05 May, 2014

BOLING TEN PIN MSSD KULAIJAYA 2014

19 dan 20 Februari 2014 : Diamond Bowl Johor Bahru

Pasukan Ten Pin Boling sekolah
Kejohanan Boling 10 Pin Peringkat Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya kategori 15 dan 18 tahun telah diadakan di Gelanggang Bowl Daiman Johor Bahru. Pengetua SM Vokasional Indahpura menutup rasmi kejohanan tersebut.

Jurulatih Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, Mohd Asmawi Ab.Rashid dan Azlina Abu Bakar ditemui berkata sekolah kita menjadi naib johan keseluruhan pada tahun ini.

Muhammad Asyraf Solihin bin Azman, dari  SMKBT mendapat tempat ketiga dengan jatuhan pin sebanyak 801 mata berbanding Mohammad Azwan bin Zainudin (946) yang mendapat tempat pertama dari SMK Tunku Abdul Rahman Putra dan 809 mata yang diperolehi oleh Muhammad Deenal Afnan bin Zaidee dari SMK Bandar Putra yang mendapat tempat kedua.

Manakala rakan-rakan di bawah kategori 15 tahun (lelaki) yang terdiri daripada Muhammad Rafiuddin Afiq bin Md Ruzaidi memperolehi jatuhan pin sebanyak 591, Saiful Hasraff bin Saiful Bahri (570), Izzul Iman bin Abdul Razak (551).

Kategori perempuan pula, Hazirah binti Shamsul Ihtihsam mendapat tempat ketiga dengan 696 mata, berbanding Intan Nurhamiza binti Mohd Hanif tempat pertama dari SMK Kangkar Pulai memperolehi 919 mata, dan Shafiwah binti Kamsani tempat kedua dari SMK Kulai Besar memperolehi 915 mata.

Manakala rakan-rakan di bawah kategori 15 tahun (perempuan) yang terdiri daripada Nurul Afiqah Najwa binti Mohd Zubir memperolehi 472, Nurul Athirah binti Johar 419 mata dan Wardatul Izzah binti Mohamat Razillah 378 mata.

Kategori 18 tahun, Khairunnisa Abdul Rashid mendapat tempat kedua dengan 774 mata berbanding Nur Syahirah Abdul Latip 990 yang mendapat tempat pertama dari SMK Bandar Tenggara 2. Manakala Muhammad Asyad Syakirin bin Azman  mendapat jatuhan pin sebanyak 849 mendapat tempat keempat kategori lelaki 18 tahun. 

Link dan muat turun fail :-
1. KEPUTUSAN PERTANDINGAN
2. SMKBT JUARA KESELURUHAN 2013

No comments:

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ