Kluang:12 Oktober 2011
Dari raut wajah seorang insan yang akan bersara keesokan harinya, jelas terbayang. Sekuntum senyuman yang dilemparkan tergambar seribu satu kenangan setelah sekian lama berkhidmat sebagai seorang guru. Keadaan ini lebih bermakna lagi apabila pengetua SMK Bandar Tenggara, Pn Hjh Banon SH Abdullah dan lebih 60 orang guru turut sama meraikan majlis minum petang di Prime City, Kluang.
Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK), En Zolkeple Jemadar bersama ahli jawatankuasanya telah berjaya melaksanakan majlis jamuan ringan yang sederhana tapi penuh bermakna kepada yang diraikan. Pada hari yang sama, beberapa orang guru tidak dapat hadir kerana menerima Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) Tahun 2011 di Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya.
Turut hadir, GPK Pentadbiran, Pn Anim Mohamed Jaib, GPK Hal Ehwal Murid, En Rashid Muhidin, GPK Kokurikulum, En Ahmad Survi, GPK Tingkatan Enam, Pn Noraziah Shafie, GPK Pendidikan Khas, En Ruhaizad Hj Redwan, Guru Kanan Matapelajaran, Pn Hjh Sawilah Auf, Pn Hjh Hamimah Yunos, Pn Hjh Hasnah Kasnan dan Guru Perpustakaan dan Media, Pn Rohidah Othman.
Pn Narisah (duduk dua dari kanan),
bersama pentadbir dan guru-guru.
bersama pentadbir dan guru-guru.