02 January, 2014

MAJLIS PENUTUP HARI ORIENTASI TINGKATAN SATU DAN EMPAT TAHUN 2014

2 Januari 2014: (Khamis); Dewan Permata SMK Bandar Tenggara

Hari Orientasi Tingkatan Satu dan Empat
Wakil pengetua, Rashid Muhidn
Hari Orientasi Tingkatan Satu dan Empat Tahun 2014 melabuhkan tiraiya apabila Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Rashid Muhidin menyampaikan ucapan penutupan rasmi pada jam 1.00 petang. Wakil pengetua itu diiringi oleh Ahmad Survi, Penolong Kanan Kokurikulum dan Hj Khairudin Abu Nawas, penyelaras program ke pentas Dewan Permata.

Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
Noridah Sidek
Noridah Sidek, pembantu penyelaras program ditemui berkata murid-murid Tingkatan Satu dan Empat tahun ini telah diberikan banyak input : terutamanya mengenai rekod kehadiran murid setiap hari yang disampaikan oleh Noridah Sidek sendiri, taklimat disiplin oleh Shamsul Ihtihsham Musa, Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Peraturan dan Penggunaannya oleh Hjh Nisah Sarbini.

Begitu juga, murid-murid diberikan taklimat mengenai pakej pelajaran Tingkatan Empat oleh Anim Mohamed Jaib, Penolong Kanan Pentadbiran, Program NILAM oleh Noor Asmah Mohd Ramly, Guru Perpustakaan dan Media SMK Bandar Tenggara.

Manakala bidang Pengurusan Kokurikulum disampaikan oleh Khairulnizam Mohd Yusof (Pasukan Badan Beruniform), Ahmad Nazri Selamat (Sukan dan Permainan), Khairani Mohd Kator (Persatuan dan Kelab) serta taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) oleh Hafilah Hamzah.

Wakil rasmi pengetua, Rashid Muhidn
Penyampai Taklimat Kokurikulum
1. Pasukan Badan Beruniform
2. Persatuan dan Kelab
3 Sukan dan Permainan

Pasukan Badan Berunform
Sukan dan Permainan
Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM)
Link ke Laman BLOG ARP Rakan Muda
Mendengar taklimat guru
Program NILAM
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. 

Perpustakaan Sekolah ditugaskan untuk melaksanakan program NILAM kata Noor Asmah Ramly, Pegawai Perpustakaan dan Media SMK Bandar Tenggara. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
MAKLUMAT LANJUT PROGRAM NILAM

No comments:

Dasar Utama Kokurikulum

PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN.

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97.

KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.

2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.

3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ