Wakil Rasmi PPD Kulaijaya |
Seorang pelajar tingkatan enam dan seorang lagi pendidikan khas iaitu Adam Azman dan Abdul Latif Jalil telah dinobatkan sebagai Tokoh Kokurikulum tahun ini kerana cemerlang dalam bidang Persatuan/ Kelab serta Sukan/ Permainan sehingga berjaya mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
Wakil rasmi Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya, Elanggovan a/l Savarimuthu mengucapkan tahniah kepada penerima-penerima anugerah cemerlang kokurikulum. Beliau kagum dengan sekolah kerana berjaya menunjukkan prestasi cemerlang dalam pengurusan kokurikulum serta banyak kejayaan telah dapat dicapai sepanjang tahun ini. Katanya lagi, memang wajar sekolah ini menjadi rujukan kepada Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya.
Pada hari yang sama, seramai 134 orang pelajar telah dianugerahkan pingat Gangsa oleh Kementerian Belia dan Sukan di bawah program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Penganugerahan pingat itu telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Rakan Muda Negeri Johor, Cik Noremelia Rosla.
Baca lagi ...Hari Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM)
Turut hadir dalam majlis yang gilang gemilang itu ialah Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru; Haji Baharudin Md Sham, Pegawai Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru;Halim Md Isa, Penolong Kanan (PK) Pentadbiran; Anim Mohamad Jaib, PK Hal Ehwal Murid; Rashid Muhidin, PK Kokurikulum; Ahmad Survi, PK Tingkatan Enam; Mohd Pozi Kemin, ibu bapa, guru-guru dan pelajar-pelajar.
BACA LAGI
No comments:
Post a Comment