30 July, 2012

BUBUR LAMBUK PERDANA RAKAN MUDA

28 Julai 2012: Rakanmuda Sekolah

Peserta Pingat Gangsa dan Perak
Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM)

Tiga buah sekolah di daerah Kulaijaya telah terpilih untuk menyertai Program Bubur Lambok Rakan Muda 2012 anjuran Kerajaan Negeri Johor. Sekolah-sekolah berkenaan ialah SMK Bandar Tenggara, SMK Sultan Ibrahim, SMK Indahpura 1 dan SMK Tunku Abdul Rahman Putera.

Ahmad Nazri Selamat menerima sijil penyertaan untuk pasukan
SMK Bandar Tenggara

Sebanyak 17 lagi agensi dan jabatan di sekitar Johor Bahru juga telah terlibat, termasuklah  Pejabat Daerah Johor Bahru, Jabatan Belia dan Sukan Johor, Jabatan Pertahanan Awam, RELA, KOMBES, PUSPANITA, Kelab Selambam dan Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia.

 Program Rakan Masyarakat itu telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Md Jais Sarday di perkarangan Kompleks Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor pagi tadi.

Khairulnizam Mohd Yusof, ketua pasukan SMK Bandar Tenggara ditemui berkata, seramai 8 orang pelajar telah terlibat dalam program ini. Mereka ialah Muhamad Amin Marozan, Mohamad Arif Yusof, Mohamad Azri Hafizuddin Mohd Saad, Zul Azmi Mat Sarop,Mohammad Azim Arbain Sabarudin, Mohamad Hanafi Johan, Nor Hanif Mohamad Kamaliah dan 2 pelajar aliran perdana.

Kami telah diberikan taklimat mengenai  matlamat dan objektif program serta cara-cara membuat bubur lambok oleh chef yang ditugaskan setiap lokasi masing-masing.  .
Baca lagi...gambar dan laporan seterusnya.


SEKITAR PROGRAM BUBUR LAMBOK PERDANA PERINGKAT NEGERI JOHOR
ANJURAN KERAJAAN NEGERI JOHOR

Y.B Tuan Haji Md Jais Sarday
Pengerusi JK Belia dan Sukan Negeri Johor
Objektif:
Melahirkan masyarakat yang prihatin, semangat kerjasama dan bertanggungjawab kepada masyarakat bagi mengeratkan tali silaturrahim di antara golongan remaja, komuniti dan agensi terlibat.

Melahirkan golongan pelapis di kalangan remaja yang mahir dalam bidang khidmat masyarakat, sahsiah dan kerja kesukarelaan.

Menyemarakkan program-program rakan Muda di bawah Gaya Hidup Rakan Muda (Rakan Masyarakat) agar dirasai oleh semua golongan masyarakat.

Aturcara majlis:
8.00 pagi    : Pendaftaran Sukarelawan Daerah & Agensi-agensi.
9.00 pagi    : Taklimat Program dan Pembahagian Kumpulan.
                  : Taklimat Keselamatan dari Petronas.
10.00 pagi  : Majlis Perlancaran Program Bubur Lambok.
                  : Selawat Nabi S.A.W dan Bacaan Doa.


Menyediakan bahan Masakan


Ahmad Nazri Selamat
           
Khairulnizam (ketua ) pasukan SMK Bandar Tenggara

Majlis Perasmian, Pengarah JBS NJ (kanan), YB Tuan Haji Md Jais Sarday,
Penolong Pengarah Rakan Muda Johor



















No comments:

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ