23 February, 2013

HARI KELUARGA SMK BANDAR TENGGARA DISAMBUT MERIAH

23 Februari 2013: Badan Kebajikan Guru Dan Kakitangan (BKGK) 2013


BERJAYA MENEMPATKAN DIRI KE PERTANDINGAN PERINGKAT NEGERI.

21 Februari 2013 : Kejayaan Sekolah- Tenis, Memanah dan Catur

Peserta tenis L18 tahun bersama jurulatih dan guru
pengiring
Berjaya di peringkat daerah dan ke Segamat.

Peserta memanah sekolah
Berjaya mendapat tempat ke-4 peringkat daerah Kulaijaya.

Peserrta catur
Nurul Yusnainy Mohd Yusof (dua dari kanan) mewakili Kulaijaya
ke peringkat negeri di Kluang.

21 February, 2013

PENGUASAAN KOSA KATA DIPERTINGKATKAN MELALUI PERTANDINGAN SAHIBBA

20 Februari 2013: SM Vokasional Indahpura

Pengadil, Zani dan Haslinda dalam pertandingan akhir
Foto oleh Ahmad Nazri Selamat
Pertandingan yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dengan kerjasama SM Vokasional Indahpura mendapat sambutan baik daripada 16 buah sekolah menengah di daerah Kulaijaya. Tujuan utama pertandingan seperti ini diadakan ialah untuk memupuk kreativiti pelajar dalam membina kosa kata. Seterusnya dapat melahirkan pelajar yang berketrampilan dalam penguasaan bahasa Melayu.


Kabir dan Arsyad peserta dari SMK Bandar Tenggara
Guru pengiring SMK Bandar Tenggara, Ahmad Nazri Selamat ditemui berkata,  Muhammad Arsyad Syakirin Azman terkandas di pusingan suku akhir manakala Muhammad Khabir Izad Zamri berjaya ke pusingan separuh akhir, namun terpaksa akur dengan kehebatan peserta sekolah lain. Peringkat akhir telah diwakili oleh empat peserta, dua daripadanya dari SMK Bandar Tenggara 2 dan selebihnya dari SMK Bandar Putra.

Katanya lagi, SMK Bandar Tenggara 2 meraih dua tempat iaitu johan dan tempat ketiga manakala naib johan disandang oleh SMK Bandar Putra.


Pertama, SMK BAndar Tenggara 2

Kedua, SMK Bandar Putra
Ketiga, SMK Bandar Tenggara 2

20 February, 2013

KEMAHIRAN IKATAN DAN SIMPULAN ASAS DIMENAFAATKAN OLEH FASILITATOR PASUKAN PENGAKAP SEKOLAH

20 Februari 2013 : Perjumpaan Persatuan Badan Beruniform

Pelajar Pra Universiti menunjuk cara membuat
Ikatan Bunga Geti
Penyelaras PBB Sekolah
Penyelaras Persatuan Badan Beruniform (PBB) Sekolah, Khairulnizam Mohd Yusof ditemui berkata, ikatan dan simpulan asas merupakan pelajaran penting yang perlu dipelajari oleh semua anggota unit beruniform sekolah sama ada dari Pasukan Kadet Remaja Sekolah, Kadet Polis, Kadet Bomba dan Penyelamat, Pandu Puteri, Renjer Puteri, Puteri Islam, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Pengakap.

Katanya lagi, penglibatan seramai enam orang pelajar daripada Pengakap Kelana, Pra Universiti dan enam lagi daripada ahli pengakap aliran perdana sebagai fasilitator banyak membantu pihak pengurusan kokurikulum dalam menjayakan aktiviti kokurikulum setiap minggu.

Disamping khidmat masyarakat yang diberikan kepada rakan sebaya, peluang perlu diberikan agar mereka dapat meningkatkan keyakinan diri dan akhirnya lahirlah pemimpin-pemimpin muda di peringkat sekolah.


BOLA BALING PERMAINAN YANG PALING DIMINATI OLEH MURID PEREMPUAN

20 Februari 2013 : Satu Murid Satu Sukan (Selasa):
Bola Baling, Petanque dan Sepak Takraw

Shamsul Ihtihsham Musa, jurulatih bola baling
Jurulatih bola baling Satu Murid Satu Sukan, Shamsul Ihtihsham berpuas hati dengan murid yang hadir petang ini. Ketegasan beliau sebagai guru disiplin sekolah menjadi daya penarik kepada murid untuk mendalami permainan bola baling dengan cara yang bersistematik.

Kata beliau, " Ahli-ahli kelab, serta pemain perlu diperkenalkan dengan perkara-perkara asas dalam permainan bola baling, umpamanya; saiz bola, saiz gelanggang, ketinggian tiang gol, bilangan pemain dan pengadil. Penguasaan ilmu perlu diterapkan seawal mungkin agar mereka menghayati permainan tersebut sebelum aktif serta terpilih mewakili sekolah ke pertandingan peringkat daerah dan negeri."

Modul permainan Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) seperti bola baling yang diterbitkan oleh Unit Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) banyak memberi menafaat kepada semua jurulatih di peringkat sekolah.

Turut hadir pada hari Selasa di bawah Program Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) sekolah  ialah penolong jurulatih bola jaring, Siti Hanizan Samsuri, dan guru-guru pembantu, Khairani Mohd Kator, Anili Fasha Mahadi dan Norazila. Jurulatih petanq, Hasry Mustakim dan Ainezah Asni serta jurulatih sepak takraw, Asmawi, Taufiq Aludin dan Khairulnizam Mohd Yusof.

Ainezah bersama pemain petanq
Hasry Mustakim bersama pemain petanq

19 February, 2013

PROGRAM 1MURID 1SUKAN PERINGKAT SEKOLAH BERJALAN LANCAR

18 Februari 2013 (Isnin) : Badminton, Bola Jaring dan Bola Sepak.
"Otak Cerdas Terletak Pada badan Yang Sihat"

Badminton 1M 1S (perempuan) bersama  guru,
Rohaiza Muhd Zin
Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) disambut baik oleh pelajar SMK Bandar Tenggara pada hari pertama walau pun hujan turun dengan lebatnya sebelum aktiviti dijalankan.

Rohaiza Muhd Zain, ditemui berkata kehadiran pelajar kurang memuaskan. Namun begitu beliau dan Zuraini Kassim sebagai pembantu jurulatih berpuas hati dengan penglibatan pelajar yang memberi komitment yang tinggi terhadap sukan ini.

Penyelaras Sukan dan Permainan, Aidil Shamin Abd Razak turut melatih pemain bola sepak 15 tahun dibantu oleh Khairul Aime kategori 18 tahun.. Terima kasih juga katanya kepada Haniss Suzana dan Hanifatiza kerana melatih pemain bola jaring sehingga jam 5.30 petang.

Bola Jaring  1M 1S bersama jurulatih
 Haniss Suzzana Zaharin dan Hanifatiza  Mohd Yusoff

Bola Sepak 1M 1S (L18 Tahun) bersama jurulatih
Khairul Aime Mohd Termizi

Bola Sepak 1M 1S (L15 Tahun) bersama jurulatih,
Aidil Shamin Abd Razak

LET JOINT THE ENJOYABLE "ENGLISH WEEK"

18 February 2013 : English Language Society of  SMK Bandar Tenggara
Advisor, Tuan Hj Armas Darusman
I realy hope that the students and teachers will grab the oppurtinity to speak english among ourselves by communicating in english and will be able to improve our proficiency in english language.
It is on every second week of every month.

Objective:-
1. To enhance the english language profiency among our students.
2. English week is actually design to enable students to explore the fun of english language through many    
    exiting activities.
3. English week activities:-
    3.1 Crossword puzzle
    3.2 Word search
    3.3 Word in a word
    3.4 Comic strips
    3.5 Riddle
    3.6 Essay writing competition and
    3.7 Scrabble

I would like to express my appreciation to students who have show their commitments and cooperation in making their classroom clean and condusive.

PERTANDINGAN CATUR PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA

18 Februari 2013: MSS Kulaijaya
Nurul Yusnainy Mohd Yusof , dua dari kanan
terpilih ke peringkat negeri
Nurul Yusnainy Mohd Yusof, telah terpilih untuk mewakili daerah Kulaijaya ke peringkat negeri.


Pasukan Catur SMK Bandar Tenggara

Jurulatih  : Cik Munirah Md Sidek
Pengadil : Cik Nurul Salwa Wahab

Peserta :
Muhammad Amirul Syafiq Azman
Muhamad Dhiyauddin Ariffin
Amirul Hafizi Azmi
Nurl Nabilah Mohd Zul
Nurul Yusnainy Mohd Yusof
Nurizzatul Aina Abdul Syukor
Nur Hazira Bohari 

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ