31 October, 2014

BACAAN SURAH YASSIN, SURAH AL-WAQIAH DAN SOLAT HAJAT AMALAN TERBAIK UNTUK KECEMERLANGAN ANAK DIDIK SMK BANDAR TENGGARA

30 Oktober 2014: Dewan Permata

Ucapan pengetua selepas solat hajat
Program pembudayaan al-Quran yang dianjurkan oleh Panitia Agama Islam merupakan salah satu amalan terbaik yang menjadi fokus ucapan pengetua pagi ini. Katanya lagi, pembacaan surah Yassin, surah Al-Waqiah dan solat hajat berjemaah yang sentiasa menjadi amalan menjadikan kita cemerlang di bidang akademik khusunya dalam Penilaian Menegah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun-tahun sebelumnya.

Tambahnya lagi, kita menerima 10 jenis anugerah sempena Majlis Kualiti Pendidikan Peringkat Daerah Kulaijaya 2014 yang dibentangkan olehnya di PPD Kulaijaya baru-baru ini. Tahniah kepada guru-guru agama serta semua warga guru, murid serta pelajar SMK Bandar Tenggara.

Disamping itu juga program-program akademik, seperti pecutan matapelajaran sains, matematik, sejarah, Bahasa Inggeris dan lain-lainya subjek menjadi agenda utama pihak pengurusan yang dikelolakan oleh Puan Anim Mohamed Jaib, Penolong Kanan Pentadbiran.

Manakala pembentukan disiplin dan sahsiah murid diterajui oleh En. Rashid Muhidin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan kecemerlangan kokurikulum di bawah penyeliaan Encik Ahmad Survi, PK Kokurikulum meningkatkan lagi kecemerlangan secara keseluruhan.

Tidak lupa juga kepada guru-guru tingkatan, guru matapelajaran dan kaunselor sekolah yang diketuai oleh Pn. Noridah Sidek dan Encik Aspar bin Mohamad menjadikan kita cemerlang di peringkat daerah Kulaijaya dan negeri Johor.

Majlis bacaan doa khusus untuk Pn. Hjh Sawilah M.Auf
kerana bersara pada 30 Oktober 2014
Suasana sayu bersama Pn Hjh Sawilah, Ketua Bidang Vokasional dan Teknik, kiriman foto oleh En. Abd Rahman Salleh,dalam Whatsapp SMKBT Group.
Suasana sedih kelihatan apabila Puan Hjh Sawilah M.Auf menamatkan perkhidmatannya sebagai seorang Guru Kanan Matapelajaran Vokasional dan Teknik di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) BandarTenggara. Sambutan buat kali terakhir diadakan dalam keadaan sederhana di mana bacaan doa khas bersama 780 orang pelajar dan 83 guru diadakan di Dewan Permata selepas bacaan Yassin, surah al-Waqiah dan solat hajat dipimpin oleh Ustaz A. Rahim Arshad.

Pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekolah,sesi 2013-2014, Encik Abd Rahman Saleh telah mengumumkan pada 7 November 2014 akan diadakan satu majlis perpisahan untuk Pn Hjh Sawilah M.Auf di Hotel, BCB Kluang, Johor Darul Takzim. Pengurusan majlis tersebut dikendalikan oleh Pn.Zulaikha Ngaliman.

No comments:

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ