19 December, 2012

Majlis Ramah Mesra Bersama Pelajar Pra Universiti 2012

Keindahan Dewan Permata

13 Disember 2012 - GPK Pra Univerisiti, Mohd Pozi Kemin mengiringi Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Tuan Haji Baharudin Mohd Sham dalam Majlis Ramah Mesra Pelajar Tingkatan 6 Atas masuk ke  Dewan Permata, SMK Bandar Tenggara.

Dalam majlis tersebut GPK Pra Universiti; Mohd Pozi Kemin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti kerana berjaya menganjurkan majlis yang gilang gemilang pada tahun ini. Sesungguhnya inilah tanda bukti hubungan baik dan kerjasama semua ahli MPP Pra Universiti, guru-guru dan pihak pengurusan sekolah terjalin. Turut diadakan acara persembahan zapin, dan nyanyian sebelum upacara penyampaian hadiah dan cenderamata kepada 98 pelajar Pra Universiti sesi 2011-2012. 

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah GPK Pentadbiran; Anim Mohamed Jaib, GPK Kokurikulum; Ahmad Survi, Guru-guru Tingkatan 6; Ustaz A.Rahim Arsad, Zolkeple Jemadar, Faridah Abdullah, Zubaidah Ibrahim, Abd Rahman Salleh, Zahiah Hamzah dan Mustafa Yunos.

Guru penyelaras program, Hafilah Hamzah ditemui berkata majlis ini membuktikan bahawa pelajar tingkatan enam berupaya menganjurkan majlis gemilang gemilang seumpama majlis rasmi orang-orang kenamaan. Kesungguhan itu menunjukkan kematangan mereka merancang, mengurus dan melaksanakannya menjadi suatu realiti sesuai dengan tema tahun ini.

Aturcara Majlis :-
10.00 pagi      Ketibaan Pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas
10.30 pagi      Ketibaan Dif-dif kehormat
                      Guru Penolong Kanan Pra Universiti
                      Guru-guru Pra Universiti
11.00 pagi      Majlis Perasmian oleh VIP
                      Bacaan Doa
                      Ucapan GPK Pra Universiti
                      Ucapan Pengetua
                      Persembahan Montaj
12.00 tgh       Jamuan Makan
                      Persembahan Tingkatan 6 Bawah
                      Penyampaian Hadiah
                      Penyampaian Cenderamata
3.00 ptg         Majlis Bersurai


GPK Pentadbiran, Anim Mohamad Jaib bersama guru-guru Pra U


Para tetamu, YDP PIBG

Pelajar Pra Universiti



Hidangan makanan

Hidangan minuman

Hidangan buah-buahan

Keriangan pelajar yang diraikan
                 


Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ