YB Tuan Hj Md Jais Sarday |
Penganjuran majlis pertauliahan tahap Perak buat kali ke-3 tahun ini adalah kerjasama Kerajaan Negeri Johor, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Majlis seumpama ini menjadi satu motivasi kepada murid/pelajar sekolah untuk bergiat aktif dan berfokus dalam semua aktiviti kokurikulum di sekolah masing-masing.
Program ini lebih dikenali dengan nama the International Award for Young People dan telah dilaksanakan di 132 buah negara dengan penyertaan lebih tujuh (7) juta belia di seluruh dunia.
Pemimpin ARPRM Sekolah, Ahmad Survi, Hafilah Hamzah, Hjh Muzayanah Sumrah dan Noraziah Shafie |
Pemimpin ARP Rakan Muda Sekolah, Ahmad Survi ditemui berkata penilaian 10% markah kokurikulum adalah penting kepada semua murid dan pelajar. Bermula daripada tingkatan satu hinggalah tingkatan enam atas diwajibkan untuk terlibat dalam unit pasukan beruniform, kedua persatuan/ kelab dan ketiga sukan/ permainan.
Katanya lagi, purata dua markah tertinggi daripada 3 elemen kokurikulum itu akan dicampurkan dengan markah tambahan (bonus). Ini termasuklah markah bonus yang diperolehi oleh murid/pelajar jika mereka menyertai badan organisasi sekolah seperti pengawas atau pusat sumber atau majlis perwakilan pelajar dan lain-lain organisasi sekolah.
Program ARP Rakan Muda juga merupakan salah satu penyumbang kepada markah bonus murid/pelajar seperti mana yang termaktub dalam Buku Panduan Penilaian 10% Markah Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Oleh yang demikian pencapaian mereka dalam 10% markah kokurikulum bagi tahun semasa mungkin akan meningkat daripada pangkat C kepada B atau B kepada pangkat A.
Tambahnya lagi, murid Tingkatan Satu (1) sekarang ini dinilai dengan lebih adil dan terperinci secara 'online' dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Berita Majlis Penganugerahan Tahap Perak 2012
Penyelia Kokurikulum, Daerah Kulaijaya, Johan Hj Nasir bersama isteri dan anaknya penerima tahap Perak 2012 |
Nur A'fizah Zulcaplele antara penerima tahap Perak termuda tahun ini. |
Penerima pingat tahap Perak 2012 |
wajah-wajah ceria |
Menunggu giliran untuk pertauliahan |
80 penerima anugerah tahap Perak 2012 |
Barisan guru pemimpin ARPRM SMK Bandar Tenggara |
No comments:
Post a Comment