MERSING, 24 Mac 2013: Teluk Gorek
Melahirkan pemimpin pelajar yang bermotivasi tinggi dalam era globalisasi ini serta membentuk pemikiran yang kreatif dan terbuka menjadi matlamat utama perkhemahan Pandu Puteri di Teluk Gorek, Mersing.
Kem komandan, Hasry Mustakim ditemui berkata peserta kursus telah berjaya menjalani aktiviti-aktiviti yang ditetapkan umpamanya aktiviti mendirikan khemah, ikhtiar hidup, pendakian dan berkawad.
Mereka juga dilatih untuk membina keyakinan diri supaya menjadi pemimpin dan ketua dalam aktiviti berkumpulan seperti penyediaan makanan dan membuat kawalan keselamatan. Keupayaan sesorang ahli itu dapat dilihat dengan jelas apabila mereka diuji dalam bentuk latihan dalam kumpulan (LDP).
Usaha pihak sekolah untuk meningkat pencapaian di bidang kokurikulumi, Ahmad Survi selaku Penolong Kanan Kokurikulum telah hadir dan memberikan taklimat kokurikulum dan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) kepada semua peserta perkhemahan.
Program anjuran bersama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah tiga tahun dilaksanakan di sekolah. Di antara kebaikannya program ini ialah mereka akan mendapat markah bonus apabila berjaya mendapat gangsa, perak dan emas. Setiap tahap anugerah membawa markah bonus 3, 5 dan 7 masing-masing. Secara tidak langsung markah 10 % kokurikulum akan dapat ditingkatkan.
Beliau menambah, tidak semua murid berpeluang untuk menjadi ketua murid, ahli lembaga pengawas, pengawas pusat sumber, jawatankuasa surau, ketua dan penolong tingkatan. Oleh yang demikian melalui program ARPRM ini mereka dapat meningkatkan markah kokurikulum disamping menjadi seorang pemimpin muda di peringkat sekolah.
Perserta perak membantu menjayakan perkhemahan
Perkhemahan Pandu Puteri |
Melahirkan pemimpin pelajar yang bermotivasi tinggi dalam era globalisasi ini serta membentuk pemikiran yang kreatif dan terbuka menjadi matlamat utama perkhemahan Pandu Puteri di Teluk Gorek, Mersing.
K Guru penasihat, Persatuan Pandu Puteri SMK Bandar Tenggara, Noraishah Tarni memberitahu seramai 35 ahli dan 5 orang guru terlibat. Mereka terdiri daripada murid tingkatan dua, tiga, empat dan lima.
Tambahnya lagi, perkhemahan seperti ini diadakan adalah untuk membentuk disiplin murid, meningkatkan jati diri, berketrampilan, berkeyakinan, bertangungjawab, yakin serta berani menghadapi cabaran. Akhirnya tegas beliau, pengisian program seperti ini dapat membentuk murid yang baik dari segi sahsiah dan cemerlang dalam bidang kokurikulum. Tegas beliau, semoga mereka akan memberikan tumpuan terhadap pelajaran dan berupaya meningkatkan lagi prestasi di bidang akademik.
Mereka juga dilatih untuk membina keyakinan diri supaya menjadi pemimpin dan ketua dalam aktiviti berkumpulan seperti penyediaan makanan dan membuat kawalan keselamatan. Keupayaan sesorang ahli itu dapat dilihat dengan jelas apabila mereka diuji dalam bentuk latihan dalam kumpulan (LDP).
Usaha pihak sekolah untuk meningkat pencapaian di bidang kokurikulumi, Ahmad Survi selaku Penolong Kanan Kokurikulum telah hadir dan memberikan taklimat kokurikulum dan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) kepada semua peserta perkhemahan.
Program anjuran bersama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah tiga tahun dilaksanakan di sekolah. Di antara kebaikannya program ini ialah mereka akan mendapat markah bonus apabila berjaya mendapat gangsa, perak dan emas. Setiap tahap anugerah membawa markah bonus 3, 5 dan 7 masing-masing. Secara tidak langsung markah 10 % kokurikulum akan dapat ditingkatkan.
Beliau menambah, tidak semua murid berpeluang untuk menjadi ketua murid, ahli lembaga pengawas, pengawas pusat sumber, jawatankuasa surau, ketua dan penolong tingkatan. Oleh yang demikian melalui program ARPRM ini mereka dapat meningkatkan markah kokurikulum disamping menjadi seorang pemimpin muda di peringkat sekolah.
Perserta perak membantu menjayakan perkhemahan
No comments:
Post a Comment