01 March, 2013

JUARA PERTANDINGAN PANTUN PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA 2013

1 Mac 2013: SMK Sultan Alauddin, Bukit Besar

Pasukan pantun sekolah bersama
jurulatih, hakim dan guru pengiring
Pemantun terbaik peringkat daerah Kulaijaya dimenangi oleh Muhammad Amirul Syafiq Azman dari SMK Bandar Tenggara. Manakala rakan-rakan sepasukan, Muhammad Farhan Abd Ghafar, Ummi Nazira Omar dan Nurul Atiqa Noraji juga besar peranannya dalam memastikan sekolah membawa pulang piala kejohanan tahun ini.

Menjadi juara dalam pertandingan pantun sempena Karnival Bahasa Peringkat Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya menjadi pemangkin kepada pelajar sekolah ini untuk terus bergiat dengan aktif dalam mengembangkan budaya Melayu.

Kegembiraan tersebut dikongsi bersama oleh Pengetua, Hj Armas Derusman, Penolong Kanan Pentadbiran, Anim Mohamed Jaib, semua penolong kanan dan guru kanan matapelajaran, lebih-lebih lagi, Zulaikha Ngaliman, Rohidah Othman, Asmawi dan Hamzah Rahman Soriat yang banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada peserta pantun sekolah dalam sesi latihan dan pertandingan.

Keputusan penuh:-
1. Juara - SMK Bandar Tenggara.
2. Kedua - SMK Senai
3. Ketiga - SMK Tunku Abdul Rahman Putra (STARP).

28 February, 2013

FENOMENA AURORA MATAHARI DILIHAT DI ATAS BANGUNAN SEKOLAH

28 Februari 2013 : Atas Bangunan Sekolah, SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya, Johor Darul Takzim

Aurora Matahari
Awan bergerak menutupi pandangan Aurora
Hjh Nisah Sarbini bergegas ke dataran kejat dan memanggil saya untuk menatap fenomena matahari yang dipanggil Fenomena Aurora. Kejadian seumpama ini berlaku setiap 10 tahun sekali, katanya.

Alhamdullillah dengan tidak membuang masa terus merakamkan peristiwa itu dengan Galaxy Note. Gambar tersebut saya rakam pada jam 10:26:23 pagi di SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya. Agak sukar menentukan sudut pandangan yang sesuai untuk mengambil gambar. Berjaya juga akhirnya Allahuakbar3x. Sepuluh minit  kemudian, awan tebal telah menutupi fenomena itu dan hilang dari pandangan mata kasar.

Cerita menarik mengenai Fenomena Aurora

PEMANTUN SEKOLAH DIUJI DALAM PERTANDINGAN PANTUN PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA

28 Februari 2013: TJ Mart

Pasukan pantun sekolah bersama pengetua
Peserta pantun sekolah terdiri daripada Muhammad Shafiq Hazama, Muhammad Amirul Syafiq Azman
Muhammad Farhan Abd Ghafar, Ummi Nazira Omar dan Nurul Atiqa Noraji.

Pengetua SMK Bandar Tenggara, Haji Armas Derusmas, penolong kanan, Anim Mohamed Jaib, jurulatih pantun sekolah, Rohidah Othman dan guru pengiring, Asmawi turut sama bergambar sebelum berangkat ke tempat pertandingan.

27 February, 2013

KURSUS ASAS PERAKAUNAN KOPERASI SEKOLAH MEMBAWA MENAFAAT KEPADA AHLI

27 Februari 2013 : Bilik Seminar, SMK Bandar Tenggara

Tenaga pengajar dari ANGKASA  bersama
guru koperasi sekolah Shamsul Ihtihsham
Pegawai Pelajaran ANGKASA Petaling Jaya, Abu Bakar berkata kursus asas perakaunan penting kepada pelajar sekolah kerana ianya adalah bahasa perniagaan dan digunakan di dalam dunia bisnes. Ianya juga menerangkan urusniaga yang dijalankan oleh pelbagai organisasi termasuk koperasi bagi tujuan kawalan dan penilaian.

Katanya lagi, sekiranya pelajar faham dan mahir pengetahuan asas ini, pelajar boleh membantu guru koperasi merekod urusniaga yang berlaku di dalam koperasi secara sistematik dan teratur. Ini memudahkan tugas guru koperasi menyediakan Penyata Kewangan yang benar dan tepat.

Adam Azman bersalaman dengan tenaga pengajar
Kursus jangka pendek ini dihadiri oleh 80 orang ahli koperasi sekolah bermula jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang. Penyelaras program Hjh Ruziah Maarop mengucapkan jutaan terima kasih kepada tenaga pengajar daripada ANGKASA, ahli-ahli dan guru-guru koperasi sekolah yang turut sama menjayakan kursus tersebut.
Peserta kursus
Memberikan  sepenuh perhatian 


Hjh Ruziah menambah, kami juga telah menjalankan Mesyuarat Agung Koperasi Sekolah Kali Ke-17 Tahun 2013 melibatkan seramai 350 orang pelajar. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Zolkeple Jemadar di Dewan Permata SMK Bandar Tenggara.

BICARA BERIRAMA BAHASA MELAYU PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA

26 Februari 2013: Dewan SMK Senai, Kulaijaya

Peserta Sekolah
Ketua Panitia Bahasa Melayu, Zainab Salim ditemui berkata, terima kasih kepada guru pembimbing, Haniss Suzana dan guru pengiring, Anilin Hasziza serta pasukan SMK Bandar Tenggara terlibat dalam Pertandingan Bicara Berirama.

Kesungguhan setiap peserta dapat dilihat dalam persembahan mereka. Namun dalam pertandingan kalah menang bukan menjadi ukuran. Mereka berjuang untuk menaikkan nama sekolah, dalam masa yang sama membina keyakinan diri, sabar, berdisiplin dan mematuhi arahan ketua merupakan ciri-ciri pemimpin muda yang diharapkan.


Peserta Bicara Berirama 2013

Mohammad Kabir Izad Zamri, Muhammad Arsyad Syakirin Azman, Muhammad Naim Hanafi Abdul Halid, Amirul Azhar Zali, Mohd Fazli Mohd Diah, Mohd. Fazli Ikbal Dzul Qarnain Rosli, Nur Zuraini Zainal, Ellysa Zainal, Nur Hidayah Abdul Rahim, Ain Afiqah Ahmad, Fatima Az Zahra Masri.

Siti Nur Raudah Mohd Said, Azni Ashyikin Azman, Nurul Alia Abdullah, Nur Amira Md Yusof, Nur Masiha Mohd Shariff, Nurul Azira Jamion, Siti Khadijah Suhaimi, Natasha Wahidah Abdul Shukor, Nurul Nadia Jahari, Nurul Nadirah Rashid, Nurul Ain Amira Mohd Khalid, Mohamad Hanif Jantan.

Muhammad Khuhaimie Kamal, Nurul Syazwani Sukelan, Rabiatul Adawiyah Abd Rahim, Amirah Watiqah Abu Bakar, Nur Hafida Jamain, Wardatul Izzah Mohd Razillah, Nurul Batrisyia Tamirin, Azwa Shaqeera Abdul Ajis, Nurul Aliah Mohd Ali, Nurilliyana Yusri, Nurul Balqis Hishammudin dan Siti Mariam Azman..

26 February, 2013

GURU PENYAYANG PELAJAR CEMERLANG

26 Februari 2013: Anjuran Unit Bimbingan Kaunseling dengan kerjasama Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekolah
Mr Ong Boo Siong bersama guru-guru
SMK Bandar Tenggara

"Tujuh Langkah Untuk Mencapai Impian,"' kata Ong Boo Siong, menjadi tajuk utama kepada peserta kursus Latihan Dalam Perkhidmatan yang diadakan di Bilik Seminar, SMK Bandar Tenggara. Ketujuh-tujuh langkah tersebut ialah bersyukur, keyakinan, merancang, berikhtiar, usaha, praktis, dan berbudi dikupas dengan baik oleh penceramah dengan penuh yakin dan bersungguh-sungguh.

Tambahnya lagi, "saya OKU iaitu Orang Kuat Usaha". Gayanya yang bersahaja dan mahir dalam berbahasa Melayu menjadi tumpuan peserta kursus yang tidak berganjak mendengar, melihat dan menikmati persembahan yang sungguh menakjubkan.

Guru Kaunselor, Salmah Othman yang menghubungi beliau ditemui berkata Ong adalah seorang bekas guru, pernah mengajar di sekolah dan kolej, pakar dalam Bahasa Melayu dan suka kepada kerja-kerja amal.

Pengacara majlis, Hamzah Rahman Soriat pula membacakan biodata penceramah, Ong yang berasal daripada Kelantan, pernah dianugerahkan sebagai Belia Cemerlang Malaysia dalam bidang kemanusiaan, menjadi tokoh OKU Kelantan, dalam sukan pula pernah mendapat naib juara dalam acara 100 meter dan 400 meter Sukan Asean. Mempunyai pengalaman luas sebagai penceramah dalam bahasa Cina, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Turut hadir dalam sesi LDP kali ini ialah Penolong Kanan Pentadbiran, Anim Mohamed Jaib, PK Kokurikulum, Ahmad Survi, PK Tingkatan 6, Mohd Pozi Kemin, guru-guru kanan matapelajaran yang terdiri daripada Hjh Sawilah Auf (Vokasional & Teknik), Hjh Hamimah Yunos (Sains dan Matematik), Hjh Hayati Abdullah (Bahasa) dan Hjh Hasnah Kasnan (Sains Sosial).

Layari laman portal
http:// www.1stronghand.com

PPD KULAIJAYA MENJADI TUAN RUMAH PERTANDINGAN MEMANAH DAN KRIKET PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2013

25 Februari 2013 : PPD Kulaijaya- Unit Sukan


Penyelia Sukan, Abdul Talib Daud
Mempengerusikan mesyuarat
Buat pertama kalinya daerah ini menjadi tuan rumah untuk penganjuran Pertandingan Memanah dan Kriket Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Johor (MSSJ) Tahun 2013. Lokasi dan tarikh pertandingan telah diputuskan oleh Abdul Talib Daud selaku pengerusi mesyuarat dan diterima sebulat suara oleh 13 orang ahli mesyuarat yang terdiri daripada Penolong Kanan Kokurikulum dan guru-guru sekolah menengah dan rendah daerah ini.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra (STARP) telah terpilih untuk menjadi lokasi pertandingan memanah. Sementara terdapat 5 lokasi lain bagi pertandingan kriket iaitu SMK Taman Putri, SMK Kota Kulai, SMK Indahpura, SMK Kulai Besar. dan Sekoah Kebangsaaan Indahpura 1.

Pembentangan kertas konsep penganjuran pertandingan dan agihan tugas telah dibentangkan oleh Abdul Talib dan perbincangan selanjutnya. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.
 
Ahli-ahli mesyuarat

Agihan tugas 

PROGRAM BIJAK JAUHI ZINA

25 Februari 2013: Anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling
Perhimpunan Isnin

Sedang dikemaskinikan...

24 February, 2013

FORUM HAL EHWAL ISLAM PADA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT BANDAR TENGGARA

24 Februari 2013 : Anjuran bersama Masjid Al-Husna, KEJORA dan JK Kebajikan Masyarakat Bandar Tenggara.

Y.B Dato' Haji Baderi, isteri dan tetamu kehormat
membaca selawat nabi beramai-ramai
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bandar Tenggara 1434H/2013 anjuran bersama Masjid Al-Husna, KEJORA (Kemajuan Johor Tenggara) dan Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Bandar Tenggara (JKKMBT) dimeriahkan lagi dengan acara perarakan melibatkan sekolah-sekolah agama, sekolah arab, sekolah menengah, sekolah rendah dan zon-zon sekitar Bandar Tenggara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti, Y.B Dato' Haji Baderi Hj Dasuki telah merasmikan majlis tersebut dengan bertemakan 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah'.

Forum Hal Ehwal Islam diketuai oleh As-Syeikh Hj Mohd Taufik Dato' Kiai Hj Shamsudin dan dua orang panel iaitu Ustaz Hj Mohd Hanafiah Hj Abd Razak dan Ustaz Hj Ahmad Mazlan Ghouth.

Sepanduk SMK Bandar Tenggara
Hakim Azman, pelajar Tingkatan 4, ditemui berkata, "Menariknya, perarakan sambutan maulidur rasul kali ini ialah  melibatkan acara perarakkan sejauh 2.0 kilometer kemudian pembaca selawat menaiki kenderaan khas, macam pedati...menarik dan belum pernah saya lihat di tempat-tempat lain." 

Tuan Hj Ahmad Sapari mengetuai
bacaan selawat Nabi Muhammad
S.A.W


Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Sambutan, As-Syeikh Hj Mohd Taufik Dato' Kiai Hj Shamsudin, Timbalannya; Hj Amir Kasman, imam Masjid Bandar Tenggara; Hj Mohd Moslihen Hj Mohd Subohi, Ketua Balai Polis Bandar Tenggara; SI Yusof Muda, pemimpin-pemimpin masyarakat, pengetua-pengetua atau wakil, guru besar sekolah kebangsaan, sekolah Agama dan sekolah Arab.

Keputusan pertandingan perbarisan dan sepanduk:-
Pertama : Sekolah Menengah Arab Bandar Tenggara
Kedua   : Sekolah Menengah Agama Bandar Tenggara 2
Ketiga   : Sekolah Arab Bandar Tenggara 1

Perarakan wakil-wakil Zon Tenggara

Perarakkan Sekolah Agama
Buletin Kokurikulum


Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ