26 Mei 2012: Agenda Utama KEJORA- "Kayuhan 1Malaysia" setiap tahun.
|
Pengurus Kerajaan Tempatan, Hamzah Hj Isa (tengah), Penolong
Pengurus Fakharur Razzy Hazeran (kiri) dan Ustaz Rosman (s/u JKKMBT) |
Pengurus Kerajaan Tempatan, Hamzah Hj Isa dalam ucapannya, penduduk di Bandar Tenggara yang mempunyai jumlah penduduk hampir 17,000 orang perlu mengambil peluang terhadap apa jua program yang dianjurkan oleh pihak Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). Kerajaan tempatan telah menyalurkan banyak peruntukan setiap tahun melalui Jawatankuasa Kebajikan dan Kemajuan Masyarakat Bandar Tenggara (JKKMBT) untuk diagihkan kepada masyarakat setempat menerusi pelbagai program kemasyarakatan.
Katanya lagi, Kayuhan 1Malaysia umpamanya merupakan satu program riadah yang baik. Mendidik anak-anak supaya terlibat dalam aktiviti sihat. Merekalah akan menjadi pemimpin pada masa hadapan. "Badan sihat minda cergas," tambahnya. Gejala sosial akan berkurangan jika sukan ini dapat diatur dengan baik dan terancang. Sukan berbasikal sudah menjadi agenda utama negara, terkenal di peringkat global dan boleh menjadi kerjaya pada masa depan mereka. Saranan beliau, agar pihak masyarakat di sini agar dapat menubuhkan Kelab Berbasikal Bandar Tenggara untuk menjadi wadah kepada generasi akan datang.
Setiausaha JKKMBT, Rosman Idris dalam ucapannya, Kayuhan 1Malaysia ini berjaya menarik seramai 120 orang peserta. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak KEJORA, Lembaga Bandaran Johor Tenggara (LBJT) Cawangan Bandar Tenggara , dan lebih khusus kepada penyelaras Kayuhan 1Malaysia; Sulaiman Mohd Rawi, jawatankuasa Kayuhan 1Malaysia, Balai Polis Bandar Tenggara, pasukan RELA, Klinik Bandar Tenggara, SMK Bandar Tenggara, SMK Sri Pinang, SMK Bandar Tenggara 2, SK Bandar Tenggara 1 dan 2, Sekolah Agama dan penduduk di Bandar Tenggara kerana sama-sama menjayakan program ini.
|
Taklimat laluan kayuhan |
Turut hadir dalam menjayakan Kayuhan 1Malaysia ialah Penolong Pengurus LBJT Penawar; Fakharur Razzy Hazeran; penasihat JKKMBT dan pegawai-pegawai LBJT Bandar Tenggara. Pengacara majlis, Zolkeplee Jemadar mengendalikan cabutan bertuah, 15 hamper telah disampaikan oleh Pengurus Kerajaan Tempatan KEJORA, Hamzah Hj Isa sebelum majlis ditamatkan.
|
Peserta kayuhan |
|
gaya peserta |
|
Zolkeplee Jemadar dan kelab fixie |
|
Taklimat keselamatan oleh
Sarjan Amran |
|
Kawalan marshall |
|
Di persimpangan jalan |
|
Menuggu cabutan bertuah |
|
Foto terbaik oleh
Taufieq Alauddin |
|
Saifullah Abd wahab, guru SMKBT
berjaya dalam cabutan bertuah |
No comments:
Post a Comment