27 March, 2012

BERPUAS HATI PADA TEMPAT KEEMPAT MSSD BOLA JARING B15 TAHUN

27 Mac 2012: Padang SMK Sri Pinang

Pasukan Bola Jaring B15 Tahun

Peningkatan dan pencapaian lebih baik dibuktikan oleh pemain-pemain sekolah bawah 15 tahun berbanding tahun lepas, kata pengurus pasukan, Siti Haniss Suzanna. Kejayaan yang sebenarnya adalah bergantung kepada semangat juang yang tinggi, ketangkasan, kesefahaman, dan visi yang sama oleh semua pemain, katanya lagi. 

Kelebihan 17 jaringan oleh pasukan SMK Sultan Ibrahim berbanding 8 memaksa pasukan sekolah pada kedudukan keempat, setelah berjaya mengalahkan SMK Kelapa Sawit pada perlawanan pertama, dan kalah dengan SMK Tunku Abdul Rahman Putera pada peringkat suku akhir. Namun begitu, saya berbangga kepada pemain bawah 15 tahun ini, kerana ada yang layak untuk diserapkan untuk pemain bawah 18 tahun, yang akan bertanding keesokkan harinya.

Juara pertandingan bola jaring bawah 15 tahun kali ini disandang oleh SMK Tunku Abdul Rahman Putera, kedua, SMK Kota Kulai dan ketiga, SMK Sultan Ibrahim.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh pengetua SMK Sri Pinang, Tuan Hj Aminuddin Mohd Sani. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah penolong kanan kokurikulum SMK Sri Pinang, Ustaz A.Rahman Ismail dan SMK Bandar Tenggara, Ahmad Survi.
Kedua: SMK Kota Kulai


Ketiga: SMK Sultan Ibrahim

Keempat : SMK Bandar Tenggara
____________________________________________________________________

PASUKAN B15 TAHUN SMK BANDAR TENGGARA

Pengetua, Tn Hj Mohmad Hashim, dari kiri memberi
sokongan penuh  kepada pasukan sekolah untuk mencapai visi sekolah

Senarai pemain-pemain sekolah B15
Nurul Nadia Johari, Nurul Arina Muzaimi, Nurul Farisha Rasul, Siti Nurfarhain Razali, Amirah Natasya Ahmad Zaini, Effa Yuhanis Roslan, Nurul Amalia Mohd Mazlan, Nur Haziwah Md Sabburi dan Ernayanti Mahat. Pengurus : Siti Haniss Suzanna, jurulatih, Zuraini Kassim dan Shantini a/p Apalanaidu.

Sesi latihan bola jaring di sekolah.
Muzam Mohdi dari kiri dan Siti Hanis Suzanna, kanan merupakan guru yang dedikasi untuk memastikan pemain-pemain sekolah berada pada tahap kecergasan dan menaruh harapan tingi untuk berjaya dalam pertandingan bola jaring MSSD Kulaijaya tahun ini. Syabas kepada guru-guru lain yang tiada dalam gambar ini juga terlibat sama.


Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ