12 May, 2012

MAJLIS PENUTUPAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT NEGERI JOHOR AGENSI KERAJAAN (GO) LELAKI TAHUN 2012


9 Mei 2012 : SMK KOTA KULAI, KULAIJAYA

Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Johor
Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil
Gambar oleh: Taufieq Aluddin, SMK Bandar Tenggara

Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Johor, Tuan Hj Kamarudin Mohd Tahir menutup rasmi Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Agensi Kerajaan Kategori Lelaki Peringkat Negeri Johor Tahun 2012 di SMK Kota Kulai, Kulaijaya, Johor petang ini.

Sekolah Menengah Agama (SMA) Maahad, Muar muncul juara dalam pertandingan kawad kaki kali ini. Ketua platun, Pasukan Kadet Polis Muar, Muhammad Afif Baihaqi Abdul Karim, ditemui berkata pasukan sekolahnya pernah menjadi johan peringkat kebangsaan kategori disiplin terbaik dua tahun lepas. Semangat inilah yang menjadi pendorong bagi diri dan pasukannya untuk membuktikan sekali lagi bahawa disiplin, kesungguhan dan ketabahan menjadi tunggak utama untuk mencapai sesuatu kejayaan. Tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM), SMK Tasik Utara, Johor Bahru dan  SMK Tun Habab, Kota Tinggi. Ketua platun terbaik disandang oleh Muhammad Auzaie Abd Shukor, dari Sekolah Menengah Tinggi yang mengetuai Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) daerah Batu Pahat.


Turut hadir dalam majlis perasmian penutup tersebut ialah Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya, Shahat Md Shah, Pengetua SMK Kota Kulaijaya, Rahmah Sulaiman, Penyelia Kanan Unit Beruniform Jabatan Pelajaran Johor (JPNJ), Rosli Tumiran, Pengerusi Teknik Pertandingan Kawad Kaki Negeri, Mohd Khir Hj Muda, Penyelia Kokurikulum Daerah Kulaijaya, Johan Hj Nasir, Ketua Hakim, Abd Jalil Buyadi, penyelia kokurikulum daerah, pengetua dan semua penolong kanan kokurikulum Kulaijaya.
Intipati ucapan Ketua Unit Kokurikulum,
1. Tahniah kepada Ahli Jawatankuasa penganjur, PPD Kulaijaya dan semua peserta.
2.  Harapan : Penglibatan bukan sekadar untuk menyertai pertandingan. Persiapan rapi.
3. Pengalaman berguna untuk masa hadapan yang cemerlang.
4. Tahniah kepada semua yang terlibat.

9 Mei 2012: SMK Kota Kulai Kulaijaya.

Keputusan Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri Johor Kategori Agensi Kerajaan (GO- Lelaki) Peringkat Negeri Johor Tahun 2012.
Johan -Pasukan Kadet Polis,
SMK Agama, Maahad, Muar

Ketua Platun Kadet Polis Muar
Muhammad Afif Baihaqi Abdul Karim
Nama Sekolah : SMK Agama, Maahad Muar.
Ketua Platun: Muhammad Afif Baihaqi Abdul Karim
Guru Penasihat dan guru pengiring.
Pn Asniza Awang, Pn Juhaina Zailan dan Ustaz Omar Salleh.

Pencapaian:
1. Tahun 2010: Johan Daerah Muar, Johan Peringkat Negeri dan
    Johan Peringkat Kebangsaan (disiplin terbaik).
2. Tahun 2011: Johan Daerah Muar.
3. Tahun 2012: Johan Daerah Muar dan Johan Peringkat Negeri.




Naib Johan- Daerah Johor Bahru
SMK Tasik Utara
Ketua Platun Johor Bahru
Muhammad Azizan Baharudin

Nama Sekolah : SMK Tasik Utara, Johor Bahru.
Ketua Platun: Muhamad Azizan Baharudin
Guru Penasihat dan guru pengiring:
Pn Siti Sarah Mohd Noh, Azlin Padullah dan Jasni Zaini.

Pencapaian:
1. Tahun 2007: Johan Peringkat Negeri.
2. Tahun 2012: Johan Daerah Johor Bahru.

No comments:

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ