09 November, 2013

JAMUAN AKHIR TAHUN MENGIRATKAN LAGI IKATAN SIRATURRAHIM YANG SEDIA TERJALIN

8 November 2013 : Hotel Prime City, Kluang

Peyampaian Sijil oleh pengetua sekolah, Tuan Hj Armas Derusman
Jamuan akhir tahun 2013 yang diadakan di Hotel Prime City, Kluang semalam disambut meriah oleh semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara.

Abdul Rahman Salleh, pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK) sesi 2012-2013 ditemui berkata majlis berjalan secara sederhana tetapi suasana kekeluargaan nampak terjalin apabila guru-guru, kakitangan sekolah, pekerja sekolah dan keluarga masing-masing hadir, beramah mesra sambil menikmati makanan dan minuman yang disediakan.


Guru pertama menang cabutan bertuah, Shamsul Ihtihsham Musa
Busana lelaki terbaik - Mohd Hasry Mustakim


Busana guru wanita terbaik- Yuniza
Staf pejabat- Rosidah, Sadhana dan Eazy dan guru disiplin

Pengetua bersama guru-guru


06 November, 2013

DOA RESTU IBU BAPA UNTUK CALON-CALON PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013

6 Oktober 2013 : Hari pertama SPM 2013
Muat Turun
Jadual Waktu SPM 2013

Pelajar bersalaman dengan ibu bapa yang hadir sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan
Hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula pada 6 November 2013. Calon Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara adalah seramai 148 orang. Mereka diiringi oleh ibu bapa  yang turut hadir untuk memberi sokongan moral dan doa restu sebelum mereka melangkah kaki ke dewan peperiksaan.


Pengetua sekolah, Tn. Hj Armas Derusman bersama
YDP PIBG, Tn Hj Baharudin Md Sham dan beberapa orang ibu bapa
Wajah ibu yang penuh pengharapan agar anaknya berjaya dalam peperiksaan.

Penyelaras hari pertama peperiksaan SPM 2013 bersama guru-guru bertugas

SKUAD POLOBIKE SMK BANDAR TENGGARA JUARA OPEN DESARU 2013

3 November 2013 : LINK KE 2ND DESARU MTB JAMBORI 2013

Juara Open Polobike ()Junior)


Iklan Jambori Desaru
LINK KE 2ND DESARU MTB JAMBORI 2013
Skuad Daerah Kluang - Juara Open Polobike 2013
Skuad Senior SMK Bandar Tenggara (jersi kuning) mendapat tempat ke-3, diketuai oleh Aidil Shamin Abd Razak.


KEJOHANAN POLO BASIKAL PERINGKAT SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH KULAIJAYA 2013

30 November 2013 : Gelanggang Permainan SMK Bandar Tenggara

Pasukan Polobike SMK Bandar Tenggara dan penolong pegawai kejohanan
Link ke berita penuh :

Carta pertandingan

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ