KLUANG : 12 JANUARI 2012 (KHAMIS)
Taklimat 10% Markah Kokurikulum buat kali pertama tahun 2012 telah dihadiri oleh semua GPK Kokurikulum dan Penyelia Kokurikulum Sekolah-sekolah Menegah Negeri Johor di SMK Simpang Rengam Kluang bermula jam 9.30 pagi.
Taklimat itu telah dipengerusikan oleh Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Johor (JPN), Tuan Haji Kamaruddin Mohd Tahir.
Turut menyampaikan taklimat 1Murid 1Sukan ialah Ketua Unit Sukan JPN, Jaafar Bohari. Beliau hanya memberi penerangan ringkas dan tindakan sekolah seperti mana yang terdapat pada Panduan Pelaksanaan 1M1S yang juga boleh dimuat turun dari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Taklimat seterusnya disampaikan oleh Penolong Pengarah, Bahagian Koakademik JPN, Azmi Abu. Beliau mengingatkan kepada semua hadirin untuk memasukkan markah bagi calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tahun 2011 sehingga tarikh akhir iaitu 31 Januari 2012. Namun begitu sekolah-sekolah disarankan supaya tidak menunggu sehingga tarikh tersebut.