12-13 Oktober 2014 : Kompleks Belia dan Sukan JB (KomBeS).
Selaku wakil peserta, Ahmad Survi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor kerana memberi peluang kepada semua peserta bengkel mengikuti kursus tahap Emas ini.
Peserta-peserta menerima taklimat dan teknik membuat kertas kerja tahap Emas oleh Puan Ain Khatijah, Penolong Pengarah Rakan Muda Kebangsaan, Putrajaya dan kemudian membentangkan di hadapan peserta bengkel dan ahli-ahli panel.
Bengkel Pengurusan Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) tahap Emas yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Johor Bahru dimulakan dengan ucapan dan taklimat ringkas daripada Puan Hjh Supiati Sahuni, Pegawai Rakan Muda Negeri Johor.
|
Pn Hjh Supiati Sahuni, Pegawai Rakan Muda Negeri Johor |
Matlamat utama program ini ialah untuk melahirkan peserta-peserta tahap Emas yang diiktiraf di peringkat Malaysia dan antarabangsa. Tegas beliau lagi, pendedahan dan kefahaman guru-guru pembimbing di sekolah, pengerak rakan muda, badan-bandan NGO's mengenai halatuju dan pelaksanaan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda adalah amat penting bagi merealisasikan impian golongan remaja yang berumur di antara 14 hingga 25 tahun.
Antara kelebihannya apabila mengikuti program ini ialah peserta di peringkat sekolah, mendapat markah bonus dalam penilaian 10% markah kokurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia, menerima pengiktirafan daripada
Badan Berkuasa Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Malaysia dan pengiktirafan daripada badan antarabangsa iaitu
The Duke of Edinburgh's International Award.
Disamping itu bengkel seperti ini dapat mengujudkan jaringan hubungan di antara pemimpin, mentor, jurulatih Badan Operasi di peringkat sekolah, daerah dan badan berkuasa Anugerah Peringkat Kebangsaan.
Turut hadir dalam bengkel tersebut ialah Puan Khatijah Abdullah, Pegawai Rakan Muda Peringkat Kebangsaan, En. Ravichandran, setiausaha MAGAA, Cikgu Mohd Haris Mohd Dol, perintis program ARPRM di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Johor serta pegawai-pegawai belia daerah dan guru-guru pemimpin.
|
Pn Khatijah Abdullah, Penolong Pengarah Rakan
Muda Kebangsaan, Putrajaya |
|
En Ravichandran a/l Balasubsamaniam, Setiausaha MAGAA,
Ahli Jawatankuasa Antarabangsa bagi Rantau Asia Pasifik |
|
Cikgu Mohd Haris Mohamed Dol, Pemimpin ARPRM Peringkat Kebangsaan, berkongsi pengalaman beliau semasa melaksanakan program ini di SMK Bandar Putra Segamat |
Berkongsi pengalaman dengan pemegang tahap Emas 2013.
Klik baca lagi
Sesi perkongsian ilmu dan pengalaman.
|
Forum peserta Emas 2013 |
Maizatul Nur Amalina Mohd Isa, peserta Emas dari Kluang, menceritakan pengalaman beliau menyempurnakan tahan Emas selama satu tahun setengah dan membuat projek penempatannya di Limbang, Sarawak. Mentor Maizatul merupakan seorang pegawai dari JBS daerah Kluang iaitu Encik Sariman Hj Mohamad.
Tiga lagi peserta Emas dari Persatuan Belia Cergas Pontian yangterdiri daripada Chong Lim Ming, Leu Lee Yan dan Lee Ng Ge juga menceritakan pengalaman beliau ketika menyempurnakan tugasan pada tahap Emas. Encik Ibrahim Bujang, pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan daerah Segamat, mempengerusikan majlis forum bersama pemimpin-pemimpin ARPRM, menghidupkan suasana forum pada hari ini.
akala En. Ravichandran, menutup sesi forum dengan membuat kesimpulan bahawa program ini banyak membantu peserta untuk lebih berdaya maju dalam membentuk modal insan yang memberi impak yang besar kepada perkembangan individu itu sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara serta pengiktirafan yang tinggi yang diberikan oleh The Duke of Edinburge, United Kingdom menjadi pendorong kepada setiap peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.
Akhirnya beliau mengungkapkan kata-kata ini iaitu mereka yang lahir melalui proses seumpama ini mempunyai kualiti yang tinggi dalam bidang kepimpinan yang akan menggantikan pemimpin-pemimpin negara pada satu masa nanti.
|
Pembentang kerta kerja program tahap Emas |
Program Rakan Muda Tahap Emas 2013
|
En Arif Redwan , En. Rahman Salleh dan En. Ahmad Survi bersama Pn Hjh Supiati Sahuni, Rakan Muda Peringkat Negeri Johor, En Ravichandran (ikon ARP Rakan Muda dan Pn Ann, Putrajaya, |
No comments:
Post a Comment