01 February, 2012

PERTANDINGAN BADMINTON MSSD

Bandar Tenggara : 1 Februari 2012

Pasukan Badminton Sekolah

Pertandingan Badminton Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah (MSSD) Kulaijaya di Dewan SMK Bandar Putra bermula baik pagi ini. Pengurus pasukan Zulkifli Jaafar, ditemui berkata, tiga  orang pemain perseorangan sekolah telah berjaya ke pusingan kedua dan seorang mara ke suku akhir.

Hari terakhir 3 Februari 2012, pasukan beregu P15 tahun berjaya masuk ke peringkat suku akhir dan kalah kepada SM Foon Yew di peringkat separuh akhir. Manakala pasukan L18 tahun juga berjaya ke suku akhir, terus melayakkan diri ke pertandingan separuh akhir dan kalah dengan SM Foon Yew, 21-7, 21-8 di peringkat akhir. 

Turut hadir pada hari terakhir kejohanan tersebut ialah GPK Kokurikulum, Ahmad Survi yang menyaksikan pertandingan suku akhir beregu P15 tahun. 

Ucapan tahniah kepada pengurus pasukan, Zulkifli Jaafar, jurulatih, Hamzah Rahman Soriat dan Ruhaizah Muhd Zain yang telah melatih, membantu pemain-pemain sekolah dan memberikan komitmen yang tinggi dalam pengurusan sukan badminton sekolah.

Tahniah juga kepada semua pemain badminton sekolah. Kejayaan anda adalah kejayaan sekolah. Teruskan usaha untuk menjadi pemain yang cemerlang dalam Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia, 1Murid 1Sukan.

Senarai nama pemain badminton sekolah (Hari Ke-3).
Lelaki/Perempuan 15 Tahun
1.  Muhd Saiful Abdul Rahman 3I (Kasturi) - Bergu Ke-2.
2. Muhammad Haikal Rosnizam 3D (Jebat) - B2
3. Muhammad Ismail M. Tokiran 3D (Lekir) - B1
4. Daranisha a/p Ravindran 2D (Tuah)- Perseorangan 1, Bergu 1
5. Yashini a/p Balasubramaniam 2I (Kasturi)- B2
6. Kirthanadewi a/p Perumal 2I (Tuah)- B1, P1
7. Nabilah Huda Mazlan 2D (Tuah) - P1, B2
8. Mohamed Alif Mohd Zamri 3D (Jebat)- P2, B2

Lelaki/Perempuan 18 Tahun
1. Zafira Erna Khamis 4M (Kasturi) - Perseprangan Ke-2. Bergu Ke-2
2. Nur Azlin Mohd Ali 4B (Tuah) - B2
3. Nurfarhana Abd Mutalib 4B (Kasturi)- P1, B2
4. Muhamad Nasiruddin Kamarudin 6AD (Kasturi) - P2, B1
5. Nurul Shamella Tamirin 6AB (Kasturi) - B2

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ