30 July, 2010

Program Penghayatan Taman Laut Malaysia

Program penghyatan Taman Laut Malaysia Zon Timur Siri 3 Peringkat Kebangsaan ini adalah anjuran Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan kerjasama Bahagian Kurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia pada 2 hingga 6 Ogos 2010 di Pulau Tioman.

Seramai 16 orang pelajar Tingkatan 4 dari sekolah-sekolah negeri Johor terpilih. Sekolah-sekolah tersebut ialah SK Pengkalan Rinting, SMK Taman Universiti Skudai, Johor Bahru, SMK Aminuddin Baki, SMK Dato Penggawa Timur, Masai, Pasir Gudang, SMK Bandar Sri Alam, Masai Pasir Gudang, SMK Semenchu, Felda Semenchu, Kota Tinggi, SMK Bandar Mas, Kota Tinggi dan SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya.

28 July, 2010

Projek Kajian Luar Geografi

Projek Kajian Luar merupakan satu daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sehubungan dengan itu inisiatif yang dijalankan oleh Persatuan Geografi SMK Bandar Tenggara amat dihargai.

Projek Kajian Luar Tingkatan 6 Atas Baiduri, diadakan pada 28,29 dan 30 Julai 2010 di Pantai Desaru (Hotel Desaru Damai) dan Perkampungan Nelayan Tanjung Balau, Kota Tinggi Johor. Seramai 35 orang pelajar dan 4 orang guru terlibat.

Kem Jati Diri Kor Kadet Polis

Pejabat Pelajaran Kulai dengan kerjasama Ibupejabat Polis Daerah Kulaijaya mengadakan Kem JAti Diri murid-murid Kor KAdet Polis pada 25,26, 27 dan 28 Julai 2010 di Chalet D'Punggai, Tanjung Pungai, Kota Tinggi Johor.

Perserta seramai 24 orang setiap sekolah.

27 July, 2010

Motor Cross Bandar Tenggara


Mohd Fariz b. Mahozan, Pelajar Tingkatan 4 Intan SMK Bandar Tenggara telah mengharumkan nama SMK Bandar Tenggara apabila Fariz berjaya menjadi Naib Juara dalam kategori Novice B (16 tahun)dalam pertandingan itu.

Selain daripada Ibu bapa, Slogan - Beat the rest Fariz !!! To be Numero Uno !!! SMK Bandar Tenggara Support You !!! menjadi kata-kata perangsang kepada beliau untuk membawa nama sekolah ke kemuncak kejayaan. Mahozan amat gembira apabila adik Fariz juga meraih kemenangan dalam kategori motor cross Junior.

Pertandingan motorcross bertaraf kebangsaan itu yang telah diadakan di Litar Motor Cross Bandar Tenggara pada 25 dan 26 Julai 2010,anjuran bersama : PID (Pusat Komputer Desa)dan Kelab Motor Cross Bandar Tenggara.

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ