12 May, 2014

HARI ANUGERAH CEMERLANG SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) DAN SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM) 2013

10 Mei 2014 : Dewan Permata

Amirul Syafiq, Nur Khairunnisa dan Adam
Pelajar cemerlang SPM dan STPM 2013

Sekolah amat mementingkan kecemerlangan pelajar dari segi akademik. Oleh itu segala kecemerlangan yang dicapai wajar diberi pengiktirafan oleh pihak sekolah. Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang yang diadakan setiap tahun adalah satu medium bagi sekolah meraikan pelajar-pelajar yang menunjukkan potensi dan kesungguhan dalam mencapai kecemerlangan diri. Semoga pengiktirafan ini dapat menjadi motivasi kepada setiap pelajar untuk mencontohinya sama ada dengan mengulangi kejayaan yang sama atau lebih baik pada tahun-tahun akan datang. (Ditaip semula daripada Buku Program).
Muhammad Amirul Syafiq Azman
Cemerlang SPM 2013
Pencapaian di peringkat UPSR, Amirul Syafiq berjaya memperolehi 4A 1B, kemudian mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di SMK Bandar Tenggara dengan keputusan 6A 1B 1C manakala pada Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pencapaiannya amat membanggakan apabila muncul pelajar cemerlang SPM 2013 dengan memperolehi keputusan 9A "keputusan penuh - perfect score"..

Amirul Syafiq adalah penerima Anugerah Kokurikulum Terbaik (Persatuan dan Kelab) Sempena Mesyuarat
Agung PIBG Tahun 2013 yang disampaikan oleh Tuan Hj Baharudin Md Sham, Yang Dipertua PIBG kerana aktif dalam bidang kokurikulum.

Banyak sumbangan yang telah diberikan umpamanya mewakili sekolah ke peringkat daerah Kulaijaya seperti Pertandingan Kawad Kaki, Pertandingan Ten Pin Boling dan Pertandingan Catur. Diperingkat negeri pula, Amirul terlibat dalam Pertandingan Pantun Sekolah Menengah, Pertandingan Drama Bahasa Inggeris. Amirul juga adalah pemegang pingat Gangsa dan Perak dalam Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).

Pemantun SMK Bandar Tenggara,
 Juara Peringkat Daearh Kulaijaya 2013
Link ke
1. Juara Pertandingan Pantun
2. Pertandingan Choral Speaking
3. Penerima Pingat Tahap Perak ARP Rakan Muda


Nur Khairunnisa Abd Rahman
Cemerlang STPM 2013
Pencapaian Nur Khairunnisa : PMR (4A 1B), SPM (5A 1B 3C 1D, STPM (4A), memperoleh semua A dalam Pengajian Am, Bahasa Melayu, Ekonomi dan Geografi.

Adam bin Azman,
Cemerlang STPM
Adam Azman, juga merupakan ikon pelajar kerana beliau merupakan ketua pelajar SMK Bandar Tenggara. Walaupun bidang tugas yang disandangnya mencabar dia tetap cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran dengan memperolehi 4A dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran (STPM) 2013. Azman memperolehi semua A dalam semua subjek iaitu Pengajian Am, Bahasa Melayu, Ekonoimi dan Geografi.

Pengiktiraf pelajar ini sebagai Tokoh Pelajar dan Tokoh Kokurikulum memang tepat kerana cemerlang di bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum.

Adam Azman, peserta

No comments:

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ