Bola Baling, Petanque dan Sepak Takraw
Shamsul Ihtihsham Musa, jurulatih bola baling |
Kata beliau, " Ahli-ahli kelab, serta pemain perlu diperkenalkan dengan perkara-perkara asas dalam permainan bola baling, umpamanya; saiz bola, saiz gelanggang, ketinggian tiang gol, bilangan pemain dan pengadil. Penguasaan ilmu perlu diterapkan seawal mungkin agar mereka menghayati permainan tersebut sebelum aktif serta terpilih mewakili sekolah ke pertandingan peringkat daerah dan negeri."
Modul permainan Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) seperti bola baling yang diterbitkan oleh Unit Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) banyak memberi menafaat kepada semua jurulatih di peringkat sekolah.
Turut hadir pada hari Selasa di bawah Program Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) sekolah ialah penolong jurulatih bola jaring, Siti Hanizan Samsuri, dan guru-guru pembantu, Khairani Mohd Kator, Anili Fasha Mahadi dan Norazila. Jurulatih petanq, Hasry Mustakim dan Ainezah Asni serta jurulatih sepak takraw, Asmawi, Taufiq Aludin dan Khairulnizam Mohd Yusof.
Ainezah bersama pemain petanq |
Hasry Mustakim bersama pemain petanq |
No comments:
Post a Comment