01 January, 2014

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2014

1 Januari 2014 (Khamis) :  Dewan Permata SMK Bandar Tenggara

Bacaan Ikrar oleh pelajar
Perhimpunan hari pertama persekolahan 2014 yang di adakan di Dewan Permata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, Kulaijaya berjalan lancar pagi ini. Kehadiran Tuan Haji Baharuddin Md Sham selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) amat membanggakan pihak sekolah. Beliau diberi peluang untuk berucap sempena hari pertama persekolahan.

Ucapan Alu-aluan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru
Antara ucapan penting  ialah menyokong sepenuhnya program-program yang dilaksanakan di sekolah untuk meningkatkan pencapaian peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) lebih baik daripada tahun lepas.

Sebagai wakil kepada ibu bapa pelajar sekolah ini juga,  beliau berharap agar semua murid/pelajar belajar dengan bersungguh-sungguh, mengikuti peraturan sekolah dan banyak berdoa semoga Allah memberkati segala usaha kita.

Turut hadir dalam perhimpunan pertama ini ialah Anim Mohamed Jaib, Penolong Kanan Pentadbiran, Rashid Muhidin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Ahmad Survi, Penolong Kanan Kokurikulum, Mohd Pozi Kemin, Penolong Kanan Prauniversiti, Hamzah Hamdan, Penolong Kanan Pendidikan Khas, Guru Kanan Matapelajaran, Hjh Hamimah Yunos, Hjh Sawila M.Auf, Hjh Hasnah Kasnan dan Hjh Hayati Abdullah.

Begitu juga, turut serta 
Guru Bimbingan dan Kaunseling, Hj Khairudin Abu Nawas, Noridah Sidek, Yusniza Ab Jusoh; Noor Asmah Mohammad Ramly, Guru Perpustakaan dan Media, guru-guru dan murid-murid baru.   

PK Pentadbiran
Mewakili pengetua menyampaikan ucapan
Selain menyampaikan ucapan alu-aluan kepada tetamu dan hadirin, tepukan gemuruh oleh semua warga sekolah apabila Anim Mohamed Jaib menyatakan kejayaan sekolah dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2013.

Antara lain dalam ucapan beliau, waktu persekolahan akan bermula pada jam 7.30 pagi hingga 1.20 petang kecuali pada hari Rabu semua murid/ pelajar akan pulang ke rumah pada jam 4.30 petang untuk aktiviti kokurikulum.

Barisan Guru Kanan Matapelajaran (GKM)



Barisan Penolong Kanan

Ikrar murid

Mendengar ucapan rasmi

No comments:

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ