08 March, 2011

Perlawanan Bola Sepak MSSD Kulaijaya - Lelaki 18

5 Mac 2011- Padang SMK Bandar Tenggara

SMK Bandar Tenggara 2 telah mara ke pertandingan  suku akhir dalam Kejohanan Bola Sepak MSSD Kulaijaya setelah muncul menjadi juara dalam kumpulan D. Aidil Nur Zainal, pengurus pasukan ditemui berkata, kejayaan sekolah SMKBT 2 telah diduga lebih awal lagi apabila berjaya mengalahkan SMKBT dengan aggregat 3-1, SMK Sultan Alauddin, Felda Bukit Besar 4-0 dan seri dengan SMK Sri Pinang 2-2. Katanya lagi, strategi, kesefahaman dan kesungguhan semua pemain menjadi tunggak utama kejayaan tersebut. Memastikan semua pemain mempunyai satu tujuan iaitu menjadi juara.

Pasukan kedua yang akan mara ke peringkat suku akhir ialah SMK Bandar Tenggara. Kekalahan pada perlawanan pertama dengan SMKBT2 tidak mematahkan semangat pemain-pemain untuk terus berjaya. Ahmad Nazri Selamat, pengurus pasukan menaruh harapan kepada anak buahnya bahawa kejayaan seterusnya perlu dilakar untuk terus mara ke peringkat akhir.

SMK Bandar Tenggara 2 (BT2)
Pengurus: Aidil Nur Zainal, Jurulatih : Mohd Fadeli Saari.

SMK Bandar Tenggara (BT)
Pengurus : Ahmad Nazri Selamat, Jurulatih : Aidil Shamin Abd Razak, P/Jurulatih : Abd Rohim Rahman
SMK Sultan Alauddin (SSA)
Jurulatih : Mohd Azran Mustapa

SMK Sri Pinang (SP)
Pengurus : Mohd Nor Tukiman, Jurulatih : Johan Mohd Nasir

Urusetia Pertandingan:
Norsyahnizan Seyasah

Keputusan pertandingan :
Hari Pertama :
SMKBT (1) VS SMKBT 2 (3)
SP (0) VS SSA (0)

Hari Kedua :
SP (2) VS BT2 (2)
BT (3) VS SP (2)
BT (1) VS SSA (0)
BT2 (4) VS SSA (0)

Keputusan :
Juara kumpulan - SMK Bandar Tenggara 2.
Naib Juara - SMK Bandar Tenggara.

Peringkat Suku Akhir
SMKBT (1) vs SMK Senai (3)
SMKBT2 (3) vs SSI (3)
- Pinalti : SSI berjaya mengalahkan SMKBT 2.
Gambar-gambar digital.
Meja urusetia

penonton.

pelajar asrama SMKBT2
pelajar-pelajar smkbt

Krew Pendokumentasian - MSSD Kulaijaya

Kulaijaya- 4 Mac 2011

Kejayaan penganjuran Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kulaijaya Kali Ke-29 turut dikongsi sama oleh krew penggambaran dan pendokumentasian yang diketuai Hafilah Hj Hamzah. Seramai 9 pelajar dari SMK Bandar Tenggara telah memulakan tugas pada hari pembukaan hinggalah hari keempat di Stadium  Mini MPKu Kulaijaya.





Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ