16 February, 2012

KHIDMAT PBSM PADA KEJOHANAN OLAHRAGA ZON TENGGARA

15 Februari 2012: Khidmat PBSM Sekolah


Pasukan khidmat masyarakat PBSM
di bawah pimpinan Cik Nurul  dan Pn Rahimah.


Belum dikemaskinikan....

14 February, 2012

KARNIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA

14 Februari 2012: Bandar Tenggara

Pasukan Layang-layang Sekolah
Ke Pertandingan Layang-layang Sedunia

Sedang dikemaskinikan...

13 February, 2012

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN MUDA

13 Februari 2012  (Isnin) : LEMBAGA PENGAWAS, PUSAT SUMBER DAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

Lembaga Pengawas

Sub Inspektor Yusof Muda, Pegawai Perhubungan Sekolah telah merasmikan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pemimpin Muda, di hadapan 754 orang murid/pelajar SMK Bandar Tenggara pagi tadi di Dewan Permata.

Ketibaan beliau ke sekolah disambut dengan paluan kompang. Selepas itu, Pengetua Tn Hj Mohmad Hashim, GPK Hal Ehwal Murid Rashid Muhidin, Guru Disiplin Shamsul Ihtihsham Musa, Majlis Kebajikan Guru dan  Kakitangan Sekolah (BKGK) Zolkeple Jemadar mengiringi beliau sehingga ke Dewan Permata untuk majlis yang gilang gemilang pada tahun ini.

Muhamad Azrin Bin M.Baharudin dilantik menjadi ketua pengawas bagi sesi 2012. Nur Ainulfitri Binti Basir dilantik sebagai penolong ketua I, dibantu oleh Nur Aiman Aliyah Binti Abdul Mohsin sebagai setiausaha I manakala  bendahari disandang oleh Siti Nur Aliyah Binti Ta'aip.

Pihak pengurusan Hal Ehwal Murid melantik Mohd Azim Bin Saim sebagai penolong ketua II mewakili aliran perdana dan dibantu oleh Nurr Hayati Binti Yahya sebagai setiausaha II manakala penolong bendahari disandang oleh Nur Syahirah Binti Mohd Khalid. Beberapa orang pelajar dilantik bagi menjawat jawatan-jawatan dalam exco seperti exco perhimpunan, disiplin, sistem, kebajikan, protokol, STUDM, kantin, blok, dakwah dan dokumentasi.


Pengawas Pusat Sumber

Pengerusi disandang oleh Siti Aishah Binti Ramlan, naib pengerusi Farahani Binti Azmi, setiausaha Nurul Shamella Binti Tamirin, penolong setiausaha Nur Hana Binti Ithnin, bendahari Nur Atifah Aishah Binti Abd Rashid, penolong bendahari Nur Aqilah Binti Zaman merupakan jawatankuasa tertinggi Pengawas Pusat Sumber Sekolah yang baru dilantik tahun ini.

Jawatankuasa-jawatankuasa lain dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti keceriaan, pemprosesan buku, pemulangan dan peminjaman, automasi, pemprosesan bahan dan bukan buku.

Majlis Perwakilan Pelajar

Pada tahun ini juga Majlis Perwakilan Pelajar menerima perlantikan bagi menguruskan pelbagai tugas di bawah pengurusan Pra Universiti yang dipimpin oleh GPK Pentadbiran Noraziah Shafie. Presiden kali ini disandang oleh Mohd Safiee Bin Ellias, naib presiden Izyan Hazawani Binti Suhadi, setiausaha Nur Fadhilla Binti Zainuddin, penolong setiausaha Nur Aizzaty Khatijah Binti Azman, bendahari Nurul Kaira Binti Khairi, penolong bendahari Hasnurlizan Binti Saruni.

Seramai 19 orang pelajar lagi telah dilantik menjawat exco buletin, kebajikan, sukan, agama, penerangan, pendidikan, dokumentasi dan protokol.

Tentatif program:
7.20 pagi
Pelajar di Dewan Permata

7.30 pagi
Ketibaan VIP
Nyanyian Lagu Bangsa Johor
Lagu Sekolah

Ikrar Rukun Negara
Ikrar Pelajar
Laporan Guru Bertugas
Ucapan Pengetua
Ucapan Perasmian oleh Pegawai Perhubungan Sekolah

Penyampaian Watikah Perlantikan Pemimpin Muda
Penyampaian Cenderahati
Majlis Bersurai
  

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ