13 May, 2012

SMK BANDAR TENGGARA JUARA TAHUN 2012

13 Mei 2012: Dewan SMK Senai, Kulaijaya

Ustaz Zuraimi Hamidun (SMKBT), memegang piala kejohanan badminton
peringkat daerah Kulaijaya Tahun 2012
Pertandingan Badminton merebut Piala Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Kulaijaya diilhamkan oleh mantan PPD, Hj Fauzan Sukimi, bermula pada tahun lepas mendapat sambutan yang menggalakkan daripada 16 buah sekolah menengah dan 52 sekolah rendah di daerah Kulaijaya tahun ini. Sejajar dengan tema Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara, Majlis Perhubungan Pemimpin Pelapis Pendidikan (M4P), telah berjaya menganjurkan pertandingan ini bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Putra dan SMK Senai.

Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Kulaijaya, Shahat Md Shah dalam ucapan perasmian penutup, di Dewan SMK Senai mengucapkan terima kasih kepada pengerusi M4P Sekolah Menengah dan Rendah, Misri Thariano dan Nordin Abd Rahman, pengetua SMK Bandar Putra dan SMK Senai serta jawatankuasanya kerana telah berjaya mencungkil bakat-bakat baru disamping pemain-pemain hebat yang sedia ada untuk diketengahkan pada kejohanan yang lebih besar.

Katanya lagi, tahniah kepada semua pemain dan syabas kepada pasukan SMK Bandar Tenggara di bawah pengurus pasukan, Zulkifli Jaafar yang berjaya menjadi juara mengalahkan SK Kulai dan SMK Senai untuk mara ke peringkat suku akhir pada pusingan awal dan menumpaskan SMK Kota Kulai pada pertandingan akhir. Pertandingan seumpama ini menunjukkan bahawa guru-guru perlu cergas, aktif dan berinovatif selaras dengan tema sambutan hari guru peringkat kebangsaan.

Turut hadir dalam pertandingan akhir pada petang ini ialah pengetua SMK Kota Kulai, Rahmah Sulaiman, penolong-penolong kanan sekolah menengah, Khairuddin Mustapha, Rahmat Baharudin, Baharom Husin, Bahrin, Surina Abd Jalil, jurulatih-jurulatih dan jawtankuasa M4P daerah Kulaijaya.

Pengurus pasukan badminton SMK Bandar Tenggara, Zulkifli Jaafar ditemui berkata pemain-pemain yang hebat sahaja bukan satu ukuran untuk mencapai kejayaan. Sebaliknya, strategi yang jitu, mantap dan perbincangan antara pemain dan jurulatih adalah penting, di mana kekuatan dan kelemahan pasukan pihak lawan perlu dikaji, diselidiki dan dibuat perbandingan sebelum memulakan pertandingan.

Penolong pengurus pasukan, Hamzah Rahman Soriat, berkata semangat juang dan kesungguhan yang tinggi yang ditunjukkan oleh regu pertama, Zuraimi Hamidun dan Ruhaizad Hj Redwan, dalam perlawanan akhir menggembirakan saya. Akhirnya menang pada set ketiga sebelum menjadi juara. Walau pun regu kedua kami, Ruhaiza Md Zain dan Siti Hanizan menerima kekalahan. Namun  regu ketiga, Ahmad Survi dan Rohim Abd Rahman membawa satu mata menjadikan SMK Bandar Tenggara menang dua berbalas satu. Tahniah kepada semua pemain.

PUSINGAN PERTAMA:
SMK BANDAR TENGGARA (3) vs SMK SULTAN ALAUDDIN (2)
SMKBT (3) vs SMK INDAHPURA (2)

SUKU AKHIR:
SMKBT (2) vs SK POLIS KEM (1)

SEPARUH AKHIR:

SMKBT (2) vs SMK SENAI (1)


AKHIR:
SMKBT (2) vs SMK KOTA KULAI (1)

No comments:

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ