03 March, 2012

USIA KE-30 KEJOHANAN MSSD KULAIJAYA MELABURKAN TIRAINYA



ENAM BELAS pingat emas pada hari terakhir kejohanan tidak mampu menjulang SM Foon Yew daripada memintas SMK Tunku Abdul Rahman Putra yang dimahkotakan selaku juara keseluruhan Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-sekolah daerah (MSSD), di Stadium Tenggara, Bandar Tenggara.

02 March, 2012

HARI TERAKHIR KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSS DAERAH KULAIJAYA KALI KE-30 TAHUN 2012

Stadium Tenggara, Bandar Tenggara : 3 Mac 2012

Kunjungan Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya, Tn Hj Fauzan Sukimi ke lokasi kontinjen menyuntik semangat kesukanan kepada seluruh atlit-atlit, pengurus pasukan dan jurulatih. Sebanyak 17 buah sekolah menengah  dan 4 zon terlibat. Turut serta mengiringi beliau ialah Timbalan PPD Kulaijaya, En Shahat Md Shah dan Setiausaha Kejohanan, En Azhar Mohamad.

Pungutan pingat terbanyak pada hari ketiga semalam ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman Putra pada kedudukan paling atas daripada 17 buah sekolah menengah di daerah Kulaijaya setelah memperolehi 22 Emas, 12 Perak dan 9 Gangsa diikuti oleh SM Foon Yew dan SM Tun Hussein Onn dengan pungutan pingat 11E,13P, 11G dan 11E, 7P, 4G masing-masing.

SMK Senai berada pada kedudukan ke-4 dengan pungutan pingat 9E,4P,12G manakala SMK Kelapa Sawit menghampirinya dengan 8E, 9P dan 8 Gangsa kurang satu Emas sahaja.

Tiga buah sekolah lagi yang bersaing hebat pada kelompoknya ialah SMK Indahpura, SMK Sultan Ibrahim dan SMK Kulai Besar. Masing-masing memperolehi 4E,7P, 2G; 3E 4P 6G dan 3E 3P 6G.

Zon Tenggara pada kedudukan tempat pertama dengan memperolehi 6E, 4P dan 4G diikuti rapat oleh pesaingnya Zon Bandar dengan pungutan pingat 5E 2P 4G. Manakala Zon Selatan dan Zon Utara dengan 4E 9P 6G dan  4E 5P 6G masing-masing.

SMK Taman Puteri dan SMK Bandar Tenggara masing-masing hanya dapat mengumpul 1 Emas sahaja pada hari semalam. Sekolah yang masih belum mendapat pingat Emas pada hari ketiga semalam ialah SMK Bandar Tenggara 2, SMK Munshi Abdullah dan SMK Sri Pinang. Kejohanan Balapan dan Padang MSS Daerah Kulaijaya Kali Ke-30 akan berakhir pada hari ini di mana Stadium Tenggara mengukir sejarah tersendiri setelah Stadium Majlis Perbandaran Kulaijaya (MPKu) siap dan digunakan sepenuhnya pada tahun 2009.

KEPUTUSAN KEJOHANAN HARI TERAKHIR
 (jam 12.45 tgh)


KEPUTUSAN KEJOHANAN HARI TERAKHIR
3 Mac 2012
SESI 8



Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-29 tahun lepas.

29 February, 2012

STADIUM TENGGARA - BERMULANYA KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD KULAIJAYA KALI KE-30

29 Februari 2012: Stadium Tenggara - gelanggang atlit untuk cemerlang dalam olahraga.

Stadium Tenggara

Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya dan Penyelia Sukan Daerah
Tn Hj Fauzan Sukimi dan En Abdull Talib Daud
Harapan PPD : Berusaha untuk mengekalkan kejuaraan MSSJ 2012
bermula dari MSSD Kulaijaya hari ini.

Keputusan Hari Kedua, 1 Mac 2012
Klik 1X untuk paparan lebih jelas.
REKOD BARU


Acara : 401 (L18) - 400 M LARI BERPAGAR
1. MUHAMAD HANNAN HANI BIN JOHAN (STARP) - 60.40 s
2. ZAKI AR ROFI B SATAM (SMKS) - 61.60 s
REKOD MSSD 2010 : LEONG CHENG SHENG (SMFY) - 63.03 s

ACARA : 104 (L13) - LOMPAT TINGGI 2012

1. MOHD FAIZAL BIN MOHD YUSOF SMKBT (1.58m)
2. WONG CHUN WEE  SMTHO (1.53 m)
3. NG WEI LE SMTHO (1.53m)

Rekod MSSD Tahun 2011- 1.46m, SMK Tun Hussein Onn.
Rekod MSSJ 2003 -1.68m (Kluang)

Klik 1X untuk paparan lebih jelas
REKOD BARU

Acara : 302 (P15)  LOMPAT TINGGI : FY33 CHANG WEN XIN (1.41m)
Tahun 2009: NORHAYATI BT BEYAMIN (1.40m)

Acara : 303 (L18)- LEMPAR CAKERA (L18) :RP5 AZRI BIN MOHAMAD STARP (40.16 m)
REKOD MSSD 1999 : TEA CHUAN LIANG (SMKKS)

KEPUTUSAN HARI KE-DUA
SESI 4

Sesi ditangguhkan pada jam 5.00 petang.



KEPUTUSAN HARI KE-TIGA
SESI 5

KEPUTUSAN HARI KE-TIGA
SESI 6 (3.30 PETANG)



KEPUTUSAN HARI KE-TIGA
SESI 6 (5.30 PETANG)


Keputusan Rasmi Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-30 Tahun 2012
dikeluarkan oleh Urusetia Kejohanan - SMK Bandar Tenggara

28 February, 2012

28 Februari 2012: SMK Bandar Tenggara- Johan Keseluruhan MSSD Kulaijaya


Pasukan Boling B18 Tahun


Pasukan Boling B15 Tahun




MESYUARAT JK URUSETIA DAN PERANGKAAN

27 Februari 2012: Mempelajari Ilmu Pengurusan Urusetia Kejohanan

En Hisyamuddin Hj Salleh dan Fauzi Bin Ismail
Ketua Urusetia ICT
Pegawai Urusetia dan Perangkaan


Masih belum dikemaskinikan....harap maaf.



Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ