05 May, 2011

SMK Bandar Tenggara 2 - Juara Kejohanan Sofbol P18 Tahun Daerah Kulaijaya 2011

5 Mei 2011 - Padang SMK Kulai Besar, Kulaijaya
SMK Bandar Tenggara 2 muncul juara dalam Kejohanan Sofbol Sekolah-sekolah Menengah daerah Kulaijaya yang berlangsung 2 hari bermula semalam. Ketua pasukan P18 SMKBT 2 menerima medal kemenangan daripada wakil PPD Kulaijaya, Ahmad Survi, GPK Kokuriklum SMKBT. Manakala SMK Kangka Pulai dan SMK Bandar Putra tempat ketiga dan keempat.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah pengerusi teknik Sofbol daerah Kulaijaya, Suhaimi Kassim, pengadil pertandingan akhir P18 Mohd Zaki Mohd Uda dari SMK Kulai Besar dan Mohammad Yusof Hussein, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Bandar Tenggara 1.


Gambar: Pasukan Sofbol P18 SMK Bandar Tenggara 2 - Juara.
Pasukan Sofbol di bawah pimpinan Mohammad Yusof Hussein selaku ketua jurulatih telah menempah tempat ke pertandingan akhir setelah mengalahkan SMK Kulai Besar (21-0), SMK Tunku Abdul Rahman Putera (13-0), SMK Kangkar Pulai (18-0) dan SMK Bandar Putera (10-7). Dalam pertandingan akhir mengalahkan pasukan SMK Bandar Tenggara dengan 14 berbalas 2. Peneraju kejayaan sekolah ialah pengurus pasukan Masliana Ayop, penolong jurulatih, Suziliana Azlan dan Farahaizat Hamzah dan fisiotrapi, Noratikah Takruddin.

Gambar: Pasukan Sofbol P18 SMK Bandaar Tenggara - Naib Juara.

Menerima kekalahan dengan hati yang terbuka kata pengurus pasukan, Zuriani Kassim. Manakala ketua jurulatih, Khairulnizam Mohd Yusof ditemui berkata pasukan kami belum mencapai tahap yang dikehendaki, belum mantap, gugup dan kurang yakin dalam perlawanan akhir apabila menerima tekanan dan ketinggalan jauh dalam pungutan mata, ramai pemain-pemain baru dan belum mempunyai pengalaman dalam apa-apa pertandingan. Namun kami berjaya juga ke peringkat akhir, dengan mengalahkan SMK Sultan Ibrahim 19-1, SMK Bandar Putra 9-2, SMK Kangkar Pulai 16-9 dan akur dengan kekalahan 14 berbalas 2 pada SMK Bandar Tenggara 2. Turut serta dan memotivasikan pemain-pemain sekolah ini ialah Suriati Alias selaku penolong jurulatih.

Ketangkasan picer dan kacer pasukan masing-masing sebagai penggerak utama dalam sukan sofbol. Dari kiri Nur Aqilah Izzati Daud, NorshahirahShahabuddin, Zafira Erna Khamis dan Izzatul Ismah Iskandarrani.

04 May, 2011

Pasukan Sofbol Sekolah - mara ke separuh akhir

4 Mei 2011 - Tempat pertandingan : SMK Kulai Besar
5 Mei 2011- Pasukan sofbol sekolah mara ke peringkat separuh akhir apabila muncul Johan Kumpulan B, apabila berjaya mengalahkan pasukan SMK Sultan Ibrahim dengan 19 berbalas 1 dan pada pagi Khamis ini  pula berjaya sekali lagi apabila mengalahkan pasukan sofbol SMK Bandar Putra dengan mata 9 berbalas 2. Ucapan syabas dan tahniah kepada Pengurus Pasukan, Zuraini  Kasim, Jurulatih utama, Khairulnizam Mohd Yusof dan penolong jurulatih, Suriati Alias

4 Mei 2011- Pasukan sofbol di bawah bimbingan Zuriani Kasim pagi ini ditemui berkata tentangan akan diberikan kepada pasukan lawan dalam apa keadaaan pun. Beliau akan memastikan dan memberi galakkan kepada pemain-pemain untuk menjadi juara dalam kumpulan dan seterusnya masuk ke peringkat akhir.

Jurulatih utama, Khairulnizam Mohd Yusof yang melatih pasukan sofbol P18 tahun akan memastikan pemain-pemain tidak melakukan banyak kesilapan dan membuat cubaan dan larian yang banyak bagi mendapat skor yang terbanyak mengatasi pihak lawan. Suriati Alias, selaku pembantu jurulatih juga menaruh harapan pasukan sekolah akan masuk ke pertandingan akhir.

Pemain-pemain Sofbol Sekolah:
Siti Nor Aishah Daud, Nur Zaiina Hafrin, Nur Fatin Hanisah Izal, Nurul Nadia Yasin, Nurfarhana Abd Mutalib, Izzatul Ismah Iskandarrani, Nur Akmal Ramli, Nur Fatihah Zaidan, Nur Shafiqah Shahirah Sadar, Nur Farah Anum Sulaiman, Nur A'fizah Zulcapele, Zafirah Erna Khamis dan Nur Hazirah Roslan.

Pra Universiti - Perkhemahan di Ladang Alaf Bukit Lawang, Kota Tinggi

30 April 2011 - Ladang Alaf Bukit Lawang, Kota Tinggi

Pelajar Pra Universiti ketika di kandang kambing Yayasan Pelajaran Johor.


sedang dikemaskinikan...
menunggu laporan daripada AJK dokumentasi Pra Universiti...

Majlis sambutan Hari Kor Kadet Polis ke-41 Kulaijaya

30 April 2011- IPD Kulaijaya

Shahfudin, Samsudin dan Jodi, pemimpin-pemimpin Kor Kadet Polis SMK Bandar Tenggara dan Bandar Tenggara 2 bertemu pada pagi ini untuk memastikan pasukannya bersiap sedia secara langsung dalam Majlis Sambutan Hari Kor Kadet Polis Kali Ke-41 Peringkat Daerah Kulaijaya.
Ibu Pejabat Polis daerah Kulaijaya yang baru


sedang dikemaskinikan....

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ