14 Julai 2012: SMK Tun Mamat, Tangkak Muar
Kejayaan cemerlang pasukan pembahas dari SMK Bandar Tenggara di bawah bimbingan Hafilah Hamzah pada Karnival Pelajar Prauniversiti Ke-5 Peringkat Negeri Johor menaikkan lagi nama sekolah di peringkat negeri apabila menjuarai pertandingan bahas buat kali pertama tahun ini.
Muhammad Haffiz M.Ramlee (kiri), selaku Perdana Menteri (ketua pembangkang) telah muncul sebagai pembahas terbaik peringkat negeri Johor sekali gus menaikkan nama daerah Kulaijaya.
Manakala Adam Azman dinobatkan sebagai pemidato terbaik peringkat negeri Johor dalam karnival tersebut. Adam akan mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan di Selangor nanti.
Tajuk perbahasan pada peringkat akhir ialah "Modal insan berkualiti lahir daripada disiplin kendiri yang tinggi" berjaya dibidas dengan baik oleh pasukan pembangkang yang terdiri daripada Nurul Shazwanie Nordin (menteri kedua), Nurul Ain Ismail (menteri ke-3) dan Mohamad Azrin Mohamad Baharudin (menteri ke-4) sekali gus menewaskan pasukan pencadang dari daerah Muar selaku pihak kerajaan. Turut menjadi pembangkang dan membantu pasukan sekolah sehingga menjadi juara ialah Amirul Eakmal Ibrahim, Izzati Ahmad Kamar dan Khairunnisa Amani Khairudin.
Guru pembimbing, Hafilah Hamzah ditemui berkata, buat kali pertama dalam sejarah, pihak pembangkang berjaya mengalahkan pihak pencadang melalui sesuatu pertandingan. Katanya lagi, kejayaan ini adalah disebabkan ketajaman fikiran setiap pembahas sekolahnya, mematahkan hujah-hujah bernas dari pihak pencadang. Sebelum itu pihak pembangkang membuat beberapa kajian melalui pelbagai media, bahan cetak dan sumber daripada internet. Fakta-fakta tersebut diperdebatkan di kalangan mereka sendiri dan mencari idea terbaik untuk membidas.
Pengarah Pelajaran Johor, yang berusaha Mohd Nor A.Ghani telah merasmikan Karnival Pelajar Prauniversiti Ke-5 Peringkat Negeri Johor. Turut hadir Pengerusi Majlis Perhubungan Pengetua Tingkatan Enam Johor, Hj Rozali Jemali.
Turut sama membantu pasukan sekolah dalam mencapai kejayaan cemerlang itu di peringkat negeri Johor ialah guru-guru Tingkatan Enam, Zahiah Hamzah, Faridah Abdullah, Hamzah Rahman Soriat dan Hjh Muzayanah Sumrah yang berpengalaman dalam bidang bahas dan pidato.
KEPUTUSAN PERBAHASAN:
Johan : Kulaijaya
Naib Johan : Muar
Johan Bahas PraUniversiti Peringkat Negeri Johor dari pasukan SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya |
Adam Azman (kiri), Juara Pidato Peringkat Negeri dari SMK Bandar Tenggara |

Guru, pembahas, pemidato bersama wakil PPD Kulaijaya |
Pemidato, pembahas bersama Hjh Muzayanah Sumrah, Hafilah Hamzah, Zahiah Hamzah dan Hamzah Rahman Soriat |
Johan : Kulaijaya
Naib Johan : Kota Tinggi
Ketiga : Segamat
Keempat: Pontian
KRONOLOGI KEJAYAAN SEKOLAH (KULAIJAYA)
NAIB JOHAN : Muar
KRONOLOGI KEJAYAAN SEKOLAH (KULAIJAYA)
Tarikh : 11 Julai 2012
Tajuk : Aktiviti Kokurikulum Membentuk Jati Diri Pelajar PraUniversiti.
Pencadang : Kulaijay
Pembangkang : Pasir Gudang

Tarikh : 13 Julai 2012 - SUKU AKHIR
Tajuk : Pelaburan asing Penjana Ekonomi Negara
Pencadang : Kulaijaya
Pembangkang : Batu Pahat.

Tarikh : 14 Julai 2012 - SEPARUH AKHIR
Tajuk : Perpaduan Asas Kemenjadian Bangsa Malaysia.
Pencadang : Kulaijaya
Pembangkanag : Pontian
Tarikh : 14 Julai 2012- AKHIR
Tajuk : Modal Insan Berkualiti Lahir Daripada Disiplin Kendiri Yang Tinggi
Pencadang : Muar
Pembangkang : Kulaijaya

KEPUTUSAN
JOHAN : Daerah KulaijayaNAIB JOHAN : Muar
No comments:
Post a Comment