07 October, 2013

PERKHEMAHAN RAKAN MUDA 2013

7 Oktober 2013: Gunung Pulai 2


Peserta Perkhemahan Rakan Muda
Seramai 68 orang peserta yang terdiri daripada murid tingkatan satu, dua, empat dan enam atas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara telah menyertai Perkhemahan Rakan Muda di Gunung Pulai 2, Pekan Nenas, Pontian.

Matlamat utama perkhemahan selama tiga hari dua malam yang dianjurkan oleh Pengurusan Kokurikulum Sekolah dengan kerjasama Persatuan Rekreasi Johor (PRK) ialah untuk meningkatkan jati diri murid-murid serta pelajar-pelajar sekolah ini kepada satu tahap yang lebih baik.

Disamping itu antara objektif utama ialah melengkapkan komponen yang keempat iaitu penjelajahan lasak dalam program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Sekali gus layak untuk ditauliahkan tahap Gangsa atau Perak pada tahun ini. Secara tidak langsung markah sepuluh peratus kokurikulum dapat dipertingkatkan kepada satu tahap yang lebih baik lagi disamping menjadi seorang murid atau pelajar yang mempunyai keyakinan diri sebagai seorang pemimpin pada masa depan.

Sepanjang perkhemahan tersebut, banyak aktiviti dapat dijalankan, antaranya ialah berjalan sejauh lima kilometer mendaki gunung (jungle trekking) secara berkumpulan, ikhtiar hidup (survival), memasang jerangkap binatang, memproses air lopak atau lumpur menjadi air mineral (filtering water), membina gadget dan model rumah sementara, memasang khemah, latihan dalam kumpulan (LDP), berjalan malam (light keeper and night walk), mengendalikan program rasmi dan pengucapan awam.

Turut sama dalam perkhemahan tersebut ialah Ahmad Survi, Penolong Kanan Kokurikulum; Hjh Faridah Bujang, setiausaha kokurikulum; Abdul Rahman Salleh, kem komandan; Khairulnizam Mohd Yusuf, penyelaras pasukan badan beruniform; Ahmad Nazri Selamat, penyelaras sukan dan permainan ; Nurul Hanani Ismeil Sazemi, kecemasan; Hanifatiza Mohd Yusuf, kebajikan pelajar dan Aidil Husin Sulaiman, penceramah dari PLKN, Mersing.

Muhammad Faiz Fikri Mohd Pozi, pelajar enam atas yang dilantik menjadi penghulu perkhemahan ini mengatakan bahawa banyak ilmu pengetahuan secara teori dan praktikal yang diperolehimya semasa menjadi seorang ketua dan pemimpin. Pengalaman yang berguna ini adalah hasil tunjuk ajar daripada Muhammad Zahar Hamzah. jurulatih PRJ dan fasilitator-fasilitator, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan guru-guru sekolah ini.

Fasilitator daripada Persatuan Rekreasi Johor, Muhammad Zahar Hamzah, Osman Buang dan guru-guru SMK Bandar Tenggara, Ahmad Survi, Khairulnizam Mohd Yusuf, Ahmad Nazri Selamat dan 4 orang jurulatih.
Peserta perempuan
peserta lelaki
Khemah-khemah
Pengucapan awam dalam LDP
Solat berjemaah

Memproses air lumpur

Penghuluwati, Sara memberikan arahan dalam Latihan Dalam Kumpulan (LDP)


Sila kunjngi Laman Blog Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM),
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, Kulaijaya.




Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ