20 Februari 2013: SM Vokasional Indahpura
|
Pengadil, Zani dan Haslinda dalam pertandingan akhir Foto oleh Ahmad Nazri Selamat |
Pertandingan yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dengan kerjasama SM Vokasional Indahpura mendapat sambutan baik daripada 16 buah sekolah menengah di daerah Kulaijaya. Tujuan utama pertandingan seperti ini diadakan ialah untuk memupuk kreativiti pelajar dalam membina kosa kata. Seterusnya dapat melahirkan pelajar yang berketrampilan dalam penguasaan bahasa Melayu.
|
Kabir dan Arsyad peserta dari SMK Bandar Tenggara |
Guru pengiring SMK Bandar Tenggara, Ahmad Nazri Selamat ditemui berkata, Muhammad Arsyad Syakirin Azman terkandas di pusingan suku akhir
manakala Muhammad Khabir Izad Zamri berjaya ke pusingan separuh akhir, namun
terpaksa akur dengan kehebatan peserta sekolah lain. Peringkat akhir telah diwakili oleh empat peserta, dua daripadanya dari SMK Bandar Tenggara 2 dan selebihnya dari SMK Bandar Putra.
Katanya lagi, SMK Bandar Tenggara 2 meraih dua tempat iaitu johan dan tempat ketiga manakala naib johan disandang oleh SMK Bandar Putra.
|
Pertama, SMK BAndar Tenggara 2 |
|
Kedua, SMK Bandar Putra |
|
Ketiga, SMK Bandar Tenggara 2 |
No comments:
Post a Comment