9 Mei 2012 : SMK KOTA KULAI, KULAIJAYA
![]() |
Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Johor Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Gambar oleh: Taufieq Aluddin, SMK Bandar Tenggara |
Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Johor, Tuan Hj Kamarudin Mohd Tahir menutup rasmi Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Agensi Kerajaan Kategori Lelaki Peringkat Negeri Johor Tahun 2012 di SMK Kota Kulai, Kulaijaya, Johor petang ini.
Sekolah Menengah Agama (SMA) Maahad, Muar muncul juara dalam pertandingan kawad kaki kali ini. Ketua platun, Pasukan Kadet Polis Muar, Muhammad Afif Baihaqi Abdul Karim, ditemui berkata pasukan sekolahnya pernah menjadi johan peringkat kebangsaan kategori disiplin terbaik dua tahun lepas. Semangat inilah yang menjadi pendorong bagi diri dan pasukannya untuk membuktikan sekali lagi bahawa disiplin, kesungguhan dan ketabahan menjadi tunggak utama untuk mencapai sesuatu kejayaan. Tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM), SMK Tasik Utara, Johor Bahru dan SMK Tun Habab, Kota Tinggi. Ketua platun terbaik disandang oleh Muhammad Auzaie Abd Shukor, dari Sekolah Menengah Tinggi yang mengetuai Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) daerah Batu Pahat.
Turut hadir dalam majlis perasmian penutup tersebut ialah Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya, Shahat Md Shah, Pengetua SMK Kota Kulaijaya, Rahmah Sulaiman, Penyelia Kanan Unit Beruniform Jabatan Pelajaran Johor (JPNJ), Rosli Tumiran, Pengerusi Teknik Pertandingan Kawad Kaki Negeri, Mohd Khir Hj Muda, Penyelia Kokurikulum Daerah Kulaijaya, Johan Hj Nasir, Ketua Hakim, Abd Jalil Buyadi, penyelia kokurikulum daerah, pengetua dan semua penolong kanan kokurikulum Kulaijaya.