Pengetua SMK Bandar Tenggara, Zainal Othman juga sebagai Ketua Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) hadir pada tarikh 11 November 2010. Fasa kedua ini menyaksikan pembentangan oleh Che Wan Saadah Wan Ahmad Tajudin, Abd Rahman Salleh, Ahmad Nazri Selamat dan Khairulnizam Mohd Yusof. Masing-masing membentangkan cara perekodan Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Rekreasi Fizikal dan Penjelajahan Lasak.
Turut memberi penilaian kepada pembentangan itu ialah pegawai-pegawai Badan Operasi (BOD) Jabatan Belia dan Sukan Johor Bahru. Mereka ialah Puan Hajah Supiati Suhani, Subramaniam dan Khairul Azmi.
Selepas sesi pembentangan itu peserta-peserta kursus diuji tentang apa itu ARPRM, sejarah, falsafah, prinsip dan pelaksanaannya di sekolah. Sebanyak 20 soalan perlu dijawab dalam tempoh 30 minit.
No comments:
Post a Comment