29 April, 2011

Majlis meraikan penyelia kokurikulum ke JPNJ

28 April 2011 - Dayang Damai, IOI Mall


Majlis Perhubungan Kokurikulum Daerah Kulaijaya

Pengerak utama kegiatan kokurikulum di Pejabat Daerah Kulaijaya, Rosli Hussin disambut dalam satu majlis bersejarah bagi menyanjungi tugas rasmi, jasa baik dan pengorbanan beliau dalam menaikkan dan memartabatkan pencapaian kokurikulum di daerah Kulaijaya. 

Pengerusi Majlis Perhubungan Kokurikulum daerah Kulaijaya, Kamalullail Toha berkata, selama ini kita bersama-sama beliau seperti dalam satu keluarga bagi merancang, mengatur dan menggerakkan guru-guru serta murid/ pelajar dari sekolah-sekolah untuk menjayakan program-program di peringkat daerah Kulaijaya. Malah ada yang terlibat dan membawa kejayaan di peringkat negeri Johor dan Kebangsaan di bawah kepimpinan beliau. Tambahnya lagi, kami dan daerah Kulaijaya kehilangan seorang pemimpin yang bercita-cita tinggi dalam meningkatkan pencapaian kokurikulum daerah kecil di negeri Johor ini, terdiri daripada 16 buah sekolah menengah dan 54 buah sekolah rendah. 

Setiausaha Majlis Perhubungan Kokurikulum, Lily Bu Abdullah ditemui berkata, turut hadir dalam majlis tersebut ialah Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya, Elanggovan, pengerusi lama Masaud Baharom dan kepimpinan jawatankuasa GPK Kokurikulum sekolah rendah, Mohd Nor dan Rosnah serta semua Guru Penolong Kanan (GPK) Kokurikulum sekolah menengah.

28 April, 2011

Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri

27 April 2011 - Dewan SMK Bandar Putera, Kulaijaya

Pembahas terbaik *3 dari kiri: Amira Aisya binti Abd Aziz
bersama rakan-rakan dalam Perbahasan Ala Parlimen dari SMK (P) Sultan Ibrahim JB yang telah menyandang piala Menteri Besar Johor Tahun 2011 dan Farawahida * 2 dari kanan (guru pembimbing).

Keputusan pertandingan:

Pertandingan Pesta Pantun
1. Johan : Muar ( SMK Pekan Baru)
2. Naib Johan : Kota Tinggi ( SMK Tun Habab)
3. Ke-3 : Pontian ( SMK Sri Kukup)
4. Ke-4 : Kulaijaya (SMK Bandar Tenggara)
Pemantun terbaik: Fatin Norshahidah binti Giman

Pertandingan  Bahas Ala Parlimen1. Johan : Johor Bahru ( SMK  P Sultan Ibrahim)
2. Naib Johan : Muar ( SMK Maahad Muar)
3. Ke-3 : Segamat ( SMK LKTP Pemanis)
4. Ke-4 : Kulaijaya (SMK Bandar Tenggara)
 Pembahas terbaik : Amira Aisya binti Abd Aziz

Pertandingan Pidato Piala Diraja
1. Johan : Muar (SMK Konvent)
2. Naib Johan : Kulaijaya ( SMK Bandar Putera)
3. Ke-3: Batu Pahat ( SMK  P  Temenggong Ibrahim)
4. Ke-4 : Mersing (SM Sains Sultan Iskandar)

Pertandingan Forum Remaja
1. Johan : Muar ( SM Sains Muar)
2. Naib Johan : Pasir Gudang ( SMKA Johor Bahru)
3. Ke-3 : Segamat ( Sekolah Tinggi Segamat)
4. Ke-4 : Kluang ( SM Tinggi Kluang)

Pengerusi terbaik : Siti Radhiah Mahadhir (SM Sains Muar)
Ahli Forum Terbaik : Muhammad Faris Sadan (SMKA Johor Bahru, Pasir Gudang).

Sumber : SMK Sultan Alauddin, JK Kehakiman
Blogger: SMK Bandar Tenggara/abs

26 April, 2011

Bengkel Pemantapan Pemimpin ARPRM Negeri Johor

24 April 2011 (Ahad) - Kompleks Belia dan Sukan, Johor


Wakil Pengarah Pelajaran Negeri Johor, Azman Ansar menyampaikan ucapan sempena Majlis Penutupan Bengkel Pemantapan Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM)  petang ini.

Turut hadir ialah Penolong Pengarah Rakan Muda JBS, Sidi Latih menutup rasmi bengkel ini, pegawai khas Rakan Muda Kebangsaan, Ann Khatijah Abdullah, Hajjah Supiati Hj Sahuni, JBS Johor, pegawai-pegawai JBS daerah JB Sivamani a/l Manikam, daerah Muar, Ibrahim, Segamat Sufian, GPK Kokurikulum, setiausaha kokurikulum, guru bimbingan dan kaunseling sekolah-sekolah negeri Johor, NGO's, pemimpin-pemimpin belia dan peserta perak dan emas tahun 2011.

Beliau mengingatkan kepada bakal-bakal pemimpin ARPRM supaya "katam" dalam menuntut ilmu, agar falsafah, prinsip dan pelaksanaan ARPRM di sekolah dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

Peserta wanita
Peserta lelaki
__________________________________________________________________


Pengerusi majlis, Sufian Pegawai JBS daerah Segamat,

Pembentangan peserta bengkel.

Mesyuarat Karnival Basikal Lasak Kulaijaya - KECC Kulaijaya

21 April 2011 - Bilik Gerakan Majlis Perbandaran Kulaijaya


Mesyuarat pertama sempena penganjuran program Karnival Basikal Lasak Kulaijaya telah dipengerusikan oleh pegawai daerah Kulaijaya, Tuan Haji Abdul Malik Hj Ismail.

Pengerusi Kelab Basikal Kulai, Rahman Ismail telah diberikan kepercayaan untuk membentangkan penganjuran program yang besar tahun ini. Sebanyak 21 agensi keranajaan dan bukan kerajaan turut hadir.

Pasukan Polo Basikal, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, telah dijemput untuk mengadakan pameran dan demonstrasi pada 12 Jun 2011 di Hutan Bandar Bandar Putera Kulaijaya. Pengerusi Kelab Polo Basikal SMKBT, Ahmad Survi membentangkan sukan polo basikal dari segi sejarah, peralatan, undang-undang dan perkembangan sukan ini di Malaysia.

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat daerah Kulaijaya

Kulaijaya, 21 April 2011


SMK Bandar Tenggara telah berjaya menempatkan diri dalam Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Kualaijaya pada 21 April 2011 setelah berjaya mendapat naib juara dalam kategori NGO dan KRS.
Pasukan Pengakap (L)  dan KRS (L) telah diduga mendapat tempat setelah pasukan tersebut mempamerkan persembahan yang mantap. Tidak ketinggalan Pasukan Renjer Puteri juga menjadi naib juara walau pun buat kali pertama mewakili sekolah ke pertandingan peringkat daerah.


Sedang dikemaskinikan....  

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ