'Flag Off' konvoi bermotosikal SMK Bandar Tenggara Foto oleh Hamzah Rahman Soriat |
Pemangku Supt. Haji Rahmat Haji Othman, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi turut hadir, menyampaikan ucapan rasmi dan melancarkan aktiviti konvoi bermotorsikal dari Balai Polis Bandar Tenggara ke Kampung Orang Asli Sayong Pinang sejauh 30 kilometer pergi dan balik.
Penyelaras program, Tuan Haji Zolkeple Jemadar dengan kerjasama Sub Inspektor, Yusof Muda ditemui berkata, program ini merupakan buat julung kalinya diadakan di sekolah membabitkan semua pelajar Tingkatan Enam Atas dengan menunggang motosikal masing-masing. Taklimat keselamatan jalanraya telah disampaikan oleh Sarjan Mohd Tawal Abdul Manap. Katanya lagi, tujuan utama program ini ialah untuk memberi peluang kepada pelajar membuat kerja-kerja amal kepada masyarakat luar. Disamping itu, mereka sentiasa diajar untuk mematuhi undang-undang keselamatan jalanraya.
Turut hadir dan menjayakan program tersebut ialah Ahmad Survi, wakil rasmi Pengetua, Mohd Pozi Kemin, Penolong Kanan Tingkatan Enam, Hafilah Hamzah, Guru Kokurikulum Tingkatan Enam, Sarjan Amran Jais, Sarjan Mohd Tawal Abdul Manaf, guru-guru Tingkatan Enam, wakil Sime Darby dan 15 anggota polis sebagai marshal.
Kawalan polis trafik |
Konvoi bermotorsikal |
Anggota polis diketuai oleh Sarjan Amran Jais Foto : Ahmad Survi |
Taklimat oleh Hafilah Hamzah, Guru Kokurikulum ketika berada di Sekolah Rendah Kg Sayong Pinang |
Mohd Pozi Kemin PK Tingkatan 6 |
Khidmat Masyarakat Kumpulan 3 diketuai oleh Sarjan Mohd Tawal Abdul Manap |
Khidmat Masyarakat Kumpulan 2, diketuai oleh SI Yusof Muda |
Khidmat Masyarakat Pelajar Enam Atas |
No comments:
Post a Comment