Bandar Tenggara : 1 Februari 2012
Pasukan Badminton Sekolah
Pertandingan Badminton Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah (MSSD) Kulaijaya di Dewan SMK Bandar Putra bermula baik pagi ini. Pengurus pasukan Zulkifli Jaafar, ditemui berkata, tiga orang pemain perseorangan sekolah telah berjaya ke pusingan kedua dan seorang mara ke suku akhir.
Hari terakhir 3 Februari 2012, pasukan beregu P15 tahun berjaya masuk ke peringkat suku akhir dan kalah kepada SM Foon Yew di peringkat separuh akhir. Manakala pasukan L18 tahun juga berjaya ke suku akhir, terus melayakkan diri ke pertandingan separuh akhir dan kalah dengan SM Foon Yew, 21-7, 21-8 di peringkat akhir.
Turut hadir pada hari terakhir kejohanan tersebut ialah GPK Kokurikulum, Ahmad Survi yang menyaksikan pertandingan suku akhir beregu P15 tahun.
Ucapan tahniah kepada pengurus pasukan, Zulkifli Jaafar, jurulatih, Hamzah Rahman Soriat dan Ruhaizah Muhd Zain yang telah melatih, membantu pemain-pemain sekolah dan memberikan komitmen yang tinggi dalam pengurusan sukan badminton sekolah.
Tahniah juga kepada semua pemain badminton sekolah. Kejayaan anda adalah kejayaan sekolah. Teruskan usaha untuk menjadi pemain yang cemerlang dalam Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia, 1Murid 1Sukan.
Senarai nama pemain badminton sekolah (Hari Ke-3).
Lelaki/Perempuan 15 Tahun
1. Muhd Saiful Abdul Rahman 3I (Kasturi) - Bergu Ke-2.
2. Muhammad Haikal Rosnizam 3D (Jebat) - B2
3. Muhammad Ismail M. Tokiran 3D (Lekir) - B1
4. Daranisha a/p Ravindran 2D (Tuah)- Perseorangan 1, Bergu 1
5. Yashini a/p Balasubramaniam 2I (Kasturi)- B2
6. Kirthanadewi a/p Perumal 2I (Tuah)- B1, P1
7. Nabilah Huda Mazlan 2D (Tuah) - P1, B2
8. Mohamed Alif Mohd Zamri 3D (Jebat)- P2, B2
Lelaki/Perempuan 18 Tahun
1. Zafira Erna Khamis 4M (Kasturi) - Perseprangan Ke-2. Bergu Ke-2
2. Nur Azlin Mohd Ali 4B (Tuah) - B2
3. Nurfarhana Abd Mutalib 4B (Kasturi)- P1, B2
4. Muhamad Nasiruddin Kamarudin 6AD (Kasturi) - P2, B1
5. Nurul Shamella Tamirin 6AB (Kasturi) - B2