30 December, 2010

KOPERASI SEKOLAH - Memulakan operasi.

Koperasi sekolah ini telah memulakan operasi penjualan alat-alat tulus, buku rampaian, baju sukan, baju pendidikan jasmani dan lain-lain lagi mengikut jadual.

Ahli-ahli koperasi telah menjalankan khidmat masyarat bermula pada 27 Disember 2010.

28 December, 2010

Mesyuarat Kokurikulum Kali Pertama Tahun 2011

Tarikh: 28 Disember 2010/ Rabu
Masa: 8.00 pagi - 10.30 pagi
Tempat : Bilik Seminar, SMK Bandar Tenggara,
Kulaijaya, Johor Darul ta'zim

Agenda Mesyuarat:-
Agenda 1.
Ucapan alu-aluan pengerusi - En Zainal bin Othman, Pengetua.

Agenda 2.
Pembentangan Pengurusan Kokurikulum Tahun 2011 oleh GPK Kokurikulum.
- Laporan Pencapaian Kokurikulum 2010.
- Takwim Kokurikulum 2011.
- Senarai tugas guru.
- Panduan Piawaian Kualiti.
- Markah Penilaian 10% markah kokurikulum.
   - Calon SPM dan STPM Tahun 2010.
   - Murid Tingkatan 1,2, 4 dan 6 Bawah Tahun 2010.

Agenda 3.
Hal- hal lain

__________________________________________________________

Agenda 3 :
- Laporan Pencapaian Kokurikulum 2011


Bidang Tugas Guru
Pengurusan Kokurikulum 2011



KEJOHANAN BALAPAN & PADANG KALI KE-19
TAHUN 2011
SETIAUSAHA SUKAN
EN SAIPI BIN HALIDIN

JEBAT
Kasturi

LEKIR


TUAH




Markah Penilaian 10% markah kokurikulum.
 Calon SPM dan STPM Tahun 2010.
Proses Penilaian








Sumber JPNJ ( Bahagian Penilaian Kokurikulum)

TAKLIMAT PENILAIAN 10% MARKAH KOKURIKULUM - JPNJ

Tarikh: 27 Disember 2010
Masa :10.00 pagi- 5.30 petang
Tempat: Dewan Sri Perdana, SMK Dato' Menteri, Ayer Hitam, Batu Pahat
Taklimat penilaian 10% markah kokurikulum sebagai syarat kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam( IPTA) telah dikendalikan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ). Semua GPK kokurikulum sekolah-sekolah menengah dan sekolah rendah seluruh daerah hadir.

Taklimat telah disampaikan oleh Tuan Haji Kamarudin bin Mohd Tahir, Unit Kokurikulum JPNJ, En Azmi bin Abu, Penyelia Kokurikulum Negeri Johor (Penilaian 10% markah kokurikulum) dan En Azman bin Manas, Penyelia Kokurikulum Negeri Johor (Persatuan/ Kelab).

Minit curai:
1. Markah kokurikulum Tingkatan 5 dan 6 Atas perlu dihantar melalui online. Laman Web Online ialah
    http://kokujpnj.com/
2. Satu salinan Borang Markah Lampiran 1.1 dan 1.2 hendaklah dihantar kepada PPD dan  JPN. Salinan itu hendaklah disahkan oleh pengetua.
3. Perkara berbangkit:-
- Markah calon pelajar yang telah meninggal.
-Markah pelajar yang hadir PLKN, hanya diberikan 60 markah sahaja.
-
-

18 December, 2010

Pontian-Gunung Pulai MTB Easy Ride 2010 (cross country).

Seramai 12 orang peserta daripada Bandar Tenggara. 6 daripadanya ialah wanita. Kami bersedia untuk menyertai XPDC Berbasikal sejauh 55 kilometer daripada Komplek Usahawan Kumpulan Hening, Pontian ke Gunung Pulai dan kembali ke lokasi asal.

Peserta daripada SMK Bandar Tenggara, terdiri daripada, Ahmad bin Survi, Khairulnizam bin Mohd Yusoff, Abd Razak bin Saat, Salmah binti Othman, Siti Hanizan binti Samsuri, Wahyu Ramayeni binti Idrus. dan Nur Izzati Husna binti Rosli (SMKBT- Tg:4). Peserta lain yang bersama pasukan kita ialah Mohd Khairulnisa bin Nashuri (SK Nitar 2), Mohd Yusof bin Mohamed Rahim (SMK Sultan Alauddin), Sudarma bin Dugal (SMK Ulu Belitong), Rajuan Geoh (Cyclist) dan Natrah binti Mohamed Basar (Isteri Khairulnizam Mohd Yusoff).

PENCAPAIAN
SMK BANDAR TENGGARA


Cik Siti Hanizan binti Samsuri telah berjaya mendapat tempat ketiga kategori wanita. Seorang pelajar tingkatan 4, Nur Izzati Husna binti Rosli  mendapat tempat ke-7, tempat ke-8 Pn Salmah binti Othman (Kaunselor). Seramai 128 orang peserta telah mengambilbahagian.
Tahniah.



MAKLUMAT PENGANJUR
Pontian-Gunung Pulai MTB Easy Ride 2010 (cross country).
Venue: Kompleks Usahawan Kumpulan Hening Cipta Venue Location
Date: 19 December 2010
Time: 8.30 am*
Organized by Hening Cipta Management
In collaboration with
Persatuan Rekreasi Negeri Johor

02 December, 2010

Mesyuarat Pengurusan Tahun 2011

Mesyuarat dipengerusikan oleh Zainal Othman, Pengetua SMK Bandar Tenggara.
Seramai 13 orang guru terlibat. Mereka terdiri daripada Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan HEM, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Penolong Kanan Tingkatan 6, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, Guru-guru Kanan Matapelajaran, Guru Bimbingan dan Kaunseling dan Guru Perpustakaan dan Media. Mesyuarat dimulakan pada jam 9.09 pagi, di Bilik Gerakan.

Agenda mesyuarat:-
1. Ucapan alu-aluan Pengetua.
 - Perhimpunan Bulanan Jabatan Pelajaran Johor - oleh  Anim Mohamed Jaib, GPK Pentadbiran.
2. Membentangkan minit mesyuarat kali ke-8 oleh Hayati Abdullah, Setiausaha.
- Cadangan pengesahan : Hjh Muzayanah Sumrah, Sokongan : Ahmad Survi.
3. Pembahagian tugas pengurusan 2011.
A. Pengurusan Pentadbiran (Akademik, Sumber Manusia, Pembangunan dan Kewangan).
B. Pengurusan Kurikulum.
C. Pengurusan Pendidikan Khas.
D. Pengurusan Tingkatan 6.
E. Pengurusan Media dan Perpustakaan.
F. Pengurusan Hal Ehwal Murid.
G. Pengurusan Kokurikulum.

01 December, 2010

Mesyuarat Pentadbiran Sekolah

Mesyuarat Perntadbiran Sekolah akan diadakan pada hari 1 Disember 2010, bertempat di Bilik Seminar, SMK Bandar Tenggara.

29 November, 2010

LATIHAN PUSAT - PERSEDIAAN KE LONDON, UNITED KINGDOM 2011

Piala Naib Juara Kejohanan Polobasikal Peringkat Komanwel di India pada tahun 2009 - dimenangi oleh Malaysia. Piala ini akan dibawa ke London Tahun 2011 untuk pertandingan seterusnya. India menjadi Juara pada tahun 2009 - membawa pulang piala Juara.

Sesi latihan pusat telah pun bermula pada 19 dan 20 November 2010, di Pusat Latihan SAJ, Sungai Layang, Masai, Johor Darul Takzim. Kepada pemain-pemain baru dialu-alukan untuk turut serta dalam latihan tersebut.

Seramai dua orang guru SMK Bandar Tenggara terlibat iairu Ahmad Survi dan Aidil Shamin Abd Razak.
Latihan seterusnya pada bulan Disember 2010, minggu 2 dan 3, setiap hari Sabtu dan Ahad.

Tujuan latihan:-
1. Memantapkan pasukan polobasikal.
2. Memilih bakat dan pemain baru.
3. Persediaan untuk ke Kejohanan Polo Basikal komanwel kali ke-2 di London, United Kingdom.
4. Persediaan untuk lawatan persahabatan di Canada (jika cukup budget).
5. Persediaan untuk Kejohanan Polo Basikal Asia di India. 

XPDC BERBASIKAL ENDAU- ROMPIN - PETA

XPDC ENDAU-ROMPIN (PETA) adalah anjuran Pusat Kokurikulum Johor Bahru johor. Diketuai oleh Encik Nordin bin Ramlan, Ketua Unit, Pusat Kokurikulum Johor Bahru, Johor Malaysia.

Negeri-negeri yang terlibat dalam XPDC Berbasikal ke Endau Rompin -PETA adalah Johor, Melaka, Selangor, Pahang, Perak, Terengganu, Pulau Pinang, Sabah dan Serawak. Seramai 97 orang tidak termasuk Urusetia seramai 35 orang.

Isnin : 22 November 2010

2.00 ptg Pendaftaran di SK LKTP Ulu Dengar, Felda Ulu Dengar Kluang.

5.00 ptg Taklimat Kem Komandan dan pengenalan kursus.
8.45 mlm Ice Breaking dan taklimat pergerakan.

Selasa : 23 November 2010
5.30 pgi Solat dan Kuliah Subuh
7.00 pagi Malaysia Cergas
8.00 pagi Kayuhan dari SRJK Tamil Kahang Batu 24.
Rakan-rakan dari Perak dan Sabah Serawak.
6.30 ptg Sampai Kg PETA, Mersing.



8.45 mlm LDK
11.00 mlm Nigh Line/ Kawalan Malam

Rabu : 24 November 2010
5.30 pgi Solat dan Kuliah Subuh
7.00 pagi Malaysia Cergas
8.00 pagi Kayuhan "Off Road Taman Negara Endau Rompin".
Pemandangan dari SK PETA, Mersing


Jeram di Ulu Jasin
6.30 ptg Pulang semula ke Sekolah Rendah Kg PETA.
8.45 mlm LDK
11.00 mlm Nigh Line/ Kawalan Malam

Khamis : 25 November 2010
5.30 pgi Solat dan Kuliah Subuh
7.00 pagi Malaysia Cergas
8.00 pagi Kayuhan dari SK Kg PETA.
6.30 ptg Sampai ke SJK Tamil, Kahang Batu 24, Mersing.
8.45 mlm Refleksi
11.00 mlm Nigh Line/ Kawalan Malam

Jumaat : 26 November 2010
5.30 pgi Solat dan Kuliah Subuh
7.00 pagi Malaysia Cergas
8.00 pgi Khidmat Masyarakat
10.30 pagi Majlis Penutup

2.00 ptg Kembali ke rumah..

19 November, 2010

Kursus Pengendalian Aktiviti Berbasikal "Off Road" Jurulatih Pusat Kokurikulum Johor (Endau Rompin ) Tahun 2010


Kursus ini dikendalikan oleh Pusat Kokurikulum Johor, Jabatan Pelajaran Johor. Peserta kursus seramai 39 orang guru dari sekolah-sekolah menengah dan rendah negeri Johor akan mendaftar di Pusat Kokurikulum Johor Cawangan Kluang d/a SK LKTP Ulu Dengar, Felda Ulu Dengar, Kluang.

Pengurusan Kursus:-
1. Ketua Unit Pusat Kokurikulum, En Nordin Ramlan.
2. Penyelaras Kursus, En Mohd Long bin Hussin.

Tentatif program:-
Isnin : 22 November 2010
2.00 ptg   Pendaftaran di SK LKTP Ulu Dengar, Felda Ulu Dengar Kluang.
5.00 ptg   Taklimat Kem Komandan dan pengenalan kursus.
8.45 mlm  Ice Breaking dan taklimat pergerakan.

Selasa : 23 November 2010
5.30 pgi    Solat dan Kuliah Subuh
7.00 pagi  Malaysia Cergas
8.00 pagi  Kayuhan dari SRJK Tamil Kahang Batu 24.
6.30 ptg   Sampai Kg PETA, Mersing.
8.45 mlm  LDK
11.00 mlm Nigh Line/ Kawalan Malam

Rabu : 24 November 2010
5.30 pgi    Solat dan Kuliah Subuh
7.00 pagi  Malaysia Cergas
8.00 pagi  Kayuhan "Off Road Taman Negara Endau Rompin".
6.30 ptg    Pulang semula ke Sekolah Rendah Kg PETA.
8.45 mlm  LDK
11.00 mlm Nigh Line/ Kawalan Malam

Khamis : 25 November 2010

5.30 pgi    Solat dan Kuliah Subuh
7.00 pagi  Malaysia Cergas
8.00 pagi  Kayuhan dari SK Kg PETA.
6.30 ptg    Sampai ke SJK Tamil, Kahang Batu 24, Mersing.
8.45 mlm  Refleksi
11.00 mlm Nigh Line/ Kawalan Malam

Negeri-negeri yang terlibat dalam XPDC Berbasikal ke Endau Rompin -PETA adalah dari negeri-negeri Johor, Melaka, Selangor, Pahang, Perak, Terengganu, Pulau Pinang, Sabah dan Serawak. Seramai 97 orang tidak termasuk Urusetia.

Jumaat : 26 November 2010

5.30 pgi    Solat dan Kuliah Subuh
7.00 pagi  Malaysia Cergas
8.00 pgi    Khidmat Masyarakat
10.30 pagi Majlis Penutup
2.00 ptg     Kembali ke rumah..

18 November, 2010

Penyelarasan 10 % Markah Kokurikulum - Guru

Penyelarasan 10% markah kokurikulum tahun 2010 telah diadakan pada 19 dan 20 november 2010di Makmal Komputer Bangunan Juara. GPK Kokurikulum, Ahmad Survi dengan kerjasama 14 orang guru menggunakan perisian yang dibekalkan oleh PPD Kulaijaya bagi tujuan tersebut.
Mustaffa Yunos, Penolong Penyelaras Kokurikulum Tingkatan 6 (PraUniversiti)
sedang melihat isi kandungan perisian.

Guru-guru yang turut hadir ialah Faridah Abdullah, Juliana Noor Abu Bakar, Anne Suraya Abd Halim, Annili Fasha Mahadi, Annelin Hasziza Haron, Ruhidah Uriff, Amalia Zainudin, Noor Asmah, Noratikah Kamat, Rahimah Abd Rahim, Noradilah Abd Wahab, Rohaidah Mohamad, Khairulnizam Mohd Yusof.

15 November, 2010

XPDC Berbasikal ke Empangan Linggiu - BTec Cycling Club

Seramai 20 orang peserta daripada BTec Cyling Club telah menyertai XPDC Berbasikal pada 13 Nov yang lalu. Kayuhan sejauh 25 km pergi dan balik melalui jalan ladang kelapa sawit (off road) itu mencabar kepada peserta-peserta baru. Namun berkat, kegigihan, komitment  serta semangat juang yang tinggi. Mereka sampai ke destinasi dengan selamat.

Penganjur XPDC, Khairulnizam Mohd Yusof mengulas, mereka berterima kasih di atas peluang yang diberikan. Walau pun Empangan Air terbesar di negeri Johor berada di Bandar Tenggara. Namun tidak ada rancangan untuk ke sana. Melalui xpdc ini, mereka dapat merasai sendiri suasana, keadaan dan persekitaran yang belum tercemar.
Bendera sekolah dikibar.
Memberi semangat untuk pulang ke SMK Bandar Tenggara.

14 November, 2010

Keputusan Pertandingan Menembak Sekolah-sekolah Daerah Kulaijaya

SMK Bandar Tenggara 2 telah muncul Johan Keseluruhan dalam pertandingan menembak semalam. Kelihatan dalam gambar tersebut ialah Penolong PPD Kulaijaya, Mansor Othman, Pengerusi Kor Kadet Polis daerah Kulaijaya, Tuan Haji Aminuddin Mohd Sani dan guru pemimpin Shamsudin Dawam, Jodi Ahmad Mokhtar, pegawai polis IPD Kulaijaya bersama peserta-peserta sekolah.

Seramai 140 peserta daripada 14 buah sekolah-sekolah menengah daerah Kulaijaya telah terlibat.
Keputusan penuh:
Johan - SMK Bandar Tenggara 2
Naib Johan - SMK Kulai Besar
Ketiga - SMK Bandar Putera
Keempat - SMK Senai

Penembak Terbaik
Lelaki - Muhammad Afiq Bakri (SMK Bandar Tenggara 2)
Perempuan - Nur Syahadah (SMK Kulai Besar).

Terbuka Perempuan
1. Amira Mustaffa (SMK Sultan Alauddin Bukit Besar)
2. Peng Siat Moi (SMK Bandar Putera)

Terbuka Lelaki
1. Tuan Haji Aminuddin Mohd Sani (SMK Sri Pinang)
2. Khairudin (SMK Sultan Ibrahim Kulaijaya)
3. Muhammad Sahfudin Hussein (SMK Bandar Tenggara)

Peserta SMKBT 2 dengan skor targetnya.
Muhammad Afiq Bakri (SMK Bandar Tenggara 2)
Penembak Terbaik


Johan Menembak - Terbuka Lelaki
Tuan Hj Aminuddin Mohd Sani (kiri)
(Pengerusi Kor Kadet Polis Daerah Kulaijaya)
Pengetua SMK Sri Pinang, Bandar Tenggara, Kulaijaya Johor Malaysia



Berbaju kuning : En Mansor Othman, Penolong PPD Kulaijaya (Sektor Kemanusiaan).
Kanan beliau : Yang Setia CI Adzizi Haji Ismail, IPD Kulaijaya.
Kedua dari kanan : Tuan HAji Aminuddin bin Mohd Sani (Pengetua SMK Sri Pinang).



Pertandingan Menembak Kor Kadet Polis
Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya di Lapang Sasar Teluk Rimba, Tangkak Muar, Johor

Objektif:
1. Memberi peluang kepada ahli Kor Kadet Polis untuk mempelajari secara teori dan praktikal berkaitan dengan penggunaan senjata dengan betul dan selamat.
2. Meningkatkan disiplin dan jati diri.
Sasaran :
Pelajar Tingkatan 2 dan 4 yang menjadi ahli Kadet Polis dan guru-guru penasihat.

Harapan Pengerusi Kor Kadet Polis Daerah Kulaijaya - Tuan Haji Aminuddin bin Mohd Sani.
1. Semua peserta mendapat pengalaman berharga daripada aktiviti menembak.
2. Menarik lebih ramai pelajar untuk menyertai pasukan Kadet Polis di tahun-tahun akan datang.
3. Menjadikan aktiviti menembak ini sebagai satu aktiviti tahunan yang terancang.

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Mansor bin Othman, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya sektor Khidmat Sokongan Kemanusiaan, Yang Setia CI Adzizi Haji Ismail, IPD Kulaijaya, pegawai-pegawai dan jurulatih IPD seramai 20 orang, guru-guru penasihat Kor Kadet Polis seramai 50 orang dan 140 pelajar dari 14 buah sekolah menengah daerah Kulaijaya. 

Program Latihan Menembak - Kor Kadet Polis Peringkat Daerah Kulaijaya

Guru penasihat Pasukan Kadet Polis SMK Bandar Tenggara, Sahfuddin Hussein menerima hadiah tempat ketiga sebagai penembak terbaik daripada Yang Setia CI Adzizi Haji Ismail, IPD Kulaijaya pada 13 November 2010 di Lapang Sasar Teluk Rimba, Tangkah Muar.

Hamzah Rahman Soriat sebagai juruacara dalam majlis penutupan telah mengumumkan, seramai 140 orang pelajar daripada 16 buah sekolah menengah daerah Kulaijaya, 50 guru pemimpin, 20 pegawai daripada Polis DiRaja Malaysia telah turut serta.

Peserta SMK Bandar Tenggara terdiri daripada Mohd Hasrul Hisham Hassan (3 Baiduri), Syahrul Ramadhan Zainal (4 Intan), Muhammad Ikmal Ridwan Tamjis (4 Intan), Muhammad Faizam Hakim Ses ( 3 Delima), Nur Shahira Awang (2 Delima), Nur Haziyah Johan (2 Mutiara), Nur Farhana Zaidan (2 Mutiara), Nurul Nadia Aliyah Baharudin (2 Delima), Nur Shahira Muhd Ariffin ( 2 Intan) dan Maslinda Main (2 Mutiara).

Guru-guru pemimpin Kor Kadet Polis diketuai oleh Sahfuddin Hussein, Zolkeple Jemadar, Hamzah Rahman Soriat dan guru pengiring Zulkifli Jaafar dan Saifullah Abd Wahab.

Kursus Kepimpinan ARPRM Fasa 2 - Guru



Pengetua SMK Bandar Tenggara, Zainal Othman juga sebagai Ketua Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) hadir pada tarikh 11 November 2010. Fasa kedua ini menyaksikan pembentangan oleh Che Wan Saadah Wan Ahmad Tajudin, Abd Rahman Salleh, Ahmad Nazri Selamat dan Khairulnizam Mohd Yusof. Masing-masing membentangkan cara perekodan Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Rekreasi Fizikal dan Penjelajahan Lasak.

Turut memberi penilaian kepada pembentangan itu ialah pegawai-pegawai  Badan Operasi (BOD) Jabatan Belia dan Sukan Johor Bahru. Mereka ialah Puan Hajah Supiati Suhani, Subramaniam dan Khairul Azmi.

Selepas sesi pembentangan itu peserta-peserta kursus diuji tentang apa itu ARPRM, sejarah, falsafah, prinsip dan pelaksanaannya di sekolah. Sebanyak 20 soalan perlu dijawab dalam tempoh 30 minit.

12 November, 2010

MESYUARAT AKHIR TAHUN 2010


Mesyuarat Akhir Tahun 2010 kali ini diadakan di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan (PLGDP), Bahagian Pendidikan Guru, Bandar Tenggara. Pengerusi mesyuarat ialah Pengetua, Zainal Othman.
Pengerusi Mesyuarat
En Zainal Othman
Salah satu agenda mesyuarat itu ialah ucapan tahniah kepada lima orang guru yang telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2009. Guru-guru berkenaan ialah Pn Khairani Mahamad Kator, Pn Hasnah Kosnan., En Abd Razak Saat, En Saipi Halidin dan Pn Fadilah Ismail.

FUTSAL - Perlawanan persahabatan.

Perlawanan persahabatan Futsal di antara SMK Bandar Tenggara dan SMK Bandar Tenggara 2 telah berlangsung selama 2 hari. Pertama di gelanggang bersebelahan Balai Polis dan kedua di Taman Anggerik.
Perlawanan pertama berkesudahan SMKBT2 berjaya dengan jaringan 12 berbalas 8, manakala SMKBT menebus kekalahan itu dengan jaringan 11 berbalas 9. Namun begitu SMKBT2 mendahului 2 jaringan.

Pemain-pemain SMKBT terdiri daripada : Ahmad Survi (GPK Kokurikulum), Zolkeplee Jemadar, Aidil Shamin Abd Razak, Ahmad Nazri Selamat, Saipi Halidin, Rohim Abd Rahman, Mustaffa Yunus, Hasry Mustakim, Hamzah Rahman Soriat dan Saifullah Abd Wahab.

Pemain-pemain SMKBT2 terdiri daripada : Muhamad Soud Othman (GPK Kokurikulum), Mohd Fadli Saari, Mohd Shafie Md Diah, Mohd Hakimi Abd Rahman, Ustaz Zainal Abidin Mohd Don, Jodi Ahmad MokhtarNorsyanizan Seyajah dan Mohd Farhaizat Anuar.

Apa kata orang kuat Futsal ?.


SMKBT - Ahmad Nazri Selamat

SMKBT 2 - Ustaz Zainal Abidin Mohd Don

04 November, 2010

129 pelajar terima pingat gangsa ARPRM 2010

Seramai 129 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara, Kulaijaya dikurniakan pingat gangsa Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Sekolah anjuran Kerajaan Negeri, dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Majlis Konvensyen Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) telah berlangsung pada 30 Okrober 2010 di Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru Johor.

Penganugerahan yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor, Md Jais Sarday itu juga melibatkan 240 sekolah yang merupakan satu usaha yang baik dan tepat dalam membantu kerajaan melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi emosi, rohani, jasmani dan intelek.

Guru-guru yang terlibat dalam menjayakan program itu ialah Ahmad Survi (GPK Kokurikulum), Khairulnizam Mohd Yusof ( Komponen Penjelajahan Lasak), Ahmad Nazri Selamat (Ketua Pameran Rakan Muda Kecergasan), Abd Razak Saat (Komponen Kemahiran), Aidil Shamin Abd Razak (Komponen Rekreasi Fizikal), Siti Hanizan Samsuri (Komponen Rekreasi Fizikal), Rahimah Abd Rahim (Komponen Khidmat Masyarakat), Rohaiza Md Zin (Komponen Khidmat Masyarakat), Anne Suraya Abdul Halim, Anili Fasha Mahadi dan Annili Haziza Haron (Komponen Khidmat Masyarakat), Suriati Alias (Komponen Rekreasi Fizikal).

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Abdul Rahim Mohd Shariff (Timbalan Pengarah Pembangunan Rakan Muda) Jabatan Belia dan Sukan Johor Bahru, begitu juga kepada Sivamaniam, Suparti , Diana dan Khairul Rizal kerana telah memberikan kerjasama yang erat kepada sekolah dan murid serta pelajar dalam menjayakan program ARPRM bermula pada 9 September 2009 lagi.    

Gambar kenangan Majlis Konvensyen ARPRM di Johor Bahru.
Rohaiza Md Zin, Siti Hanizan Samsuri, Nur Afifa Raihana Md Ruzadi, Nurul Hiddayah Asnan, Siti Nabilah Zaini terlibat dalam Pameran Rakan Muda Kecergasan.



Aidil Shamin Abd Razak dan Nazmi dan Ahmad Nazree sedang menyiapkan bahan-bahan pameran.

Bergambar dengan Pegawai-pegawai JBS.
Kiri : Rahimah, Siti Hanizan, Suriati, Khairulnizam, Ahmad Survi, Sivamaniam, Hjh Supiati, Annelin Hazziza, Rohaiza dan Nurul Hanani.


Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ