09 April, 2011

SMKBT Naib Juara - Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas MSSD Kulaijaya


Muhamad Azrul Azhar muncul sebagai atlit terbaik kategori junior dalam Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas MSSD Kulaijaya yang berlangsung di Stadium Tenggara Rabu lepas. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara berjaya memperolehi 5 emas, 14 perak dan 8 gangsa kedua terbaik di daerah Kulaijaya pada kejohanan tersebut. Mohd Hasry Mustakim ditemui melaporkan dari Stadium Tenggara, Bandar Tenggara.
__________________________________________________________
KESELURUHAN TEMPAT KE 2

KEPUTUSAN PENUH
5 EMAS
- 100M LELAKI JUNIOR MUHD AZRUL B. AZHAR
- 200M LELAKI JUNIOR HISYAMUDDIN B. ISMAIL
- 4X100M LELAKI JUNIOR
- LOMPAT JAUH PEREMPUAN JUNIOR NURUL NABILA BT ZAINAL ABIDIN
- REJAM LEMBING LELAKI SENIOR KHAIRUL FARIS B. ABD JALIL

14 PERAK
- 100M PEREMPUAN SENIOR NURUL FARAHIN BT MD KHAIRI
- 200M PEREMPUAN SENIOR NURUL FARAHIN BT MD KHAIRI
- 200M LELAKI JUNIOR MOHD AZRUL B. AZHAR
- 400M PEREMPUAN SENIOR MUSTIKA BT MUSUM
- 4X100M LELAKI SENIOR
- 4X100M PEREMPUAN SENIOR
- 4X100M PEREMPUAN JUNIOR
- REJAM LEMBING LELAKI SENIOR MUHAMAD ILHAM B. AZMAN
- LONTAR PELURU PEREMPUAN SENIOR SHIMA AMMERA ADORA BT MD NOR
- LOMPAT JAUH PEREMPUAN JUNIOR BAHERAHTE A/P RAJA
- LOMPAT JAUH LELAKI JUNIOR HISYAMUDDIN B. ISMAIL
- REJAM LEMBING PEREMPUAN SENIOR SHIMA AMMERA ADORA BT MD NOR
- LOMPAT JAUH LELAKI SENIOR AHMAD HASBULLAH B. AWANG BESAR
- LONTAR PELURU PEREMPUAN JUNIOR NURUL NABILA BT ZAINAL ABIDIN

8 GANGSA
- 800M PEREMPUAN SENIOR MUSTIKA BT MUSUM
- 200M PEREMPUAN JUNIOR BAHERATHE A/P RAJA
- 800M LELAKI SENIOR SYARIFUDDIN B ISMAIL
- LOMPAT TINGGI LELAKI SENIOR AHMAD HASBULLAH B. AWANG BESAR
- LONTAR PELURU LELAKI SENIOR MUHAMMAD NUR B. ZAKARIA
- LEMPAR CAKERA LELAKI SENIOR ABDUL AZIZ B MOHD HAITHIR
- LOMPAT JAUH PEREMPUAN SENIOR MUSTIKA BT MUSUM
- LEMPAR CAKERA PEREMPUAN SENIOR SHIMA AMMERA ADORA BT MD NOR

ATLET TERBAIK LELAKI JUNIOR MUHD AZRUL B. AZHAR

04 April, 2011

Penjelajahan lasak- Anjuran bersama Jabatan Belia dan Sukan Johor

1-3 April 2011 - Komponen Penjelajahan Lasak ARPRM

Peserta pingat gangsa dan perak bersama JBS.
Slot 1 : Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda oleh oleh GPK Kokurikulum Ahmad Survi.

OBJEKTIF
1. Meningkatkan bilangan penerima anugerah pingat Gangsa dan Perak.
2. Mensasarkan bilangan murid/pelajar yang memperolehi pingat Gangsa seramai 300 calon dan 70 Perak pada Tahun 2011.
3. Mencapai 100 % murid/pelajar mendapat A dalam 10% markah kokurikulum.


Idris Yaman menyampaikan taklimat pengurusan persatuan dan kelab.

Orienteirng disampaikan oleh Ahmad Nazri Selamat.

Mohd Hasry Mustakim, Kem Komanden.
PBSM sekolah terdiri daripada Nurul Hanani Ismail Sazemi, Rohidah Othman, Hasnah Kadir,
Nor Asmah Ramli, YM Raja Hafsah Raja Hamzah turut hadir ke Pusat Latihan SAJ. Mereka menyampaikan taklimat dan mengendalikan latihan praktikal kepada peserta.
Mohd Pozi Kemin dan Saifullah Abd Wahab membuat penilaian kepada salah satu kumpulan dalam program ikhtiar hidup. Peserta kursus dikehendaki memasang kemah, memasak nasi dalam buluh, merebus telur dalam tanah dan membuat kueh tanpa munyak.


Tanpa mereka di atas, pastinya peserta-peserta kelaparan.
Suriati Alias, Natra, Nurul Falah, Nurul Farha, Azlina Abu Bakar bekerjasama dalam menyediakan makanan dan minuman kepada 90 orang peserta termasuk guru-guru.
Bersama-sama beliau Khairulnizam Mohd Yusof (Penyelaras Program) dan Mohd Hasry Mustakim (Kem Komanden).
Peserta pingat perak juga terlibat. Mereka sebagai fasilitator dalam membantu kem komanden menjayakan program-program yang dirancang. Mereka terdiri daripada Ahmad Nazreen, Fazreen, Reeza, Azam, Shikin, Nadirah, Hafez, Fadzilah dan Atiqah.
Dencon Consultants diketuai oleh Saari Sukadi (SAJ).
Kumpulan 1 dan 2.

Kumpulan 3 dan 4

Kumpulan 5 dan 6
Kumpulan 7 dan 8

Sedang dikemaskinikan.....

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ