08 January, 2011

PENGAWAS SEKOLAH - Taklimat ARPRM 2011

8 JANUARI 2011 (SABTU)

Pengurusan Hal Ehwal Murid SMK Bandar Tenggara menganjurkan kursus kepimpinan kepada pengawas-pengawas sekolah Tahun 2011 bermula pada jam 8.30 pagi ini. GPK Hal Ehwal Murid sekolah ini ialah Puan Hajjah Muzayanah binti Sumrah.

Sesi pertama: Taklimat Disiplin oleh En Shamsul Ihtihsham bin Musa, Guru Disiplin Sekolah. Kemudian diikuti dengan taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) yang disampaikan oleh En Ahmad bin Survi, Pemimpin ARPRM sekolah.

Masa : 11.00 pagi - 12.30 tengahari.
Slot 1: Pengenalan apa itu ARPRM ?.
Slot 2: Konsep dan Falsafah.
Slot 3 : Pelaksanaannya di sekolah.
Slot 4. Pendaftaran keahlian- ARPRM
Sesi taklimat berhenti pada jam 12.30 tengahari.

Menurut En Ahmad Nazri bin Selamat, kursus ini penting untuk memberikan kesedaran kepada pengawas akan tanggungjawabnya sebagai ahli lembaga pengawas. Penekanan diberikan kepada penampilan diri, cara membuat teguran, tegas dalam melaksanakan tugas, cara membuat laporan dan maklumat kepada guru disiplin.

Peserta seramai 55 orang. Turut hadir guru-guru disiplin sekolah.

06 January, 2011

Pengurusan Kokurikulum Tingkatan 6 - Pendaftaran Baru

En Zolkeplee bin Jemadar selaku penyelaras pengurusan kokurikulum Tingkatan 6, SMK Bandar Tenggara mencadangkan penubuhan Pasukan Unit Beruniform, Persatuan/ Kelab dan Sukan/ Permainan yang baru bagi Tingkatan 6 tahun 2011.



PROSES PENDAFTARAN BARU:

1.   Menulis surat kepada pengetua untuk kelulusan penubuhan persatuan/ kelab/ unit beruniform.Bersama-sama surat tersebut sila lampirkan dokumen seperti di bawah :-
     
       - Senarai nama jawatankuasa penaja.
       - Perlembagaan persatuan.
       - Draf  aktiviti tahun 2011
      
       * Sebelum mesyuarat agung.

2.   Surat kelulusan penubuhan  persatuan baru daripada pihak pendaftar (Pengetua).

Selepas kelulusan tersebut, barulah persatuan itu disahkan wujud di sekolah dan boleh memohon peruntukan kokurikulum bagi menjalankan aktiviti yang dirancang.

04 January, 2011

Taklimat 10 % Markah Kokurikulum Sebagai Syarat Kemasukan Ke-IPTA

Taklimat 10 % markah kokurikulum dimulakan dengan taklimat pasukan unit beruniform oleh Khairulnizam bin Yusof, seterusnya persatuan dan kelab oleh Ahmad Nazri bin Selamat, penyelaras sukan dan permainan dan akhirnya diikuti dengan taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Sekolah (ARPM ) oleh En Ahmad bin Survi, GPK Kokurikulum SMK Bandar Tenggara.

Murid/ pelajar seramai 800 orang berada di dalam Dewan Permata. Semua guru turut hadir. Tentatif pada hari ini dimulakan dengan :-
1. Nyanyian lagu negeri Johor
2. Lagu sekolah
3. Bacaan ikrar
4. Bacaan doa
5. Penyampaian sijil dan hadiah.
6. Taklimat pasukan unit beruniform
7. Tarian Zapin
8. Taklimat kelab dan persatuan
9. Tayangan video klip
10. Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Sekolah (ARPRM).
11. Nyanyian lagu Negaraku.
12. Bersurai.

Taklimat Kokurikulum - Timgkatan Satu 2011

Program Orientasi Murid Tingkatan 1 dan 4 yang telah dilaksanakan oleh Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling berjalan seperti yang dirancang. Program tersebut adalah di bawah Pn Salmah bin Othman dan Tuan Hj Khairudin Abu Nawas, Kaunselor SMK Bandar Tenggara.

Pada hari ini, 4 Januari 2010, Taklimat Kokurikulum telah disampaikan oleh Ahmad bin Survi, GPK Kokurikulum. Beliau menyentuh dari aspek, dasar kokurikulum, konsep dan pelaksanaannya di sekolah.

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ