16 March, 2013

ERATKAN HUBUNGAN KOMUNITI BANDAR TENGGARA MENERUSI SUKAN BOLA TAMPAR

15 Mac 2013: Anjuran Badan Kebajikan Guru dan Kakiangan Sekolah (BKGK)

SI Yusof Muda, bersama pasukan PDRM Bandar Tenggara
menentang pasukan SMK Bandar Tenggara

Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekolah (BKGK), Rahman Salleh ditemui berkata hubungan sekolah dengan komuniti penting dalam masyarakat. Tambahnya lagi, sukan merupakan satu aktiviti riadah yang sihat serta secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin di antara sekolah dengan komuniti, lebih-lebih lagi dengan pihak yang menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dalam komuniti Bandar Tenggara, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Penyelaras Sukan dan Permainan, Aidil Shamin Abd Razak menyatakan pasukan sekolah menerima kekalahan 0 - 2. Namun begitu katanya lagi, pasukan sekolah memberikan tentangan yang hebat kepada pasukan lawan, dalam 4 sesi permainan, kita berjaya memungut mata 18-25, 13-25, 8-25 dan 10-25 .

Turut sama dalam perlawanan persahabatan itu ialah Ketua Polis Balai, SI Yusof Muda, Sarjan Amran, Penolong Kanan Kokurikulum, Ahmad Survi, Guru Disiplin Sekolah, Shamsul Ihtihsham Musa, Pengawai Teknikal ICT SMK Bandar Tenggara, Yazmi Sanip, rakan-rakan guru, anggota polis dan pelajar pra universiti.

Turut hadir, Penolong Kanan Pra Universiti, Mohd Pozi Kemin dan Guru Kokurikulum, Zolkeple Jemadar yang menguruskan perlawanan persahabatan ini.

Pertahanan kental SMKBT






14 March, 2013

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK PERINGKAT SEKOLAH DAPAT MENGIRATKAN LAGI HUBUNGAN SESAMA PELAJAR

14 Mac 2013 : Pengurusan Kokurikulum Pra Universiti

Pasukan Pra Universiti menentang pasukan bola sepak L18 tahun

Guru Kokurikulum Pra Universiti, Zolkeple Jemadar menyatakan perlawanan persahabatan petang ini sebagai berjaya. Sesungguhnya sukan dapat mengiratkan lagi hubungan sesama mereka. Penolong Kanan Kokurikulum, Ahmad Survi turut mewakili pasukan pra universiti menentang pasukan bola sepak sekolah kategori 18 tahun. Perlawanan persahabatan itu diadili oleh Aidil Shamin Abd Razak.

Turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut ialah Penolong Kanan Pra Universiti, Mohd Pozi Kemin, Guru Kokurikulum, Hafilah Hamzah, Ustaz A.Rahim Arshad, Iskandarrani Mohamad dan jurulatih sekolah Khairul Aime.

DUA PESERTA BOLING 10 PIN SMKBT MEMBAWA CABARAN SKUAD KULAIJAYA KE PERINGKAT NEGERI JOHOR

14 Mac 2013 : Daiman Bowl, Johor Jaya

Mewakili daerah Kulaijaya ke peringkat MSSJ
Boling 10 Pin, Sakirin bersama Alif BT2

Dua peserta SMK Bandar Tenggara, Muhammad Arshad Sakirin Azman, kategori lelaki 15 tahun dan Nur Afiqah Raihana Md Ruzad, perempuan 18 tahun membawa cabaran skuad Boling 10 Pin Kulaijaya ke peringkat negeri Johor.

Skuad Boling 10 Pin Kulaijaya


12 March, 2013

JUARA KEJOHANAN FUTSAL PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA

12 Mac 2013: Padang Futsal SMK Sultan Sultan Alauddin

Futsal Junior - Juara Daerah Kulaijaya 

Futsal Senior - Naib Juara
Jurulatih Futsal, Khairul Aime menarik nafas lega apabila pasukan junior muncul juara dalam Kejohanan Futsal Pendidikan Khas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Alauddin, Bukit Besar. 

Pasukan senior menunjukkan kejayaan cemerlang apabila muncul juara kumpulan B, mengalahkan SMK Taman Putri (6-0), SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura B (4-0) dan SMK Sultan Alauddin (2-0).

Manakala, SMPK Vokasional Indahpura A, menang dengan bergaya apabila muncul juara kumpulan A, mengalahkan SMK Kelapa Sawit (1-0), SMK Kangkar Pulai (5-0) dan SMK Sultan Ibrahim (4-0).

Pertandingan akhir kejohanan ini menjadi tumpuan semua penonton apabila SMK Bandar Tenggara bertemu dengan SMPK Vokasional Indahpura A. Pasukan senior kita kalah tipis dengan jaringan 2 berbalas 3.

Pertandingan Akhir - Pasukan Senior
SMK Bandar Tenggara vs SMPK Vokasional Indahpura A

Pertandingan Akhir - Pasukan Junior.


Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya,
Pendidikan Khas turut menyaksikan kejohanan.

11 March, 2013

JUARA KESELURUHAN PERTANDINGAN BOLING 10 PIN PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA TAHUN 2013

11 Mac 2013: Daiman Boling 10 Pin, Johor Bahru


Pengetua, Hj Armas Derusman turut meraikan kejayaan
Pasukan Boling Sekolah 


Pasukan Boling 10 Pin
SMK Bandar Tenggara
SMK Bandar Tenggara berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali kedua Pertandingan Boling 10 Pin, Peringkat Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya bertempat di Diamond Bowl, Johor Jaya, Johor Darul Takzim.

Pengurus pasukan, Abd Rahman Salleh menghantar pesanan ringkas setelah keputusan diumumkan dalam satu majlis penyampaian hadiah di sana. Sejurus kemudian pesanan ringkas kedua diterima daripada penolong pengurus, Azlina Abu Bakar yang menyatakan kita menjadi johan individu kategori lelaki 15 tahun (L15), naib juara individu perempuan 18 tahun (P18), johan kumpulan P15, naib johan L15, ke-2 P18, ke-2 L18 tahun. Sekaligus SMK Bandar Tenggara dinobatkan menjadi juara keseluruhan Pertandingan Boling 10 Pin Tahun 2013.

Pengetua SMK Bandar Tenggara, Hj Armas Derusman telah diberitahu tentang kejayaan cemerlang pasukan boling sekolah. Beliau membalas melalui pesanan ringkas, "tahniah kepada pasukan boling dan tahniah kepada guru."

SENARAI NAMA PASUKAN SEKOLAH

10 March, 2013

SUMBANGAN SERTA PENGORBANAN PELAJAR, GURU KEPADA SEKOLAH, DAERAH DAN NEGERI DISANJUNG TINGGI

10 Mac 2013 : Program Sekolah, PPD Kulaijaya dan Negeri Johor.

Kejohanan Memanah MSS Johor
SMK Bandar Tenggara, berjaya melaksanakan tugas sebagai Jawatankuasa Penggambaran dan Dokumentasi pada Kejohanan Memanah MSSJ 2013. Mereka terdiri daripada Ahmad Survi (PK Kokurikulum), Mohd Hanif Abu Hassan dan Taufieq Aluddin.
Sila kunjungi laman blog berikut:



Menyertai Kursus Penulis Muda
Seramai 4 orang pelajar telah megikuti Program Penulis Muda di SMK Sultan Aluddin, Felda Bukit Besar. Program ini dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Cawangan Selatan. Ketua Panitia, Bahasa Melayu, Zainab Salim dan Abd Razak Saat sebagai guru pengiring bergambar bersama peserta.


Atlit-atlit sekolah
Setiausaha Sukan Sekolah, Ahmad Nazri Selamat mengambil inisiatif tahun ini dengan mengadakan sesi latihan olahraga di Stadium Tenggara. Matlamat utama sesi latihan ini ialah untuk mencungkil bakat-bakat baru yang berpotensi untuk menyumbang emas dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSS Daerah Kulaijaya yang dijangka akan berlangsung pada 19 hingga 22 Mac 2013.
Turut membantu : Siti Hanizan Samsuri, Aidil Shamin Abd Razak dan Rohim Abd Rahman.

Sila kunjungi laman blog berikut:

Public Speaking
Dua orang murid 5 Baiduri (Isma dan Aisyah)
 menyampaikan ucapan dalam Bahasa Inggeris semasa perhimpunan mingguan.


Hazira menerima tunjuk ajar daripada
Zolkeple Jemadar dalam deklamasi sajak
Anak Cikgu Shamsul Ihtihsham Musa, membawa kejayaan kepada sekolah kerana kejayaannya mendapat naib juara dalam Pertandingan Deklamasi Sajak Peringkat Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya di Dewan Permata.

Sila kunjungi blog di bawah:-
PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA

Mewakili Sekolah ke peringkat Negeri Johor
Muhammad Shafiq bin Hazama, Nurul Atikah binti Noraji, Muhammad Farhan bin Abd Ghafar, Ummi Nadzirah binti Omar
dan Muhammad Amirul Syafiq bin Azman 
Sila kunjungi blog di bawah:-

MESYUARAT AGUNG KALI KE-28 DITANGGUH DARI TARIKH 17 MAC KE 7 APRIL 2013

7 Mac 2013: Mesyuarat PIBG

Mesyuarat PIBG dipengerusikan oleh
Tn Hj Baharudin Md Sham
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah penting kepada sekolah. Peranannya adalah untuk membantu sekolah dalam memajukan murid dan menjaga kebajkan murid selain dari itu ianya sebagai satu saluran komunikasi penting antara sekolah dengan masyarakat setempat. PIBG telah banyak membantu sekolah dalam meningkatkan keceriaan supaya wujudnya suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.

Setiausaha PIBG, Noraziah Shafie menyatakan mesyuarat kali adalah untuk membentangkan dan membincangkan pelaksanaan mesyuarat agung yang akan datang. Katanya lagi dengan kehadiran Hj Armas Derusman selaku penasihat persatuan dan semua penolong kanan yang terdiri daripada Anim Mohamed Jaib (PK Pentadbiran), Rashid Muhidin (PK HEM), Ahmad Survi (PK Kokurikulum) dan Mohd Pozi Kemin (PK Pra Universiti), serta semua jawatankuasa PIBG menjadikan mesyuarat ini lebih terperinci dan dapat mencapai kesepakatan dalam membuat keputusan.

Pengerusi, Hj Bahrudin Md Sham akhirnya telah memutuskan bahawa Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-28 Tahun 2013 yang dijadualkan pada 17 Mac ini ditangguhkan kepada tarikh baru iaitu pada 7 April 2013.

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ