The Puteri Pacific Hotel

Mohd Redwan Sazali dan Mahani Parmin
Kehadiran kami ke PERSADA JOHOR sempena Perhimpunan Komuniti Usahawan TEKUN penuh bermakna apabila bertemu dengan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, kata guru Katering dan Penyajian, Mahani Parmin.

Mohd Redwan Sazali, bila ditemuramah berkata, minat saya dibidang perhotelan bermula apabila guru matapelajaran Katering dan Penyajian SMKBT, Mahani Parmin memberi galakkan untuk menceburi bidang yang jarang diminati oleh pelajar lelaki. Perhotelan adalah satu bidang yang dimaksudkan. Sejak itu saya berusaha untuk mendalami bidang perhotelan.

Sebelum ini, saya mengikuti kursus Septronic Skills Training Center dan telah menjalani latihan praktikal di Hotel Villa Subang Kuala Lumpur selama tiga bulan.Alhamdulillah saya berjaya terpilih ke Puteri Panpasific Johor Bahru untuk meneruskan kerjaya saya. Akhirnya, kata Redwan saya bercita-cita membuka Kolej Hospitaliti pada suatu masa nanti.

80 PRAMUSAJI SEKOLAH BERKHIDMAT DI PERSADA JOHOR SEMPENA HIMPUNAN KOMUNITI USAHAWAN TEKUN

JOHOR BAHRU : 16 April 2013 PERSADA JOHOR

Murid Katering dan Penyajian
SMK Bandar Tenggara





Sedang dikemaskini....













PASUKAN BOLA JARING SEKOLAH

KULAIJAYA : 16 April 2013

Bola jaring

Sedang dikemaskinikan...

15 April, 2013

41 PASUKAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH KULAIJAYA AKAN BERTANDING PADA KHAMIS INI

KULAIJAYA : 15 April 2013, SMK Sultan Alauddin
Undi giliran pertandingan kawad kaki
Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Peringkat Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya akan diadakan pada hari Khamis, 18 April 2013 di tiga buah gelangang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kulai.

Sebanyak 41 buah pasukan kawad kaki sekolah menengah telah mengesahkan penyertaannya untuk bertanding tahun ini. Proses pengundian yang diketuai oleh Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Sultan Alaudin, Kamallullail Toha berjalan dengan jayanya petang tadi.

Sejumlah 13 pasukan daripada kategori Agensi Kerajaan (GO), 18 daripada Agensi Bukan Kerajaan (NGO)  dan manakala 10 lagi daripada Kadet Remaja Sekolah (KRS). PK Kokurikulum, SMK Sultan Ibrahim, Hjh Lily Bu Abdullah telah mengumumkan penyertaan kepada semua ahli mesyuarat. Seterusnya disahkan oleh Penyelia Kokurikulum PPD Kulaijaya, Johan Hj Nasir.

KEPUTUSAN UNDIAN:

AGENSI KERAJAAN (GO)
a.       (GO- Lelaki) – 4 pasukan.
1.       SMK Bandar Putra
2.       SMK Kulai Besar
3.       SMK Senai
4.       SMK Sultan Ibrahim

b.      (GO- Perempuan) – 9 pasukan.
1.       SMK Munshi Abdullah
2.       SMK Tunku Abdul Rahman Putra
3.       SMK SMK Sultan Ibrahim
4.       SMK Senai
5.       SMK Kelapa Sawit
6.       SMK Bandar Tenggara 2
7.       SMK Seri Pinang
8.       SMK Bandar Tenggara
9.       SMK Kangkar Pulai

AGENSI BUKAN KERAJAAN (NGO)
c.       (NGO- Lelaki) – 8 pasukan.
1.       SMK Senai
2.       SMK Sultan Ibrahim
3.       SMK Bandar Putra
4.       SMK  Bandar Tenggara
5.       SMK Kulai Besar
6.       SMK Indahpura 1
7.       SMK Tunku Abdul Rahman Putra
8.       SMK Bandar Tenggara 2

d.      (NGO- Perempuan) – 10 pasukan.
1.       SMK Kulai Besar
2.       SMK Sultan Ibrahim
3.       SMK Tunku Abdul Rahman Putra
4.       SMK Kangkar Pulai
5.       SMK Bandar Tenggara
6.       SMK Kelapa Sawit
7.       SMK Senai
8.       SMK Taman Putri
9.       SMK Bandar Putra
10.   SMK Indahpura 1

KADET RAMAJA SEKOLAH
e.      (KRS- Lelaki) – 5 pasukan.
1.       SMK  Kulai Besar
2.       SMK Sultan Ibrahim
3.       SMK Seri Pinang
4.       SMK Kota Kulai
5.       SMK Tunku Abdul Rahman Putra

f.        (KRS- Perempuan) – 5 pasukan.
1.       SMK Kota Kulai
2.       SMK Bandar Putra
3.       SMK  Bandar Tenggara 2
4.       SMK Tunku Abdul  Rahman Putra
5.    SMK Sultan Alauddin

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ