28 February, 2014

OLAHRAGA - KEJAYAAN FAIZAL SEBAGAI OLAHRAGAWAN MSSD KULAIJAYA KALI KE-32 2014 MEMBANGGAKAN SEMUA WARGA SEKOLAH

27 Februari 2014 : MSSD Kali Ke-32, Stadium Mini Kulaijaya

Mohamad Faizal Mohd Yusoff
Tingkatan 3
Mohammad Faizal Mohd Yusoff, dinobatkan sebagai Olahragawan Lelaki 15 Tahun pada majlis penutup dan penyampaian hadiah Kejohanan Balapan dan Padang MSS Kulaijaya Kali Ke-32 di Stadium Mini Kulaijaya, Taman Puteri di atas kejayaannya meraih dua pingat emas dan memecahkan rekod Majlis Sukan Sekolah-sekolah (MSS) Daerah  Kulaijaya dalam acara lompat tinggi.
Mohammad Faizal, mencatat rekod baru MSSD 2014 apabila melepasi ketinggian 1.75 meter mengalahkan pesaing hebat Chin Fang Song (1.72 m) dari SM Foon Yew dan Wong Chun Wee (1.66 m) dari Sekolah Menengah Tun Hussein Onn. Kejayaan Faizal kedua ialah dalam acara 100 meter lari berhalangan.

Muhammad Faizal Mohd Yusoff  bersama peserta-peserta
lompat lelaki 15 tahun di padang SMK Taman Puteri
Melepasi ketinggian 1.75 meter (rekod baru MSSD)
Lompatan seorang juara (baju biru).
Acara 110 meter (lari berhalagan)
Ahmad Nazri Selamat, pengurus kotinjen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara membuat rumusan bahawa Kem Olahraga yang dilaksanakan pada awal Januari 2014 membawa kesan positif kepada semua atlit yang bertanding.

Setiausaha Sukan, Ahmad Nazri Selamat dan Mohd Akrimi Mahazir,
Ketua Olahraga, SMK Bandar Tenggara
Katanya lagi, sekolah berjaya meningkatkan prestasi dari tempat ke-17 kepada ke-12 tahun ini. Sumbangan besar adalah dari atlit-atlit lelaki dan perempuan 15 tahun. Kita berjaya meraih 2 emas, 1 Perak dan 1 Gangsa. Dua pingat emas disumbangkan oleh Mohammad  Faizal Mohd Yusof, acara 110 meter (lari berhalangan -L15) dan Lompat Tinggi (L15), satu pingat Perak dan Gangsa disumbangkan oleh Nur Elly Shuhadah Mohd Azali dalam acara 800 meter (P18) dan 1500 meter.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Tn Hj Armas Derusman, Pengetua dan Ahmad Survi, Penolong Kanan Kokurikulum, jawatankuasa olahraga sekolah dan semua guru yang memberikan semangat dan bantuan secara langsung dan tidak langsung kepada kejayaan tahun ini.
Nur Elly Shuhadah, 1Perak  (800 m) dan
1Gangsa (1500 m)

Kontinjen SMK Bandar Tenggara
KOTINJEN SEKOLAH
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG
MSSD KULAIJAYA 2014

Pengerusi: Tn Hj Armas bin Derusman
Ketua Kontinjen : Encik Ahmad bin Survi
Pengurus : Encik Ahmad Nazri bin Selamat

Jurulatih:
Encik Mohd Hasry bin Mustakim
Encik Aidil Shamin bin Abd Razak
Encik Mustafa bin Yunos
Encik Khairul Aime bin Mohd Termizi
Encik Taufiq bin Aluddin
Puan Suriati binti Alias
Cik Rohaiza binti Muhd Zin

Caperon :
Cik Siti Hanizan binti Samsuri

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ