PERKHEMAHAN PERDANA DAN PENJELAJAHAN LASAK ARPRM TAHUN 2012
22 April 2012 : Komponen ke-4 program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) lengkap.
|
Ketua Sektor Pembangunan Sumber Kemanusiaan JPNJ, Tuan Hj Shahrudin Sharif, Mansor Othman, wakil PPD Kulaijaya, pengetua, Tn Hj Mohmad Hashim bersama peserta perkhemahan 177 murid dan 18 guru SMKBT |
Ketua, Sektor
Pembangunan Kemanusiaan (SPK) Jabatan Pelajaran Johor (JPNJ), Tuan Haji
Shahrudin Sharif menutup rasmi Perkhemahan Perdana dan Penjelajahan Lasak Program
Remaja Perdana Rakan Muda (PRPRM) di Pusat Kokurikulum Negeri, Tasik Utara
Johor Bahru tempoh hari.
Dalam ucapan beliau, program
seumpama ini merupakan satu usaha berkesan oleh pihak sekolah untuk membina
sahsiah, keperibadian dan pembentukan jatidiri seseorang murid. Katanya lagi, mungkin
ada di kalangan peserta perkhemahan dan penjelajahan lasak akan menjadi pemimpin
terulung pada masa depan, seperti mana yang disarankan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) dalam proses pembinaan modal insan. Ianya perlu
digilap, dicungkil serta diberikan pengetahuan, latihan dan ujian agar potensi
yang ada dapat diketengahkan di peringkat lebih tinggi.
Beliau
juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak sekolah kerana berjaya
menganjurkan program ini dengan sokongan dari Pusat Kokurikulum Negeri (PKN),
Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kulaijaya dan Jabatan Belia dan Sukan (JBS)
Negeri Johor.
Pengetua, Tuan Hj Momad
Hashim, ditemui berkata Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara telah
melahirkan seramai 76 pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) dari
kalangan guru, dan berjaya melahirkan pelajar seramai 131 orang pemegang pingat
Gangsa dan 31 Perak dan 10 orang calon untuk mendapatkan pingat Emas tahun hadapan.
Katanya lagi, empat komponen penting dalam program ARPRM perlu dilengkapkan
oleh setiap orang murid sebelum ditauliahkan oleh Kementerian Belia dan Sukan
(KBS) sama ada memperolehi pingat gangsa, perak atau emas. Komponen- komponen tersebut
ialah khidmat masyarakat, kemahiran, rekreasi fizikal dan penjelajahan lasak.
Tegasnya lagi, semua elemen
dalam kokurikulum seperti pasukan badan beruniform, persatuan dan kelab dan
sukan permainan serta aktiviti-aktiviti yang membantu pengurusan sekolah umpamanya
lembaga pengawas, pengawas pusat sumber dan ahli jawatankuasa kelas diambil kira.
Peserta perlu merekod
pada buku diari dan passport yang disediakan oleh KBS setelah mendaftar sebagai
seorang peserta. Pencapaian pelajar
dalam ARPRM juga dapat membantu mereka mendapat markah bonus dalam penilaian 10
% markah kokurikulum. Secara tidak langsung pelajar dapat meningkatkan markah kokurikulumnya,
sebelum menyambung pelajarannya ke Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau swasta.
Seramai 177 murid, 18 guru
dan 15 jurulatih dari Pusat Kokurikulum Negeri telah terlibat. Turut hadir
dalam majlis penutupan itu ialah, ketua unit Sektor Pembangunan Kemanusiaan
(SPK) daerah Kulaijaya, Mansor Othman, penolong kanan kokurikulum, Ahmad Survi, penolong kanan tingkatan enam,
Mohd Pozi Kemin dan Pegawai Khas, Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan, Pn Hjh
Supiati Sahuni.
__________________________________________________________
Ketua Unit SPK Daerah Kulaijaya
En Mansor Othman menerima sijil dari pegawai Jabatan Belia dan Sukan (JBS),
Pn Hjh Supiati Sahuni
|
Penyelaras Perkhemahan
Khairulnizam Md Yusof |
|
Majlis Penutup |
|
Peseerta Wanita |
|
Peserta Lelaki Terbaik |
|
Peserta Perempuan Terbaik |
---------------------------------------------------------------
Aktiviti-aktiviti perkhemahan
1. Orientering
2. Ikhtiar Hidup
3. Permainan Kreatif
4. Repelling
5. Sembahyang berjemaah
6. Pembudayaan Al Quran
7. Malam Kebudayaan.
|
Kem Komanden
Shamsul Ikhtisham Musa |
--------------------------------------------------------------
|
Ustaz Aminullah |
|
Bacaan Yassin |
|
Ikhtiar Hidup |
|
Malaysia Cergas |
|
Menyediakan Tag Nama |
|
repelling |
|
Pertolongan Cemas
Rohidah Othman |
|
Malam kebudayaan
|
Dasar Utama Kokurikulum
PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.
“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.
KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}
KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)
KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}
KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).
DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.
2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.
3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).
4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).
5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).
Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ
Pautan Laman Web dan Blogspot
2 comments:
Gambar bersama KS SPK JMNJ
Tahun hadapan - Penjelajahan Lasak 2
Post a Comment